Selasa, 29 September 2009

Inilah politik orang kita.. pelik sungguh.. hahaha

Apa pun tahniah kepada ISA Samad kerana berjaya mempengaruhi pimpinan UMNO untuk memilih beliau mengalas cabaran UMNO menetang PAS di Bagan Pinang.

Akhirnya nasihat Tun Mahathir diketepikan gara-gara takut diboikot pilihanraya. Ermm… ramai jugak peminat ISA Samad nie sampaikan penyokongnya sanggup naikkan kain rentang mengugut kepimpinan UMNO agar memilih ISA Samad sebagai calon.

Dulu ISA Samad dikaitkan dengan rasuah..

Kini dinaikkan sebagai calon UMNO..

Pada masa yang sama UMNO bersuara menetang rasuah habis habisan..

Aik…….

Hairan Bin Ajaib…..



Read more...

Isnin, 28 September 2009

Politik keegoan

SELCAT….. = “Sell + Cat”

Pemimpin PR Selangor masing-masing nak tunjuk hebat..

Nak kata BODOH tak tergamak sebab dah jadi pemimpin..

Tak reti nak berbincang ker??

Read more...

Khamis, 24 September 2009

Gambar aidilfitri...

Majlis hari raya dan juga pertemuan mata bersama anak-anak Kelantan UPSI di rumah Pokwe cukup meriah dan menyeronokkan. Kehadiran lebih kurang 20 orang termasuk muslimat cukup memberi kenangan manis di hariraya.

























































Read more...

Ahad, 20 September 2009

Aidilfitri ambillah peluang untuk berpesta...

Sukanya dihari raya…

Tengok artis-artis dop gelek punggung, gelek pinggang..

Meriah betol di hari raya..

Setelah maksiat dijaga sepanjang ramadhan kini dijamu sebegitu rupa di television..

Sungguh meriah tidak terkata..

Dalam Ramadhan dihiasi dengan siaran keagamaan kini dicemari dengan tarian dan nyanyian para Laknatullah..

Meriah sungguh dihari raya..

Ucapan “taqabbalallahhu minna minkum” diganti dengan nyanyian-nyian berahi kononnya menyambut hari kemenangan syawal.(huhuhu..ntah pose ke tak.. kalau pose pun adakah berpuasa “aljuy’ wal ‘atos”??).

Ermm…

Bulan pentarbiyahan Ramadhan rupanya bulan untuk berehat-rehat daripada melakukan maksiat. Selepas itu kita berpesta sakan bila aidilfitri menjelma.

Hari ini hari raya pertama..

Hari esok apa lagi hidangan untuk hati dan mata ini??

Ermm… Tarian bogel barangkali…

Read more...

Sabtu, 19 September 2009

Salam aidilfitri untuk semua...


Salam penghabisan Ramadhan dan salam aidilfitri..

Dikesempatan ini saya diri yang daif ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri saya. Sememangnya manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan samaada sedar ataupun tidak sedar. Allah Taala boleh memaafkan dosa hamba nya jadi molek kiranya sahabat-sahabiah sekalian memaafkan dosa saya jika ada salah ataupun silap.

Raya-raya jugak tapi assignmen jangan lupa..
Raya-raya jugak tapi perut mau jaga..
Raya-raya jugak tapi amalan yang wajib jangan terabai.

Raya kali ini harapnya membawa seribu satu makna disulami kegembiraan bertemu sanak saudara. Gunakan kesempatan ini sebaiknya agar tidak disia-siakan kesempatan yang ada untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Hubungan yang paling mahal di dunia ini selepas hubungan kita dengan Allah Taala... "Hablumminallah..Hablumminannas.."

Jaga hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita sesama manusia. Jauhi permusuhan dan tingkatkan prestasi diri. Buang yang keruh ambil yang jernih. Eratkan ukhuwah mantapkan persaudaraan.

Jadilah umat Islam yang POWER...
Salam Aidilfitri untuk semua..

Read more...

Selasa, 15 September 2009

Perjalanan yang mencari pengalaman..

insyaAllah malam ini sejarah pertama aku akan dicipta. Dalam bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini aku ingin mencuba sesuatu yang baru. Mungkin benda yang aku dah cuba ini suatu yang sudah dibuat oleh ramai orang. Tapi ia masih baru dan ini yang pertama dalam diri aku.

Meredah perjalanan dari Tanjong Malim ke Kelantan menggunakan motor satu benda baru dalam diri aku. Baru ataupun tidak dalam beberapa jam lagi aku akan meredah perjalanan. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 8 jam itu semestinya memberi banyak pengalaman untuk diri yang sedang belajar dan yang akan belajar ini.

