Khamis, 10 September 2009

Cinta Farah....

Matlamat itu makin jelas dalam diri Farah. “aku mesti berubah. Aku tak akan biarkan lagi diri aku dilambung arus. Aku mesti mencari jalan yang suci.” Berkobar-kobar Farah bermonolog dalam dirinya. Semangat yang jitu dan utuh.


Irama lagu “Terlanjur Kasih” memecah kesunyian petang di bilik farah. Dia sudah dapat mengagak siapa gerangan yang menelefonnya pada petang sebegini. “Assalamuaalikum Farah.. Usrah malam ini macam mana? Akak datang ambil yer?” Pertanyaan Kak Hajar mengingatkan Farah mengenai usrahnya pada malam itu. Tanpa banyak bicara Farah bersetuju untuk mengikuti usrah pada malam tersebut. Sememangnya hari usrah adalah hari yang dinanti-nantikan oleh Farah kerana berusrah cukup indah buatnya. Usrah semakin indah dengan semangat baru azam perubahan yang ditanam dalam dirinya. “Aku tak mahu lagi menjadi gadis kebanyakkan”..Tegas Farah dalam dirinya..


Usrah bersama Kak Hajar cukup bermakna buat Farah. Dalam usrah Farah belajar banyak perkara baru. Dulu Farah bertudung singkat kini bertudung labuh hasil didikan usrah Kak Hajar. “ha Farah!! Macammana kehidupan sekarang? Ada masalah tak?” soalan yang sering ditanya oleh Kak Hajar sebagai seorang naqibah yang prihatin. “ok jer kak. Saya suka usrah dengan akak.” Jawab farah pendek.


Fikiran Farah tidak lagi bersama dengan Kak Hajar. Farah mahu balik secepat mungkin. