Sabtu, 5 September 2009

PAS dan UMNO macam kucing dan anjing..

Lepas pilihanraya kita terus berpilihraya lagi..


Kalau dulu terkenal dengan lagi-lagi senario tapi sekarang senario dan terkubur muncul plak sindrom lagi-lagi pilihanraya.


Tak tau nak cakap. Adakah ini ujian Allah atau bala daripada Allah. Sedikit sebanyak pilihanraya banyak membawa perpecahan dikalangan rakyat terutamanya dalam kalangan orang-orang melayu. Tapi yang menjadi beruntungnya ialah orang makin mengenali wajah perjuangan yang dibawa oleh PAS dan juga UMNO.


Kali ini pilihanraya skali lagi pertembungan antara PAS dengan UMNO. Rakyat yang cerdik mesti terkapai-kapai dahagakan maklumat apakah yang dibawa oleh PAS apabila pas mesti skali lagi mati-mati akan dimaki dan dikata macam-macam dalam TV.


Biasalah dah adab pilihanraya. Bila timbul jer pilihanraya tv akan mendedahkan dan mengagungkan perjuangan UMNO sebagai sebuah parti yang tidak pernah membuat silap. Pada masa yang sama memperkecil2kan PAS sebagai parti yang penuh dengan najis dan dosa. Itu adalah lumrah stesen tv. Dia xkan lari daripada lumrah itu selagi BN memerintah Malaysia. Kalau lari daripada situasi tu maknanya hari dah nak kiamat la tu..


Tapi sedar ataupun tidak sebenarnya tindakan UMNO yang cuba menonjolkan diri di tv sebagai parti yang “maksum” sebenarnya memakan diri. Kajian daripada seorang penganalisis politik kekalahan teruk UBN dalam pilihanraya ke-12 kerana rakyat meluat dengan iklan tv yang memaparkan UBN sebagai sebuah parti yang “maksum”.


Jadi aku memang bersetuju dengan pendapat penganalisis tersebut. UBN seharusnya menonjolkan kekuatan sendiri. Bukannya naik dengan cara memijak-mijak orang lain dengan harapan orang akan percaya padanya.


Musuh akan lemah bila jatidiri kita kuat. Musuh akan kecut dengan kita walaupun kita sedikit asalkan kita begitu teguh dengan tali Allah. Persoalannya apakah kekuatan UMNO-BN??????


Sebelum menuju ke katil untuk tidur sama-sama kita fikirkan… Selamat Malam..


(Baru sahaja lepas mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ust Azlan Zainal)~Agak kagum dengan keberaniah dia melakukan mujahadah di alam kampus~

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.