Jumaat, 15 Januari 2010

Turki tundukkan Israel dengan satu drama... Satu ulasan

KUALA LUMPUR, 15 Jan: Menggunakan nilai-nilai sejagat seperti diplomasi, kerajaan Turki hari ini dilihat berjaya menundukkan keangkuhan kerajaan Zionis-Israel menggunakan drama The Valley of the Wolves.



Babak drama yang ditayangkan di Turki pada Oktober tahun lalu itu memaparkan tindakan Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon menyediakan sofa yang lebih rendah kepada Duta Turki, Oguz Celikkol dalam suatu perundingan antara Israel-Turki, sebagai simbol penghinaan.



Perdana Menteri Turki, Racep Toyyib Erdogan sendiri ketika dilaporkan mengaku bahawa negaranya telah menerima ‘permohonan maaf’ daripada Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu serta Menteri Luar Israel, Lieberman Avigdor disebabkan penyiaran drama kontroversi tersebut.


“Saya diberitahu bahawa kami (kerajaan Turki) menerima jawapan yang kami inginkan (iaitu Israel memohon maaf kepada Turki) dan diharapkan (Israel tidak mengulanginya) dalam istilah diplomatik,” jelas Erdogan sebagaimana dipetik daripada akhbar elektronik antarabangsa, aljazeera.net.



“Surat (permohonan Netanyahu itu) termasuk mengungkapkan ‘permohonan maaf’ (kepada Turki).”



Dalam perkembangan yang sama, Presiden Turki, Abdullah Gul menegaskan, permohonan maaf tersebut tidak memadai, kecuali Israel sedia membuat permohonan maaf secara rasmi dalam media arus perdana.



Mengulas ketegasan Abdullah itu, Netanyahu sekali lagi mengulangi komitmen Israel untuk terus menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut.



Netanyahu juga berharap konflik diplomatik yang melibatkan Israel dan Turki tersebut tidak berpanjangan.



Isnin lalu, Turki turut dilaporkan secara tegas menolak permohonan maaf yang dibuat oleh Ayalon sendiri, atas prinsip asas diplomasi yang dipersetujui bersama-sama Israel sebelum ini.



Sebelum babak kontroversi tersebut, turut ditayangkan suatu babak - pasukan keselamatan Israel sebagai penculik anak-anak kecil dan penembak kepada warga emas dalam suatu masyarakat.



Babak tersebut dijadikan sebab Ayalon memanggil Celikkol berunding kononnya atas nama diplomatik.



“Perhatikan bahawa dia (Celikkol) dudu di kerusi yang lebih rendah... bahawa hanya ada satu bendera Israel di (atas) meja dan bahawa kita tidak tersenyum (bersikap angkuh),” sinis Ayalon kepada jurukamera drama tersebut menggunakan bahasa Ibrani, sebelum rundingan Ayalon dan Celikkol dibabakkan.



‘Permohonan maaf’ oleh Israel itu dilihat sebagai suatu lagi rekod ketegasan kerajaan Turki di bawah pimpinan Erdogan, menggunakan nilai-nilai sejagat seperti sekularisme, kedaulatan dan diplomasi.




Nak menunggu Yahudi mengikut telunjuk kita dan menerima idea kita samapai kiamat pun kita tak akan berjaya. Ini telah direkodkan di dalam Al-Quran berkenaan sikap Yahudi yang tidak akan mengikut telunjuk kita melainkan kita meninggalkan perjuangan kita dan mngikut fahaman sesat mereka. Bolej rujuk firman Allah Taala yang bermaksud:




"Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan meredai kamu (orang Islam) sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah (agama) mereka."




Sebenarnya Yahudi kini amat bertuah. Dulu bersusah payah mereka memperjuangkan nasib bangsa mereka dan fahaman sesat mereka hinggakan mereka lah yang dulunya bangsa yang selalu dizalimi diserata dunia( kecuali di dunia pemerintahan Islam). Tapi kini mereka berjaya mengyahudikan orang Islam sehingga peringkat yang dahsyat. Yahudi-yahudi Islam jauh lebih teruk dan kadang-kadang menjadi ejen yang paling penting dalam menyekat dakwah Islam di muka bumi Allah ini. Betapa kurang ajarnya mereka.



Yang lebih parah lagi sesetengah yahudi Islam bertopengkan agama dan membawa seolah-olah satu slogan Islam yang syumul yang mesti digunakan oleh setiap hamba Allah. Bapak-bapak Yahudi di Israel tersengih riang melihat anak-anak didik mereka menjalankan kerja dengan langkah yang cukup baik dan tersusun.



Dalam surah As-saf ayat 4 Allah Taala sukakan kita berperang dalam satu barisan yang tersusun dalam menghadapi barisan ancaman yahudi yang sememangnya tersusun rapi itu. Sebab itulah kerja dakwah tidak digalakkan buat seorang-seorang dan sekadar rumah kerumah. Ia mesti mempunyai satu 'master plan' yang lengkap seperti mana berjayanya Iman Hasan Albanna membawa Ikhwanul Muslimin menawan hati-hati pemuda-pemuda Mesir. Kini fahaman perjuangan dan roh perjuangan Ikhwan Muslimin meresap masuk ke naluri anak-anak muda yang cintakan Islam. Malah telah merebak ke seluruh dunia. Walaupun jasad Assyahid Albanna telah rebah ditembak oleh musuh-musuh Islam tetapi musuh-musuh Islam itu tidak berjaya membunuh fikrah Assyahid daripada terus merebak. Semoga janji-janji Allah iaitu kemenangan kepada umat Islam dapat aku kecepi sebelum aku menemui ajal aku..... AMIN.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.