Sabtu, 2 Januari 2010

Remaja mati diserang sekumpulan lelaki

JOHOR BAHRU 1 Jan. – Hanya kerana menjeling, seorang remaja mati ditetak dalam pergaduhan pada awal pagi tahun baru 2010.


Kejadian berlaku pada pukul 3.50 pagi ketika mangsa yang dikenali sebagai Sheedlee berusia 19 tahun bersama dua rakannya sedang berehat di depan kafe siber di Taman Bukit Mewah di sini.


Bagaimanapun berlaku salah faham antara mereka dan sekumpulan remaja lain yang turut berada di kawasan tersebut.


Berikutan itu, suspek telah memanggil beberapa rakannya sebelum terjadi pergaduhan.


Mangsa dan rakannya cuba melarikan diri ke kawasan perumahan berhampiran namun dikejar oleh empat lelaki bermotosikal dan bersenjatakan parang.


Mangsa akhirnya tersungkur sebelum ditetak oleh kumpulan tersebut menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.50 pagi.


“Sejurus sampai di tempat kejadian, kita mendapati mangsa sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian bahu dipercayai akibat tetakan.


“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati antara dua remaja kerana menjeling,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan kumpulan remaja berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol.


Katanya, sehingga kini seramai lima suspek yang terdiri daripada remaja berusia 16 hingga 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

sumber


Bertuah sungguh negara kita mempunyai pemuda-pemuda yang cukup berani. Hanya kerana jelingan mata nyawa yang akan menjadi pertaruhan.

Alangkah baik jikalau keberanian dan kejantanan itu digunakan untuk menjaga Agama dan negara. ada jugak faedahnya untuk orang ramai. Tetapi sekarang keberanian itu disalurkan kejalan yang salah, jalan yang menyusahkan, menyusahkan diri sendiri dan juga diri orang ramai.

Berperangai setan dan menyusahkan. Bila akan berakhir tregedi seperti ini? Ini bukan tregedi yang pertama berlaku malah sudah berulang kali. Malangnya nasib Anak Malaysia...

5 Cetusan minda:

An-Nur Furqan 4 Januari 2010 pada 5:31 PG  

menakutkan betul dunia sekarang nieh..cam tak der paper jer setakat nak tetak menetak....

An-Nur Furqan 5 Januari 2010 pada 5:55 PG  

ader kene mengene ker dengan islam hadari..teringat buku yang aku baca -islamis solution to the world problem..nak selesaikan msalah dunia yang makin banyak kejahatan nieh..kene la biar semua orang ada pandangan alam yang betul..ko nak nanti mintak buku tu ngan aku..tpi aku sendiri pon belum habis baca..hehehe

  ©Template by Dicas Blogger.