Khamis, 7 Januari 2010

Perubahan daripada pengajaran Uhud

Mengambil pengajaran daripada perang Uhud. Pengajaran yang cukup bermakna daripada generasi Pasca Uhud untuk kita yang berada dizaman Uhud zaman moden. Kini kita masih dikalahkan dalam perang yang cukup halus oleh puak-puak yahudi dan juga puak-puak munafikin.



Apa yang cukup dikesalkan ialah orang Islam sendiri yang menawarkan diri menjadi tentera-tentera musuh Allah dengan membawa agenda yahudi yang cukup halus. Serangan pemikiran yang cukup tajam dan berkesan melumpuhkan hati-hati orang Islam. Natijahnya sekarang orang Islam terjerat diantara idealisme yang keliru dan fahaman Islam yang unggul. Mana satu yang menjadi pilihan.



Mudah sahaja nak terjebak dalam salah tafsiran pemikiran ekoran tiadanya ilmu agama didada. Kita merasakan pemikiran kita dan cara kita berfikir itu betul tetapi sebenarnya jauh menyimpang daripada kehendak Islam. Apkah jalan penyelesaiannya?



Naikkan semangat jihad menuntut ilmu. Baca kaji dan terus menghayati ilmu-ilmu agama dan juga sains Islam.



“Khaibar, Khaibar ya Yahud, jaisyun Muhammad saufa ya’ud”

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.