Ahad, 17 Januari 2010

Isu kalimah Allah.. Orang gila berdemostrasi


Isu penggunaan kalimah Allah seperti mana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang lalu menjadi parah sejak akhir-akhir ini. Walaupun keputusan tersebut telah ditangguhkan oleh Mahkamah tinggi demi meredakan keadaan tetapi penetangan oleh sesetengah pihak semakin konsisten dan diluar batas agama.


Hari ini berita terbaru yang saya petik daripada Malaysiakini sebuah masjid di Sarawak telah dibaling botol kaca. ini ekoran kerja-kerja jahanam yang telah dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dengan membuat kerosakan terhadap gereja-gerja milik penganut kristian. Sebenarnya kerja-kerja jahanam itu amat-amat ditegah oleh agama Islam selaku agama yang memetingkan keadilan dan keamanan. Ini bukan sahaja akan mencemarkan nama Islam malah boleh mencetuskan suasana yang tidak baik di dalam negara.


Cukuplah dengan permainan taktik kotor dan berkepentingan dalam menghadapi isu ini. Bagi saya secara peribadi, serangan keatas gereja bukan dibuat atas dasar agama tetapi atas tujuan politik dan berniat jahat. Matlamat menghalalkan cara walaupun keganasan memusnahkan rumah ibadat agama lain amat-amat ditegah oleh Islam.


Begitu juga yang berdemostrasi di sana sini tiada juga faedahnya. Hanya akan mencetuskan suasana yang tidak baik di dalam negara. Hanya penat dan lelah lagi menyusahkan orang ramai daripada penganjuran demostrasi tersebut. Sepatutnya isu ini didepani dengan ilmiah sebagaimana yang dibuat di Penang kita berdialog bersama paderi kristian dan menjelaskan maksud yang sebenar kalimah Allah. Tahniah kepada Dr Mujahid Rawa kerana berani berdiskusi dan bersefahaman dengan penganut kristian dalam mencari kesefahaman dan memantapkan lagi konsep 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri.


Kewajaran berdemo itu harus diletakkan pada tempat yang sebetulnya. Alangkah baik kalau berdemo mendesak kerajaan agar mentadbir negara dengan cara Islam yang syumul. Mentadbir mengikut sunnah sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Dari itu barulah tampak jelas sayangnya kita terhadap Islam. Kini masalah akidah umat Islam cukup parah. Budaya hedonisme, individualisme, sekularisme, liberalisme dan macam-macam ancaman lain membarah dalam jiwa umat Islam. Sumber ataupun punca kepada kejadian ini masih galak diteruskan tanpa kawalan baik di media cetak dan media elekrtonik. Lagi malang apabila program-program kerosakan begini disokong hebat oleh orang yang kononnya memperjuangkan kalimah Allah.Cukup menyedihkan apabila ramai dikalangan muda-mudi yang tidak bersolat, tidak tahu cara bersolat, kehidupan bebas, dadah, seks bebas dan bermacam lagi penyakit sosial. Jadi dimana pejuang-pejuang yang begitu galak berdemostrasi mempertahankan kalimah Allah? Buta hati? Buata mata? Sehinggakan tidak nampak mana yang lebih penting untuk dilaungkan dan menjadi asas dalam perjuangan.


Isu kalimah Allah itu bukanlah satu isu besar. Tetapi ia seolah-olah besar setelah diapi-apikan oleh media. Secara peribadinya aku sendiri menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Tetapi biarlah isu ini diselesaikan dengan cara baik dan berhikmah agar dapat ditonjolkan sifat Islam yang sukakan perdamaian.


Saya mengharpkan isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik dan pihak polis dapat menyekat sebarabg anasir provokatif dalam isu ini.

6 Cetusan minda:

~ Lelaki ~ 20 Januari 2010 pada 11:36 PTG  

ORE DEMONTRASI MAROH.KITO TAKPO.PELIK NI

upsidulu 2 Februari 2010 pada 1:40 PTG  

"""Begitu juga yang berdemostrasi di sana sini tiada juga faedahnya. Hanya akan mencetuskan suasana yang tidak baik di dalam negara. Hanya penat dan lelah lagi menyusahkan orang ramai daripada penganjuran demostrasi tersebut""" petikan psoting anda..

kalau sendiri berdemo, boleh plak walaupun isu remeh temeh..

ni lah pembangkang, sendiri buat tak salah tapi orang lain pula..dikata salah....apa punya oranglah.

مَعهَدين الُمعلمْ 4 Februari 2010 pada 7:18 PG  

Kan aku dah kata...
Berdemo tgk pada keadaan dan perkara..

Takkan la kalau ayam nak berak pun ajak berdemo..

Pakai otak la..
jgn guna kepala lutut...

upsidulu 4 Februari 2010 pada 9:08 PG  

haha. baru pula ikut keadaan. sdgkn ckp hak berhimpunlah apalah.

ikut keadaan apa? ikut keadaan cara pembangkang? cukuplah tu. paku dulang paku serpih, mengata orang mereka yang lebih.

isu lompat parti, kalau BN lompat ke PR, mereka ckp bermaruah, cara demokrasi. tapi PR ke BN or bebas, dikata mcm2,gambar dipijak, khianat.. haha..mcm2

مَعهَدين الُمعلمْ 4 Februari 2010 pada 1:24 PTG  

dulu Khairy Jamaluddin ketua pemuda UMNO pernah berkata orang yag berdemo nie macam BERUK-BERUK DIJALANAN..

Selang beberapa tempoh UMNO sndiri yg buat demo..
So sekarang aku pening mana satu yang jadi BERUK..

Harap ko tak termasuk golongan BERUK yg menghlalkan tindakan sndiri..

Dalam konteks isu kalimah Allah.. Nie bukan soal nk tunjuk sapa hebat dengan berdemo.. tapi yg realiti benda ini kena ada muzakarah antara ketua-ketua agama..

Buat ape ko tarik pasal isu lompat parti.. Ko nk berpolitik ke atau nk bincang isu kalimah Allah?

Lagi satu janganla pondan sangat.. Nk berdebat ngan aku perkenalkanlah diri tu sape..

Alahai...

  ©Template by Dicas Blogger.