Selasa, 8 September 2009

Majlis berbuka puasa yang penuh bermakna





Maljlis berbuka puasa anjuran Alumni Maahad Muhammadi( AMAL ) berlangsung dengan penuh kesederhanaan dan meriah pada petang tadi. Majlis yang dihadiri oleh Pengerusi AMAL pusat dihadiri lebih kurang 40 ahli persatuan alumni dari kalangan muslimin dan juga muslimat.(Seperti biasa muslimat lebih ramai..hehhehe)


Saya cukup terharu dengan kedatangan ahli alumni yang diluar jangkaan. Pada mulanya saya tidak mengangarkan kehadiran seramai ini. Rupa-rupanya masih ramai bekas pelajar Maahad Muhammadi berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi AMAL Pusat (Pak Uda) kerana sudi hadir walaupun terpaksa merempuh perjalanan yang jauh ditambah lagi dalam bulan puasa. Perjalanan dari Kelantan merentas bukit Gerik sememangnya meletihkan. Tapi darah perjuangan yang ada dan juga perasaan bertanggungjawab dengan amanah yang ada tidak membuatkan kepala Pak Uda berfikir lama untuk datang.


Majlis dimulakan dengan sesi taaruf oleh setiap ahli yang hadir. Majoriti Alumni Maahad Muhammadi mengambil kos Pendidikan Sains dan juga Pendidikan Islam. Yang selebihnya daripada lain-lain kos. Setiap orang diberikan peluang untuk bertaaruf walaupun taaruf yang ringkas. Tetapi saya kira taaruf ringkas itu sudah cukup untuk menguatkan diantara hati-hati kami dan menjadikannya satu pasak pemulaan untuk memantapkan lagi Alumni di UPSI dan seterusnya berjuang atas nama Islam sebagai ad-din.


Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Pak Uda dan juga lantikan kempimpinan yang baru. Tahniah kepada saudara Fatehi kerana mendapat jawatan sebagai Presiden Amal. Diharapkan semua ahli dapat memberi sepenuh kerjasama kepada saudara fatehi untuk bergerakkerja mengatur dan melaksanakan progrem.


Akhir kata..Majulah Syabab untuk Islam.. Salam Perjuangan.

2 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  9 September 2009 pada 7:44 PG  

salamn ramadhan kareem:)

UPSI?hehehehe..

  ©Template by Dicas Blogger.