Selasa, 5 Januari 2010

Uniknya orang kita


Apa yang pelik dengan orang Malaysia sebenarnya? Kalau dilihat dari keseluruhan orang Malaysia mempunya keistimewaan yang tersendiri. Malaysia masih mampu mengekalkan identitinya tersendiri walaupun terpaksa bergelumbang dalam arus globalisasi. Itulah secaral keseluruhannya walaupun ada beberapa budaya yang mencacatkan identiti Malaysia.


Kalau dibandingkan dari segi negara yang paling aman di dunia pendek kata tiada negara yang mampu menandingi keamanan negara Malaysia. Baik dari segi politiknya yang stabil, ekonomi yang agak baik, bekalan makanan yang sentiasa mencukupi. Itulah kelebihan Malaysia. Indekas rasuah macam mane?? Huhuhu.. tu belakang kira la kan..


Selepas kuliah pagi tadi aku ke pejabat pos Tanjong Malim untuk ‘update’ lesen memandu. Berdiri hampir setengah jam membuatkan aku mencari sesuatu untuk meghilangkan kebosanan. Aku melihat pameran di dalam cermin yang terletak betul-betul di pintu masuk pejabat pos Tanjong Malim terpamer jenis-jenis sampul surat pos laju berserta harga yang tersendiri mengikut saiz. Ada juga buku-buku yang dihasilkan sendiri oleh Pos Malaysia antaranya buku poskod seluruh negara. Barangkali kandung


an buku itu menyenaraikan semua poskod di setiap tempat di seluruh negara. Alangkah baiknya kalau aku dapat memiliki buku itu. Boleh juga dijadikan koleksi peribadi sebagai rujukan bila diperlukan. Sememangnya sekarang minat aku dalam pembacaan dan kumpul koleksi buku semakin tinggi dalam diri. Sehinggakan sanggup berikhtiar demi nak memiliki sebuah buku yang aku ingin miliki.


Semalam semasa berjalan-jalan sekitar perpustakaan Tengku Bainun aku sempat membeli 2 buah buku. Masing-masing mempunya keistimewaannya tersendiri. Satu buku yang berbentuk pemikiran dan satu buku lagi berbentuk sejarah gerakan Islam. Buku itu berjudul ISLAM DAN IDEALISME ZAMAN MODEN dan satu lagi HAMAS PERJUANGAN DARI BUAIAN SEHINGGA TITIS DARAH TERAKHIR. Aku berkira mahasiswa wajar meminati buku semacam ini bagi mencambahkan lagi tahap pemikiran dan kritis sikap dalam menilai sesuatu ilmu.

Baiklah berbalik kepada cerita aku semasa dipejabat pos. Tersergam indah disebuah kotak tertulis 1Ringgit 1Malaysia. Wah slogan cukup baik. Tujuan kotak itu disitu ialah untuk memohon sumbangan dari setiap rakyat Malaysia sebanyak 1Ringgit setiap orang. Mungkin itu satu langkah yang bagus dari kerajaan untuk menampung kos kempen 1Malaysia. Tetapi alangkah terkejut apabila melihat kandungan kotak itu bukannya duit malah sampah daripada kertas menunggu giiliran untuk berurusan dikaunter pejabat. Aku dan pakcik sebelah aku tersenyum sendiri melihat kotak itu. Ermmm…. Rakyat Malaysiaku tercinta. Begitu tahap mentalitinya.


Satu kotak lagi ialah kotak cadangan yang disediakan oleh pihak Pejabat Pos Tanjong Malim bagi mendapatkan maklumbalas mengenai perkhidmatan disini. Apa yang peliknya kotak itu mengandungi sampah dan duit. Eh..eh.. pelik betul. Kotak 1Ringgit 1Malaysia dipenuhi sampah manakala kotak Peti Cadangan pula dipenuhi duit.


Adeh!!!! Pening betoll..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.