Sabtu, 30 Januari 2010

Royalti kita di UPSI adalah POSTING

Pemimpin perlu bersatu dalam memperjuangkan hak. Inilah yang aku dapat simpulkan apabila meneliti Program Perhimpunan Rakyat Kelantan dalam menuntut Hak Royalti Minyak. Pemimpin-pemimpin tanpa mengira fahaman dan ideologi politik bersatu hati dalam memperjuangkan hak bersama. Jelas dalam gambar yang saya sertakan Tengku Razaleigh Hamzah bersama pimpinan kerajaan Negeri Kelantan bersatu hati, duduk bersama, untuk mendedahkan kepada rakyat Kelantan bahawa hak rakyat Kelantan mesti diperjuangkan.



Ya Allah.. saya tidak henti-henti mengucapkan kalimah mulia dan hati ini terasa sangat terharu. Inilah perjuangan merentas ideologi berjaya ditunjukkan oleh pimpinan UMNO dan PAS Kelantan.



Apa yang aku harapkan benda ini menjadi tradisi walau dimana sahaja. Contohnya dalam politik kampus dalam konteks politik kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mana kumpulan tradisi iaitu MAHASISWA PENDIDIK dan PIMPINAN BITARA harus berganding bahu bersama untuk memperjuangkan hak pelajar. Pendek kata kita mengetepikan masalah ideologi sendiri dan bersatu dalam perkara yang perlu kita perjuangkan. Contoh sekarang ialah isu posting. Saya mengharpkan isu ini dapat dibawa bersama keperingkat lebih tinggi sehingga peringkat Nasional iaitu bersama-sama antara MPP MAHASISWA PENDIDIK dan PIMPINAN BITARA untuk memperjuangkan isu ini.



Marilah kita mencari semangat untuk bersatu kerana kita sebagai orang Islam sudah berada di dalan acuan yang begitu indah. Jangan kita menjadi onar dalam acuan yang indah ini. Demi survival dan kebajikan pelajar UPSI tidak salahnya kita berjuang bersama. Mengenepikan perbezaan pendangan dalam perkara cabang dan meletakkan asas perjuangan itu untuk menegakkan Islam dan memperjuangkan kebajikan Mahasiswa/wi Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Kuli memang hebat.. Perjuangannya merentas ideologiPernah lihat sidang media yang disertai oleh 2 pemimpin berlainan ideologi? Bagi saya inilah kali pertama yang saya lihat. Mereka bersama kerana memperjuangkan hak yang sama.. Tahniah UMNO dan PAS Kelantan...
himpunan 100 ribu Rakyat Kelantan



Kita sudah mempunyai model politik nilai.. Penyatuan hati dan perjuangan
Senyuman ikhlas Dato' Kuli
Ya Allah semoga mereka mengembalikan hak kami...




Read more...

MAHASISWA PENDIDIK PIMPINAN BITARA.. Bersatu untuk Universiti

Alhamdulillah pilihanraya kampus dah melabuhkan tirainya. Keputusan telah muktamad dan diidytiharkan tanpa ada sebarang kontroversi sebagaimana yang berlaku di universiti-universiti lain. Alhamdulillah hasrat MAHASISWA PENDIDIK untuk membawa politik nilai bersama PIMPINAN BITARA akhirnya tercapai jua. Walaupun pada saat sebelum pengundian tersebar flyers fitnah terhadap golongan tertentu tetapi dengan kuasa Allah dia tidak mampu mencetuskan sebarang hasil kepada orang yang melakukannya(haha..pada muka).



Aku merasakan tidak lambat lagi untuk aku mengucapkan TAHNIAH dan TAKZIAH kepada semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang memenangi pilihanraya pada temph hari. Tahniah kerana berjaya mengondol jawanan-jawatan itu dan takziah kerana anda akan menjawab di hadapan Allah Taala nanti atas setiap apa yang anda lakukan apabila anda memegng jawatan itu nanti. Jawatan itu adalah amanah dan setiap amanah akan ditanya oleh Allah Taala.



