Sabtu, 30 Januari 2010

Royalti kita di UPSI adalah POSTING

Pemimpin perlu bersatu dalam memperjuangkan hak. Inilah yang aku dapat simpulkan apabila meneliti Program Perhimpunan Rakyat Kelantan dalam menuntut Hak Royalti Minyak. Pemimpin-pemimpin tanpa mengira fahaman dan ideologi politik bersatu hati dalam memperjuangkan hak bersama. Jelas dalam gambar yang saya sertakan Tengku Razaleigh Hamzah bersama pimpinan kerajaan Negeri Kelantan bersatu hati, duduk bersama, untuk mendedahkan kepada rakyat Kelantan bahawa hak rakyat Kelantan mesti diperjuangkan.



Ya Allah.. saya tidak henti-henti mengucapkan kalimah mulia dan hati ini terasa sangat terharu. Inilah perjuangan merentas ideologi berjaya ditunjukkan oleh pimpinan UMNO dan PAS Kelantan.



Apa yang aku harapkan benda ini menjadi tradisi walau dimana sahaja. Contohnya dalam politik kampus dalam konteks politik kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mana kumpulan tradisi iaitu MAHASISWA PENDIDIK dan PIMPINAN BITARA harus berganding bahu bersama untuk memperjuangkan hak pelajar. Pendek kata kita mengetepikan masalah ideologi sendiri dan bersatu dalam perkara yang perlu kita perjuangkan. Contoh sekarang ialah isu posting. Saya mengharpkan isu ini dapat dibawa bersama keperingkat lebih tinggi sehingga peringkat Nasional iaitu bersama-sama antara MPP MAHASISWA PENDIDIK dan PIMPINAN BITARA untuk memperjuangkan isu ini.



Marilah kita mencari semangat untuk bersatu kerana kita sebagai orang Islam sudah berada di dalan acuan yang begitu indah. Jangan kita menjadi onar dalam acuan yang indah ini. Demi survival dan kebajikan pelajar UPSI tidak salahnya kita berjuang bersama. Mengenepikan perbezaan pendangan dalam perkara cabang dan meletakkan asas perjuangan itu untuk menegakkan Islam dan memperjuangkan kebajikan Mahasiswa/wi Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Kuli memang hebat.. Perjuangannya merentas ideologiPernah lihat sidang media yang disertai oleh 2 pemimpin berlainan ideologi? Bagi saya inilah kali pertama yang saya lihat. Mereka bersama kerana memperjuangkan hak yang sama.. Tahniah UMNO dan PAS Kelantan...
himpunan 100 ribu Rakyat Kelantan



Kita sudah mempunyai model politik nilai.. Penyatuan hati dan perjuangan
Senyuman ikhlas Dato' Kuli
Ya Allah semoga mereka mengembalikan hak kami...




4 Cetusan minda:

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz 30 Januari 2010 pada 1:06 PTG  

Salam adikku, we're in the same boat. Kak harap isu posting ni mdapat penyelesaian,strive for the best in your studies. kerana rezeki Allah ada.yakin!

مَعهَدين الُمعلمْ 30 Januari 2010 pada 5:08 PTG  

Agenda penyatuan hati MPP yang perlu diutamakan sekarang.. Untuk membawa politik nilai di dalam kampus dan setersunya mewarnai politik luar satu masa akan datang..

InsyaAllah..

Tanpa Nama,  31 Januari 2010 pada 4:51 PG  

Saudara, saya tertarik dengan pendapat saudara. Apa yang saya sedihkan adalah fikiran saudara terlalu sempit. Cubalah membuka minda saudara dengan sebaiknya. Royalti mahasiswa UPSI bukanlah posting kerana UPSI adalah sebuah Universiti. Apakah dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan hanya layak menjadi seorang guru disekolah sahaja, apakah tiada kerjaya lain yang sesuai dengan kelayakkan tersebut? Apakah saudara pernah terfikir dengan Ijazah tersebut saudara boleh mendapat peluang kerja disektor swasta menjadi Pelatih Pengurusan, Pengurus Latihan dan juga Pensyarah. Banyak lagi peluang-peluang kerja diluar sana selain daripada menjadi guru. Nama jawatan mungkin berbeza tetapi tetap dlm pendidikan. Kalau UPSI ini sekadar mengeluarkan graduannya hanya sebagai guru maka tidak layaklah ia bergelar Universiti, kerana tidak ada satu pun pusat pengajian tinggi yang berstatus Universiti hanya mengeluarkan graduannya untuk menjadi satu-satu bidang sahaja. Hanya Institut sahaja yang mengeluarkan graduannya untuk satu bidang khusus contohnya IPGM. Jika saudara mengatakan Royalti UPSI adalah posting, sebenarnya saudara salah kerana Royalti posting ini adalah hak IPGM.
MAHASISWA PENDIDIK yang saudara gah kan itu sebenarnya bukan hanya untuk mahasiswa UPSI tetapi mahasiswa disemua Universiti didunia ini, kerana Universiti adalah tempat pengajian yang paling tinggi dalam sistem pembelajaran yang ada sekarang dengan sebab itulah wujudnya panggilan mahasiswa... maha itu sendiri sudah tinggi maknanya... saya berharap saudara fikirlah sebaiknya dan buka minda... salam.

مَعهَدين الُمعلمْ 31 Januari 2010 pada 11:21 PG  

apa yang dihilightkan disini ialah berkenaan dengan isu posting yang dop tengah panas diperkatakan.. Tiada sebut berkenaan hanya guru sebagai kerja utama kita..

Kalau tak sebut pun sememangnya pelajar-pelajar UPSI masuk UPSI seikhlas hati nak jadi guru. Kalau dorg pk nk jadi benda lain dorg xdela nk apply UPSI..

Tapi mostly pelajar UPSI sekarang memang dah setting otak dorg, keikhlasan diri dorg, semangat dorg untuk menjadi seorang guru untuk mendidik anak bangsa. Klau dorg tak terfikir nk jadi guru buat pe dorg datang sini.

Begitu juga dengan kenyataan Dato VC.. Bertekak dengan timbalan menteri semata-mata memperjuangkan hak pelajar UPSI yang ikhlas nk jadi guru...

Lainla kalu saudara tercampak kat UPSI dan tak pernah terfikir nkjadi guru.. Amatla malang.. Baikla saudara keluar cepat-cepat daripada UPSI sebab apabila saudara jadi guru nnt saudara tiada ROH seorang guru itu sendiri..

  ©Template by Dicas Blogger.