Khamis, 14 Januari 2010

Arwah Fadhiri dan arwah Faizol sentiasa dalam kenangan

gambar kenangan bersama arwah faizol.(serban hitam di leher)

Hingga hari ini sudah masuk 3 hari arwah Fadhiri dan arwah Faizol meninggalkan kita semua. Dua orang sahabat yang cukup rapat dengan saya semenjak saya menjejakkan kaki di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kedua-duanya berasal daripada Kelantan merupakan orang yang aktif dalam melakukan kerja dakwah dan kebaikan di UPSI. Kehilangan 2 orang mutiara ini meninggalkan kesan yang besar dan memori yang sukar dilupakan buat sahabat-sahabatnya di UPSI.


Pada petang yang serba indah ini aku meluangkan masa meninjau facebook sahabat-sahabat aku untuk mengetahui perkembangan semasa luahan hati di facebook. Kehilangan arwah Fadhiri dan arwah Faizol jelas masih dirasai apabila shabat-sahabat aku masih lagi mengucapkan takziah dan ucapan kesabaran kepada keluarga si mati.


Sepanjang perkenalan aku bersama arwah Fahdiri beliau merupakan seorang yang amat baik dan selalu berlemah lembut dengan setiap orang tetapi cukup pantang dan tercabar kalau ada kalangan manusia yang mencabar maruah Islam. Boleh dikatakan dia seorang penenang hati buat sahbat-sahabat aku apabila kata-katanya mampu membuatkan hati yang gundah menjadi riang. Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden Pendidikan Islam semasa semester 6 dimana zaman pentadbirannya bagi aku Persatuan Pendidikan Islam mampu membuat berbagai program yang mampu memberi kebaikan kepada pelajar UPSI. Jasanya cukup besar untuk pelajar UPSI dan aku merasakan satu kehilangan buat Kementerian Pendidikan Malaysia apabila kehilangan seorang bakal pendidik macam arwah Fadhiri. Kini semua orang boleh menjuadi guru, tetapi roh seorang guru belum tentu ada dalam setiap jiwa seorang guru.


Bagi arwah Faizol beliau terkenal dengan panggilan tok bomoh dikalangan shaabat-sahabatnya. Disamping mempunya ilmu untuk melayakkan dia menjadi seorang guru beliau juga mempunyai ilmu dalam perubatan Islam. Saya pernah bertanya kepada arwah berkenaan perubatan Islam, apa yang penting ialah keyakinan kita dengan kuasa Allah. Sepanjang perkenalan kami, kami selalu berjumpa di surau Kolej Ungku Omar walaupun saya tidak tinggal di kolej tersebut tetapi selalu bertandang ke kolej tersebut apabila ada kuliah agama. Di kesempatan itulah aku makin mengenali arwah Faizol. Mulutnya kadang-kadang keras kalau bercakap soal keadilan dan juga benda benar. Tetapi zikir kepada Allah dan istighfar selalu menjadi mainan mulutnya.


Buat pengetahuan sahabat pengunjung blog aku sekalian, sebelum ini arwah Faizol pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya menyebabkan dia terpaksa menukar kursus pengajian. Kini kemalangan yang ke-2 meragu nyawanya. Mungkin kemalangan itu menghapuskan terus dosa-dosa yang ada pada dirinya dan semoga kedua-dua arwah sahabat aku ini berada dikalangan orang-orang soleh dan dirahmati Allah.


Pergilah sahabat untuk berehat daripada letih membuat kerja-kerja dakwah. Allah memlilih kalian lebih awal untuk berehat dan bertemu dengannya. Kami semua pelajar-pelajar UPSI pasti akan mengikut tempat kalian di satu masa nanti. Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai kematian. Yang membezakan hanya lambat dan cepat. Bila sampai masanya tak akan dicepatkan atau dilewatkan walau satu saat.

2 Cetusan minda:

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz 14 Januari 2010 pada 7:36 PTG  

perkongsian kamu buat peringatan pada kita bahawa perjalanan dunia adalah sementara..akhirat itu yg utama.. dunia ibarat exam hall yang penuh dengan ujian. peristiwa yang berlaku beri kekuatan pada kak dalam apa jua gerak kerja, utamakan akhirat dahulu. peluang yang masih ada di dunia, manfaatkan sebaiknya, mjadi bekalan tika bertemu Allah kelak. Dunia pendidikan sekarang jauh mencabar dalam mendidik jiwa anak-anak remaja supaya mereka rasa berTuhan dan beribu bapa. doakan kak kuat untuk islahkan mereka~

مَعهَدين الُمعلمْ 15 Januari 2010 pada 1:22 PG  

Bertuah kak kerana lebih awal terjun ke alam persekolahan daripada saya.

tu la yang kita bimbang sekarang. Seolah-olah kita begitu asyik dengan keadaan exam hall yang sebenarnya alam yang penuh dengan penipuan. kadang-kadang kita terleka.

Tetapi sahabat yang macam arwah faizol dan fadhiri lah yang selalu memberikan semangat...

Semoga arwah dapat berehat dengan aman di sana..
AMIN!!!

  ©Template by Dicas Blogger.