Jangan kita merasakan benda itu betul selagi kita tidak pandukan kepada Al-Quran dan Sunnah nabi S.A.W. dengar dan terimalah pendapat orang lain jikalau ia berlandaskan ajaran Islam yang sebenar bukannya datang daripada pemahaman Islam kita yang cetek dan secara logik. Kita sebenarnya rugi kerana banyak bergaduh dalam soal hukum yang telah ditetapkan. Yang haram tetap haram. Jangan kita menjadi golongan orang yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Kelak ia akan menbawa kita daripada nur kepada kegelapan. Bukan wajah kita yang gelap tetapi hati kita yang penuh dengan titik-titik hitam yang berkelam.



Akhir kata daripada saya bersatulah demi MAHASISWA PENDIDIK dan bekerja bersama-sama dengan universiti demi memartabatkan lagi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kita bukan menjadi pak turut tetapi kita bersama-sama universiti untuk mencari landasan kejayaan dan kebenaran…

Read more...

Khamis, 28 Januari 2010

Flyers adalah sampah yang dibuat oleh sampah masyarakat

aDEH!!!!! Letih tangan dop mengutip sampah-sampah biru dan kuning yang bertaburan sekeliling kolej. Sapa punya keje la. tak dak otak punya orang. apa pun tenkiu kepada semua orang yang sama-sama membantu mengutip sampah tersebut bermula sebelum subuh lagi...

Kawan aku cakap sampah-sampah tu pun banyak bertaburan di sekeliling kampus. Ayah aku ajar orang yang suka buang sampah banyak-banyak macam nie sebenarnya SAMPAH MASYARAKAT dan STUPID...VERY STUPID. mungkin yang jenis suka makan sampah.. Tapi yang menariknya sampah itu dorg kerat kertas berbentuk petak kecil-kecil cukup untuk menulis sesuatu fitnah diatas samaph tersebut. Pandai dorang buat sampah yer. Memang dah dasar sampah masyarakat.

hahaha... mcm manela nk jadi pemimpin klau undang-undang pun xreti nk ikut..

Read more...

Selamat mengundi kepada semua warga Mahasiswa Pendidik

Esok Mahasiswa dan mahasiswi UPSI akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di dalam demokrasi kampus demi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi yang baru setelah tamat pemerintahan yang lepas.

Pada malam ini Kolej bergema dengan laungan manifesto daripada setiap calon yang bakal bertanding. Nampak jelas pada pemilihan kali ini terdapat dua kumpulan yang mempunyai ideologi masing-masing. Dengan identiti tersendiri mereka membawa semangat mereka, cara mereka dalam mewarna-wanikan demokrasi kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bermacam provokasi yang cuba dibuat demi meraih perhatian dan sokongan. Kadang-kadang provokasi itu terkeluar daripada batasan adab sebagai bakal seorang guru. Hina sungguh.. Lu ingat politik kampus ni mcm politik luar ka???

Tamat pukul 12 tiada lagi sebarang kempen yang dibenarkan. Tetapi inilah masanya yang diambil sesetengah pihak untuk mencari undi saat-saat akhir demi meraih undi. Di kolej aku bertaburan flyers2 yang menyatakan nama calon daripada puak tertentu. Itulah tindakan terdesak di saat-saat akhir menunggu hari pengundian esok...

Apa pun aku mengucapkan selamat mengundi kepada warga Kampus Universiti Pendidikan SUltan Idris. Pilihlah pemimpin yang mengenali dunia dan menjadikan akhirat tempat idamannya dan orang dibawah pimpinannya... AMIN!!!

Read more...

Rabu, 27 Januari 2010

Kawan-kawan saya yang bakal bertanding




Read more...

Politik macam najis. tapi ayam makan najis

Badan rase terawang-awangan. Berada di dalam makmal selama tiga jam cukup membosankan diri. Bukan bosan kerana konten pelajaran tetapi tidak tahan dengan bau alkohol yang menusuk hidung yang menyebabkan kepala aku pening-pening. Cukup menekan dan mencekik segala urat-urat saraf. Hati tetap tabah untuk menyelesaikan eksperimen itu bagi mendapatkan markah yang diingini. Semestinya markah yang paling tinggi. insyaAllah. Setelah berlalu 3 jam berada di makmal aku dan rakan aku laju menaiki moto pulang ke kolej.



