Khamis, 10 September 2009

Berbuka puasa bersama penganut Buddha..

Alangkah terkejut saya dan beberapa kawan melihat perubahan seorang kawan non-muslim. Pelajar semester 1 program pendidikan Malaysia berbangsa Tiong Hua berasal daripada Cameron Highlands mendapat satu benda baru sejak kedatangannya ke Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Perangainya yang tidak suka berkawan sesama ‘chinese’ mendekatkan lagi hubungannya dengan orang Melayu beragama Islam. Bagi saya dia telah membuat satu keputusan yang terbaik untuk dirinya tanpa dia sedar. Itulah sebenarnya hidayat Allah. Ia datang tanpa kita sedar walau dimana kita berada dan walau bagaimana keadaan kita.


Kejadian petang ini begitu indah. Dari jauh nampak sebatang tubuh berjalan menghampiri kami. Berkulit putih berbaju hitam. Muka seakan-akan keturunan cina. Berkopiah hitam membuatkan mata kami semua terkejut. Seakan-akan tidak percaya apa yang kami lihat… ONG!!!!!.... ayaaa!!!. Tiba-tiba mulut aku berbunyi.


Kawan saya seorang cina beragama buddha dengan pemakaian seperti seorang muslim. Siapa tak terkejut. Begitu janggal dalam kehidupan saya sebagai seorang melayu Kelantan melihat situasi tersebut. Diri ini bukannya tidak pernah melihat cina memeluk Islam. Tetapi bagi sahabat saya yang seorang ini agak lain sedikit kerana pertama kali berkenalan dengan dia, dia adalah seorang buddha.


“Ong!! Kamu puasa ker?” saya bertanya dengan nada yang agak terkejut.


“ye lah.. sudah banyak hari saya puasa. Hari ini nak buka puasa bersama denga kamu” . Ong menjawab dengan senyuman.


“Owh!! Silakan… silakan..”


Agenda berbuka puasa Persatuan Bahasa Arab UPSI mendapat satu kenangan istimewa pada petang ini dengan kehadiran Ong. Ibarat kedatangan seorang pembesar negeri Ong dijamu secukupnya. Segala kerenahnya dilayan, percakapanya disambut, kehendak makannya dituruti. Kamu bersyukur majlis kami didatangi oleh seorang cina yang beragama buddha. Syukur ya Allah… menunjukkan agamaMu perlu diangkat dengan akhlak dan kasih sayang orang Islam itu sendiri.


Bagaikan tidak percaya apabila permintaan Ong agar setiap aktiviti Persatuan Bahasa Arab ingin disertai oleh Ong. Tiada masalah Ong. Kamu tetamu istimewa kami. Kami mendoakan kamu mendapat hidayat Allah untuk memeluk agama yang paling suci paling benar iaitu agama Islam..


Buat pengetahuan semua Ong juga belajar solat terawih. Tetapi hatinya belum terbuka untuk memeluk Islam. Kepada semua pengunjung blog saya doakan agar Ong memeluk Islam… INSYAALLAH..

9 Cetusan minda:

andalusia 10 September 2009 pada 11:32 PTG  

ayyaa..aku yang suruh dia pi buka puasa ngan hangpa..mula dia nak buka kat bitara..pastu aku cakap kat bawah ada jamuan pba..tu yang dia p kat hangpa tu..tp memang bagus pun chinese tu..doakan yang terbaik buat dia..moga ALLAH kurniakan taufik dan hidayahnya..ameenn

kurniawan.q 11 September 2009 pada 7:29 PG  

saling toleransi atas umat beragama ya sahabat

مَعهَدين الُمعلمْ 11 September 2009 pada 8:37 PG  

Itu yang sepatutnya kita lakukan.
Semoga dia mendapat hidayah untuk memeluk agama Allah setelah melihat ukhuwah kita dan akhlak kita..

Tanpa Nama,  11 September 2009 pada 9:47 PG  

Peluang dakwah terbuka luas buatmu ya akhi Zul.

humaira' 11 September 2009 pada 10:16 PG  

Subhanaallah..bersama-smalah kita berdoa agar Allah mengurniakan hidayat untuknya..ingat!!di zaman Rasulallah SAW dulu ramai orang memeluk islam adalah kerana tertarik dengan keperibadian baginda..jalan dakwah terbuka luas di depan mata..usahalah..dan bantulah..

مَعهَدين الُمعلمْ 11 September 2009 pada 10:28 PG  

Tapi ang sedih ade umat Islam yang xfaham.bila die tgk non-muslim pkai kopiah mereka ckp non-muslim nak mainkan agama Islam..

Bila non-muslim berpuasa dorg ckp puasa takde maknanya kalau tak Islam.

Tanpa Nama,  12 September 2009 pada 7:11 PG  

Alhamdulillah. Moga diberi hidayah oleh NYA. Amin. Nanti, akhi jemput2 la dia join program kita. InsyaAllah, dirinya akan mendekati dan dapat merasai Islam lahir dari hati kecilnya dalam suasana yang penuh keindahan dan kenikmatan. InsyaAllah

hamba ALLAH,  15 September 2009 pada 1:21 PTG  

semoga ALLAH memberikan hidayah kepadanya.INSYAALLAH.sama-samlah kita doa.

مَعهَدين الُمعلمْ 15 September 2009 pada 8:31 PTG  

InsyaAllah..
orang Islam sndiri pun akan diberi kefahaman Islam yang mantap..

  ©Template by Dicas Blogger.