Sabtu, 2 Januari 2010

Sinar ilahi dalam dakapan...

Seorang pemuda yang menemui sinar kebahagiaan. Sinar yang dicari selama ini yang begitu perit akhirnya timbul dalam pahit getir perjuangannya. Cahaya itu cukup indah. Bermula dari permukaan hati dan kini meresap hebat ke dalam hati.



Hatinya begitu tenang bermandikan nur ilahi itu. Daripada kegelapan jahiliyah kepada gemerlipan cahaya. Semakin banyak cahaya itu semakin dia dahagakan cahaya itu. Semakin ia gapai semakin berbunga hatinya menikmati cahaya ilahi itu.



Kini hidupnya cukup tenang. Setenang air dikali. Biar berbagai cubaan dalam hidup namun bisa ditempuhi dengan penuh keredhaan kepada Allah. Apa jua hanya Allah di hati sebagai pengubat rindu. Hanya Al-Quran dan solat yang menjadi pengubat rindu ingin bertemu Allah. Kekasih hati yang cukup dirindui. Moga-moga Allah pun turut sama ingin berjumpa hambanya ini. Meletakkan hamba ini ditempat yang mulia.



Sinar yang dikecapi bukannya dinikmati berseorang diri malah turut sama rasa ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat. Bertemu sahabat-sahabat berbual tentang hati. Tentang hati yang dipenuhi oleh cahaya-cahaya Allah. Betapa nikmat rasanya hati ini. Berbual soal hati bersama sahabat-sahabat berjam-jam rasa tidak puas. Cukup seronok dan manis. Semuanya ingin dikongsi perasaan hati ini yang cukup terkesan disimbahi nur ilahi.



Aku mengharapkan cahaya ini semakin hari semakin subur dan terus mekar dalam diriku. Aku tidak mengharapka redha manusia, aku tidak mengharapkan pujian dan martabat tinggi di mata manusia. Biar dihina dan dibenci sekalipun asalkan Allah melihat aku dengan penuh keredhaannya. Sedarlah kita bahawa kita hanya bisa mengecapi syurga Allah dengan keredhaannya. Tidak masuk syurga kita dengan solat kita, tidak masuk syurga kita dengan puasa kita, tidak masuk syurga kita dengan sedekah kita. Tetapi kita bisa berada di syurga Allah hanya dengan keredhaan Allah.



“Ya Allah tetapkanlah hati ini diatas agamaMu. Janganlah Kamu bolak-balikkan lagi hati ini. Tetaplah ia sekuat mungkin diatas jalan yang benar di atas jalan yang Engkau redhai. Aku merintih ya Allah, aku merayu kepadamu tetapkan pendirian aku di atas agamaMu. Hanya Islam yang paling tinggi tiada yang lebih tinggi daripada Islam..”

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.