Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Januari 2010

PTPTN akan masuk semester hadapan.. :)

Kalau aku ada kroni dalam PTPTN kan best.. senang skit kot PTPTN aku nk masuk. Mula-mula baca blog budak tu, budak tu cakap masuk 8 atau 9 Februari.huhuhu.. Muka tersengih kegembiraan sebab tak lama dah tu. Tapi hampeh tak masuk jugak. Baca plak blog budak nie die cakap PTPTN akan masuk pada 15 Februari. Ermmm…. Xmasuk jugak.



Kini ura-ura mengatakan PTPTN akan dapat pada 31 Februari. Erk…Mak.. lama tu. Dah bising di Facebook kawan-kawan aku mengenai kelewatan PTPTN pada semester ini. Ada yang menyalahkan MPP.. Ermm.. Pening kepala jugak kalau jadi MPP nie. Mujur aku xleh bertanding MPP. Klau tak bikin sakit kepala gua nie..



Walau PTPTN tak masuk lagi perut tetap dicurahi rezeki oleh Allah Taala. Alhamdulillah..

Read more...

Jumaat, 7 Ogos 2009

Nak jadi wartawan ke nak jadi pondan???

Wartawan Kosmo memang pondan.. Nie isu XPDC ke Pelantar minyak yang disahkan berada dalam wilayah Negeri Kelantan jadi hangat bila wartawan pondan KOSMO “demand” nak pergi ngan kapal ‘titanic’ dalam beritanya di kosmo yang bertajuk “MISI ROYALTI BERTUKAR MISI MAUT”.

Xpercaya ka??

Betol nie..

Nak baca??

Mula-mula korang masuk kat blog nie… Tengok macam mana dia kena tibai ngan komentar..
http://kickdefella.wordpress.com/2009/08/07/bila-mat-sabun-di-bawa-belayar/

Pastu korang baca plak blog nie..
http://perisik-rakyat.com/2009/08/misi-royalti-bertukar-misi-maut.html

Kelakor...wakaka.. ada gak WARTAWAN pondan macam nie. Kerja wartawan nak cari berita bukan nak jadi WARTAWANG...


Tol tak kawan-kawan ku???????

Read more...

Petai lebih enak baunya daripada limau kasturi. satu kajian non-saintifik oleh Dr Zul

Begitu berselera makan tengahari apabila perut dibelai dengan selera kampong. Budu, tempoyak, petai, dan telur goreng begitu menyelerakan disantap bersama kawan-kawan di kolej yang serba sepi ini.


Pintu cermin dibuka seluas-luasnya dibiarkan deruan angin yang menenangkan jiwa membelai tubuh kami yang sedang makan. Begitu indah rasanya makan tengahhari kali ini dengan suasana sedemikian.


Sudah 2 hari kami makan menu yang sama. Petai walaupun busuk cukup membuka selera kami. Busuk petai kata orang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan vitamin dan serat yang baik. Kata oranglah. Aku tak pernah kaji mengenai petai ataupun membaca mana-mana artikel mengenai petai.


Sesudah makan dipaksa diri untuk menghadap laptop kesayangan masih terasa lagi keenakan dan bau petai di celah gigi. Memang susah nak hilangkan bau petai walaupun dengan mengosok gigi.


Yang paling sakit hati kalau ada orang sendawa disebelah kita selepas dia memakan sepapan petai. Cis memang cilako la..sepak jer..


(Aku menulis nie sebab ada orang sendawa depan aku…grrrrr..)

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.