Rabu, 2 September 2009

1Malaysia atau 15Malaysia???

Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada penuntut-penuntut Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Habibiah pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Kuang, Selangor semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

Sungai buloh 1 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, gagasan 1Malaysia yang sedang dilaksanakan sekarang telah menepati kehendak ajaran Islam yang sentiasa menuntut umatnya berlaku adil sesama manusia termasuk kepada yang bukan Islam.

Menurut Perdana Menteri, seperti yang dinyatakan Allah SWT dalam surah Al-Maidah yang menekankan keadilan untuk semua, amalan itu akan meningkatkan ketakwaan seseorang.

Gagasan 1Malaysia yang sedang dihayati pada masa ini merupakan satu gagasan yang tetap bersifat Islamik dalam pengisian dan matlamatnya.

"Ini adalah berpandu pada ayat kelapan dalam surah Al-Maidah yang bermaksud 'Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil.

"Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa juga kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu ketahui," katanya pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dekat sini hari ini.

Majlis yang diadakan di pekarangan Masjid Jamek Batu 20, Kuang itu turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa.

Tegas Perdana Menteri, ayat tersebut menerangkan bahawa keadilan bukan hanya kepada umat Islam sahaja tetapi untuk semua orang.

Katanya, malah jika dilihat pada sejarah Rasulullah SAW, perlembagaan Madinah sendiri mengutama dan mempertahankan Islam sebagai agama keadilan untuk semua dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan beragama kepada penganut lain.

"Oleh itu, marilah kita sama-sama melakukan yang terbaik kepada bukan sahaja umat Islam tetapi turut berlaku adil kepada yang bukan Islam.

"Mudah-mudahan dengan cara seperti ini, kita akan lebih bertakwa kepada Allah dan inilah sebenarnya yang terangkum dalam gagasan 1Malaysia.

"Apabila kita amalkan 1Malaysia, insya-Allah negara kita akan lebih aman dan kehidupan kita lebih harmoni di negara Malaysia yang dicintai," ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat akan terus menyumbang kepada masjid dan surau di negeri Selangor sempena bulan Ramadan ini.

Katanya, mudah-mudahan dengan sumbangan itu ia akan membolehkan aktiviti Ramadan di masjid seluruh Selangor berjalan lebih sempurna.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bersusah payah menyumbang pada majlis petang ini,"' ujarnya.

Beliau juga berterima kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memberi perkenan agar majlis seperti itu diberikan sokongan.

Kira-kira 400 buah masjid dan 300 buah surau di Selangor menerima sumbangan daripada Kerajaan Pusat bagi membantu mengadakan program sepanjang bulan Ramadan ini.

Ulasan anak muda 1Malaysia:

Huhuhu...

Memang betol konsep 1Malaysia tidak bercanggah dengan ajaran Islam malah Islam menyuruh supaya berlaku adil sesama kaum. Tetapi yang menjadi masalah ialah apa yang berlaku dalam negara begitu bercanggah dengan konsep 1Malaysia.

usahkan adil kepada lain-lain kaum, kaum sendiri pun diabaikan dan tidak diberikan keadilan kerana pemikiran politik sempit yang diasuh oleh pemikiran jahiliyah dan perasaan kebencian yang menebal. Contohnya hak rakyat Kelantan dalam isu minyak di Kelantan.

Kejadian yang terbaru berlaku ialah perarakan kepala lembu dalam demonstrasi bantahan pembinaan kuil di Syah Alam. Kalau dilihat kepada banner-banner yang terpampang dalam gambar kejadian demo itu semua dapat mengagak budak 1Malaysia sendiri yang menganjurkan demonstrasi yang sangat biadap itu..

Selepas ini apa yang bakal berlaku lagi di Malaysia? Perpaduan senipis kulit bawang. Bila-bila masa sahaja akan terkoyak dan terhiris dek orang politik yang tidak meletakkan keadilan Islam di dalam perjuangannya..

apa pun inilah sedikit kekesalan yang dikeluarkan oleh hati seorang anak muda anak 1Malaysia. Bukan benci atau tidak cintakan negara, tetapi hak mutlak aku untuk luahkan pendapat apa yang berlaku dalam negara sekarang.

Haru biru..

Hiruk-piruk..

Sebab "pelakon-pelakonnya" terdiri daripada orang politik bodoh lagi jahil dan berkepentingan.. Nyah ko dari Malaysia..

huhuhu... bukan 1Malaysia lagi.. 15Malaysia..


1 Cetusan minda:

~ Lelaki ~ 3 September 2009 pada 10:13 PTG  

kuat dmo duk katok dyo.sie gak dio sikit

  ©Template by Dicas Blogger.