Di meja study aku termenung keseorangan. Bermacam-macam perkara berlegar di ruang pemikiran. Soal masa depan, soal hati, soal akhlak diri, kerenah pilihanraya kampus dan bermacam-macam lagi. Tetapi masalah yang aku fikir lebih berkait rapat apa yang aku alami di kampus sekarang. PILIHANRAYA KAMPUS. Benda yang tidak asing lagi dalam diri setiap mahasiswa. Sebagai mahasiswa yang cakna dengan maklumat dan kebajikan mahasiswa aku haris mengambil tahu apa yang berlaku bukan sahaja politik kampus malah politik luar sekali pun. Politik adalah kehidupan dan tanpa politik kita tidak akan ada di bumi ini barangkali. Mungkin bagi sesetengah orang yang anti dengan politik perkara sebegini menjelekkan. “pergi mampos dengan politik” “politik adalah samapah” “politik kotor” “pisahkan politik daripada agama” “lu nk berpolitik lu main,jangan ajak gua, gua tak layan politik”. Mungkin sesetengah orang inilah ayat-ayat yang cuba diluahkan apabila cuba diajak bersembang mengenai politik. Tidak kira politik kampus atau politik luar semuanya adalah jijik dan cemar belaka.



Selama dua hari proses rapat umum dimana setiap calon daripada kerusi umum dan kerusi fakulti berentap, mereka rata-ratanya mempunya kemampuan ‘speech’ yang tinggi tidak kira daripada pihak Pro-Kebajikan( Mahasiswa Pendidik ) dan juga puak Pimpinan Bitara. Semuanya cuba membentangkan manifesto masing-masing dengan kekretifan tersendiri dan kekuatan manifesto tersendiri. Yang paling menjadi perhatian dan mencuit hati ialah mahasiswa bakal MPP kali ini cuba membawa isu posting. Satu isu yang berat saya rasa yang cuba diketengahkan. Bila melihat isu ini teringat saya apabila isu ini pernah dimainkan semasa pilihanraya kampus sewaktu saya berada di semester 1. Waktu itu masih tidak mengenali dengan politik kampus, Cuma melihat dari jauh apa yang brader2 senior cuba buat untuk menghiasi suasana politik kampus. Provokasi, laung-laungan dan takbir bergema apabila calon pujaan hati naik kepentas untuk berucap. Kurang beradap. Ermm… Mungkin boleh dilupakan sebentar soal adab apabila berkempen untuk pilihanraya. Begitulah fikir aku sewaktu itu. Masih tidak faham antara politik dan adab. Bagi aku sewaktu itu politik adalah politik, kalau nak beradab sopan sila masuk masjid dan ikut jemaah Tabligh jer.



Tapi Alhamdulillah sekarang ‘view’ aku berkenaan politik jauh berbeza berbanding dulu. Politik dan Islam itu saling memerlukan. Kalau orang mengatakan politik itu kotor, Ya memang benar kalau tidak disulaminya dengan adab-adab Islam. Politik ingin mengetengahkan kebaikan bukannya ingin memdokong idealisme puak-puak tertentu. Kebaikan ini adalah datangnya daripada agama. Maka seharusnya segala niat dan kerja kita untuk memilih pemimpin harus diletakkan kepada pemimpin yang beramal soleh, yang mengenal Allah, amar makruf nahi mungkar.



Mahasiswa harus kembali kepada sirah nabi dan juga para sahabat apa yang nabi kita lakukan dengan politik. Kenapa nabi Muhammad berhijrah dari kota Mekah ke Kota Madinah. Kenapa nabi tidak menerima tawaran kafir quraisy yang ingin menjadikan nabi sebagai pemimpin kota Mekah dengan syarat nabi meninggalkan kerja-kerja dakwah. Itulah persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh mahasiswa supaya view politik nampak jelas. Lihatlah perjuangan nabi di dalam setiap perang yang disertai oleh nabi. Dari perang Badar, Uhud Khandak dan perang-perang yang seterusnya yang disertai begitu banyak pengajaran yang kita boleh ambil untuk menjadi tatapan ataupun panduan di dalam memimpin sesuatu organisasi.



Ya Allah pimpinlah semua bakal calon MPP UPSI kali ini ke jalan yang engkau redhai… AMIN!!!!

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.