Selasa, 19 Januari 2010

Tajamnya tulisan mampu membunuh beribu-ribu jiwa


Sewaktu aku membaca tulisan daripada blog Nikabduh aku cukup terpegun dengan lengok bahasa yang digunakan oleh beliau dalam penulisan beliau. Dari satu ayat ke satu ayat amat tersusun dan penuh dengan bunga-bunga bahasa yang cukup mendamaikan untuk menggambarkan perasaannya. Kisah iparnya Ariffahmi dibicarakan dengan luahan hati yang cukup dalam demi menangkis serangan-serangan yang ditimbulkan oleh musuh keluarganya. Musuh keluarganya bukan kecil mungkin seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada keluarganya berkenaan isu PMBK. Dalam kalangan rakyat Malaysia itu berdirinya musuh keluarganya yang cukup hebat menyerang keluarganya dari satu isu kepada satu isu. Serangan yang cukup konsisten. Hanya penulisan yang mampu dilakukan oleh keluarga NikAbduh dalam menangkis serangan-serangan liar tersebut. Jahat sungguh politik persepsi.



Itulah kehebatan yang ditunjukkan oleh Nik Abduh anak seorang ulamak hebat di Negeri Kelantan Serambi Mekah. Dilahirkan dan dibesarkan bukan sebagai seorang sasterawan, tetapi sebagai seorang yang berpendidikan agama mendapat asuhan langsung daripada keluarga seorang ulama tetapi mampu untuk menulis dengan tulisan yang cukup indah dan menakjubkan.



Nik Abduh bukanlah seorang yang asing dalam arena politik tanahair. Sudah beberapa kali penulisannya di blog peribadinya telah menggoncangkan politik tanahair. Tidak perlu orang sehebat Anuar Ibrahim berdemostrasi, tidak perlu sehebat mahasiswa Indonesia berdemostrasi menjatuhkan kerajaan Indonesia tetapi bagi Nik Abduh tulisannya sudah cukup untuk menggegarkan satu ruang lingkup politik Malaysia.



Kalau ayahnya Tok guru Nik Aziz yang lebih selesa merotan musuhnya dengan merotan dalam bahasa, tetapi Nik Abduh mampu menggongcang partinya sendiri dan juga musuh-musuh dalam selimut dengan tulisannya. Kadang-kadang aku terfikir sendirian mampukah kita untuk mengubah dunia dengan mata pena? Mampukah kita untuk mengubah dunia dengan sekadar menulis? Siapakah yang pernah tercatit dalam sejarah dunia yang mana penulisannya mampu membawa satu lonjakkan yang cukup besar dalam meniti revolusi? Siapakah orang itu? Atau memang tiada manusia yang mampu lakukan perkara tersebut sebaiknya? Apabila diteliti dari buku-buku dan nota-nota sejarah yang aku ada kebanyakan pejuang-pejuang Islam menghadapi rintangan yang cukup hebat dalam kerjanya membawa Islam.



Lihatlah bagaimana Syeikh Ahmad Yasin sebahagian besar hidupnya berada dalam penjara kejam Israel. Lihatlah bagaimana Badiuzzaman Said Nursi selalu diburu, ditawan dan dihumbankan kedalam penjara kerana perjuangannya ingin menegakkan Islam yang syumul di Turki. Pandanglah kepada Assyahid Hasan Albana ditembak mati kerana perjuangannya yang mengancam kerajaan Mesir dan golongan musuh Allah.



Tetapi lihatlah roh perjuangan mereka silih berganti saban tahun ke tahun. Tidak pernah luput ditelan zaman. Lusuh jauh sekali. Fikrah perjuangan mereka sentiasa dibawa saban tahun tanpa penat lelah oleh rantai-rantai perjuangan Islam. Apakah yang meneruskan fikrah perjuangan mereka sehingga kini? Jawapannya ialah tulisan-tulisan mereka. Tulisan-tulisan mereka amat hebat dan lebih tajam daripada mata pedang. Dengan pedang yang tajam kalau dihayun akan membunuh satu jiwa manusia tetapi dengan risalah yang mereka bawa kalau difahami mampu membina beribu jiwa-jiwa dai’e untuk meneruskan perjuangan Islam. Itulah kehebatan penulisan yang ditonjolkan oleh ulama-ulama haraki tersebut.



Kita bila lagi hendak menguasai bidan penulisan? Inilah masanya. Manfaatkan masa muda dan mahirkan diri dengan bidang masing-masing. insyaAllah anda sebenarnya dilahirkan untuk menjadi orang yang amat hebat. Tahniah untuk semua…


lini untuk berkunjung ke blog NikAbduh: NIKABDUH

2 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  19 Januari 2010 pada 2:41 PTG  

ana setuju nikabduh seorang penulis hebat dan tulisannya bersahaja tetapi sarat dengan hikmah. senang untuk difahami. benar, mata pena lebih tajam dari mata pedang. :)

مَعهَدين الُمعلمْ 19 Januari 2010 pada 2:54 PTG  

Saya pelik bila masa NIkABduh boleh menguasai bidang penulisan..

Saya sungguh dengki dengan kemampuan dirinya..

  ©Template by Dicas Blogger.