Rabu, 27 Januari 2010

Politik macam najis. tapi ayam makan najis

Badan rase terawang-awangan. Berada di dalam makmal selama tiga jam cukup membosankan diri. Bukan bosan kerana konten pelajaran tetapi tidak tahan dengan bau alkohol yang menusuk hidung yang menyebabkan kepala aku pening-pening. Cukup menekan dan mencekik segala urat-urat saraf. Hati tetap tabah untuk menyelesaikan eksperimen itu bagi mendapatkan markah yang diingini. Semestinya markah yang paling tinggi. insyaAllah. Setelah berlalu 3 jam berada di makmal aku dan rakan aku laju menaiki moto pulang ke kolej.



Di meja study aku termenung keseorangan. Bermacam-macam perkara berlegar di ruang pemikiran. Soal masa depan, soal hati, soal akhlak diri, kerenah pilihanraya kampus dan bermacam-macam lagi. Tetapi masalah yang aku fikir lebih berkait rapat apa yang aku alami di kampus sekarang. PILIHANRAYA KAMPUS. Benda yang tidak asing lagi dalam diri setiap mahasiswa. Sebagai mahasiswa yang cakna dengan maklumat dan kebajikan mahasiswa aku haris mengambil tahu apa yang berlaku bukan sahaja politik kampus malah politik luar sekali pun. Politik adalah kehidupan dan tanpa politik kita tidak akan ada di bumi ini barangkali. Mungkin bagi sesetengah orang yang anti dengan politik perkara sebegini menjelekkan. “pergi mampos dengan politik” “politik adalah samapah” “politik kotor” “pisahkan politik daripada agama” “lu nk berpolitik lu main,jangan ajak gua, gua tak layan politik”. Mungkin sesetengah orang inilah ayat-ayat yang cuba diluahkan apabila cuba diajak bersembang mengenai politik. Tidak kira politik kampus atau politik luar semuanya adalah jijik dan cemar belaka.



Selama dua hari proses rapat umum dimana setiap calon daripada kerusi umum dan kerusi fakulti berentap, mereka rata-ratanya mempunya kemampuan ‘speech’ yang tinggi tidak kira daripada pihak Pro-Kebajikan( Mahasiswa Pendidik ) dan juga puak Pimpinan Bitara. Semuanya cuba membentangkan manifesto masing-masing dengan kekretifan tersendiri dan kekuatan manifesto tersendiri. Yang paling menjadi perhatian dan mencuit hati ialah mahasiswa bakal MPP kali ini cuba membawa isu posting. Satu isu yang berat saya rasa yang cuba diketengahkan. Bila melihat isu ini teringat saya apabila isu ini pernah dimainkan semasa pilihanraya kampus sewaktu saya berada di semester 1. Waktu itu masih tidak mengenali dengan politik kampus, Cuma melihat dari jauh apa yang brader2 senior cuba buat untuk menghiasi suasana politik kampus. Provokasi, laung-laungan dan takbir bergema apabila calon pujaan hati naik kepentas untuk berucap. Kurang beradap. Ermm… Mungkin boleh dilupakan sebentar soal adab apabila berkempen untuk pilihanraya. Begitulah fikir aku sewaktu itu. Masih tidak faham antara politik dan adab. Bagi aku sewaktu itu politik adalah politik, kalau nak beradab sopan sila masuk masjid dan ikut jemaah Tabligh jer.



Tapi Alhamdulillah sekarang ‘view’ aku berkenaan politik jauh berbeza berbanding dulu. Politik dan Islam itu saling memerlukan. Kalau orang mengatakan politik itu kotor, Ya memang benar kalau tidak disulaminya dengan adab-adab Islam. Politik ingin mengetengahkan kebaikan bukannya ingin memdokong idealisme puak-puak tertentu. Kebaikan ini adalah datangnya daripada agama. Maka seharusnya segala niat dan kerja kita untuk memilih pemimpin harus diletakkan kepada pemimpin yang beramal soleh, yang mengenal Allah, amar makruf nahi mungkar.



Mahasiswa harus kembali kepada sirah nabi dan juga para sahabat apa yang nabi kita lakukan dengan politik. Kenapa nabi Muhammad berhijrah dari kota Mekah ke Kota Madinah. Kenapa nabi tidak menerima tawaran kafir quraisy yang ingin menjadikan nabi sebagai pemimpin kota Mekah dengan syarat nabi meninggalkan kerja-kerja dakwah. Itulah persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh mahasiswa supaya view politik nampak jelas. Lihatlah perjuangan nabi di dalam setiap perang yang disertai oleh nabi. Dari perang Badar, Uhud Khandak dan perang-perang yang seterusnya yang disertai begitu banyak pengajaran yang kita boleh ambil untuk menjadi tatapan ataupun panduan di dalam memimpin sesuatu organisasi.



Ya Allah pimpinlah semua bakal calon MPP UPSI kali ini ke jalan yang engkau redhai… AMIN!!!!

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.