Selasa, 15 September 2009

Perjalanan yang mencari pengalaman..

insyaAllah malam ini sejarah pertama aku akan dicipta. Dalam bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini aku ingin mencuba sesuatu yang baru. Mungkin benda yang aku dah cuba ini suatu yang sudah dibuat oleh ramai orang. Tapi ia masih baru dan ini yang pertama dalam diri aku.

Meredah perjalanan dari Tanjong Malim ke Kelantan menggunakan motor satu benda baru dalam diri aku. Baru ataupun tidak dalam beberapa jam lagi aku akan meredah perjalanan. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 8 jam itu semestinya memberi banyak pengalaman untuk diri yang sedang belajar dan yang akan belajar ini.

Ilmu itu datang daripada pengalaman. Ilmu berdasarkan pengalaman mendatangkan roh ilmu itu dalam diri. Selama ini kita selalu mendapatkan ilmu secara teori dalam kelas yang agak membosankan. Apa kata kita sebagai orang muda selalu melakukan perkara yang di luar jangkaan supaya kita mendapat lebih lagi pengalamn dan dapat mengaplikasikan ilmu yang kita belajar di dalam kuliah.

Apa pun saya kira perjalanan pada malam ini pun memberi seribu satu ilmu yang berguna. Doakan keselamatan aku wahai sahaba sekalian… Amin…

2 Cetusan minda:

hamba ALLAH,  16 September 2009 2:02 PTG  

semoga anta selamat sampai ke kampung.berhati-hati dijln raya.solat hajat sblm bertolak.peringatan dari ana.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Anak Pendang Sekeluarga 17 September 2009 9:14 PG  

Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: ” Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka (atau hariraya) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak”. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dari saya,andai kata tersilap bahasa,maaf dipinta ye..hu3
Harap boleh tukar link…..lepas nie…(add la saya)

  ©Template by Dicas Blogger.