Sabtu, 19 September 2009

Salam aidilfitri untuk semua...


Salam penghabisan Ramadhan dan salam aidilfitri..

Dikesempatan ini saya diri yang daif ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri saya. Sememangnya manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan samaada sedar ataupun tidak sedar. Allah Taala boleh memaafkan dosa hamba nya jadi molek kiranya sahabat-sahabiah sekalian memaafkan dosa saya jika ada salah ataupun silap.

Raya-raya jugak tapi assignmen jangan lupa..
Raya-raya jugak tapi perut mau jaga..
Raya-raya jugak tapi amalan yang wajib jangan terabai.

Raya kali ini harapnya membawa seribu satu makna disulami kegembiraan bertemu sanak saudara. Gunakan kesempatan ini sebaiknya agar tidak disia-siakan kesempatan yang ada untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Hubungan yang paling mahal di dunia ini selepas hubungan kita dengan Allah Taala... "Hablumminallah..Hablumminannas.."

Jaga hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita sesama manusia. Jauhi permusuhan dan tingkatkan prestasi diri. Buang yang keruh ambil yang jernih. Eratkan ukhuwah mantapkan persaudaraan.

Jadilah umat Islam yang POWER...
Salam Aidilfitri untuk semua..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.