Ilmu itu datang daripada pengalaman. Ilmu berdasarkan pengalaman mendatangkan roh ilmu itu dalam diri. Selama ini kita selalu mendapatkan ilmu secara teori dalam kelas yang agak membosankan. Apa kata kita sebagai orang muda selalu melakukan perkara yang di luar jangkaan supaya kita mendapat lebih lagi pengalamn dan dapat mengaplikasikan ilmu yang kita belajar di dalam kuliah.

Apa pun saya kira perjalanan pada malam ini pun memberi seribu satu ilmu yang berguna. Doakan keselamatan aku wahai sahaba sekalian… Amin…

Read more...

Ahad, 13 September 2009

Cinta Farah II

Kini Farah terus bahagia bersama dengan cintanya. Setiap perkara disulami dengan senyuman kerana kuasa cinta lelaki internet itu amat kuat mengikat hatinya. Seolah-olah angau yang tidak kehabisan Farah terus melayan perasaan cintanya yang tidak kehabisan.

“Semoga cinta aku ini mampu mwmbawa aku ke syurga”. Semakin kuat angan-angan Farah. Angan-angan ini terus mengulit Farah sambil bibirnya yang manis itu tersenyum lebar dilambung angan-angan. Angan-angan yang tidak pasti. Angan-angan yang belum tahu kaca ataupun kristal.

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Hati Farah tidak lagi tenteram untuk meneruskan mutalaah buku-bukunya. Ibarat fikiran yang sudah tepu dengan ilmu-ilmu. Makin disumbat makin pening kepalanya. Islamic ethics, business study sudah habis dimutalaahnya. Barangkali semua ilmu itu sedah meresap masuk dalam otak Farah. Lantas dengan bersemangat Farah mencapai lap top jenama Compat kesayangannya. Kini lap topnya dihiasi indah dengan ‘sticker’ berbentuk ‘love’ di bahagian belakang screen. Barangkali itulah lambang cintanya yang akan kekal abadi. Cinta bersama lelaki internet. Farah tersenyum sendirian memerhatikan ‘sticker’ itu. “yaahhhh!!! Inilah lambang cinta aku pada mu” bisik hati Farah. Wajah-wajah ‘cool’ lelaki internet itu terus menerjah menjamah pemikirannya. Farah tidak dapat menahan perasaan rindu lagi. “aku mesti hubungi ‘my heart’ aku”. Farah melaung sambil tersenyum. Farah semakin angau barangkali. Dia tidak sedar jikalau ada yang memerhati tindakannya dia akan dicop sebagai gila atau kurang siuman. Tapi farah tak kisah sebenarnya asalkan hati ini dapat diulit kerinduan bersama lelaki internet itu.

“Hai Farah. Salam.. rindu saya ker?hehehe”

“Hai wsalam.. ye la. Rindu awak la. Awak buat ape tu?”

“takde buat pe. Sy dop tgh chat ngan Farah la nie. Farah sorg je yg sudi layan chat ngan saya”

“Wah… betol ke nie?? Ntah-ntah ade perempuan lain dop chat ngan awk.. laki sekarang bukan bleh percaya sgt”

“Laaa… Farah x caya saya ker? Pernah ke saya tipu farah. L

Blaaa…

Laaa..

Blaa..

Farah terus melayan perasaannya bersama Mahadi. Setiap tulisan yang ditaipnya disulami dengan senyuman yang penuh makna. Malam semakin lewat. Farah semakin galak dengan YM dan Mahadi nya. Akhirnya tertidur di telan gelap.

Keesokan harinya Farah ada usrah bersama kak Hajar. Farah amat minat berusrah dengan Kak Hajar. Pasti akan ada topik yang menarik yang boleh dibincangkan bersama Kak Hajar. Kak Hajar adalah seorang jurutera bekas lulusan Universiti Teknologi Petronas bertudung labuh juga merupakan ahli kepada sebuah jemaah Islam. Beliau mengambil Farah sebagai anak usrahnya melalui kenalannya di kampus. Malam itu tanpa diduga ada satu topik hangat yang dibincangkan dengan kak Hajar. Topik ‘BERKAPEL… adakah ada dalam syariat?’

Tiba-tiba fikiran Farah teringatkan diri Mahadi. Perbincangan mengenai topik ‘kapel’ membuatkan Farah termenung panjang. Betul ke ‘kapel’ diharamkan di dalam Islam? Kenapa diharamkan? Bukankah ada perkara yang baik yang muncul bila berkapel?... persoalan-persoalan ini muncul di kepala Farah sambil berhempas- pulas dengan hujah yang telah diberikan oleh Kak Hajar. Fikiran Farah berkecamuk. Tidaaaaaaaaaaaaaakkkkkkk!!!! Farah sayangkan Mahadi…

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.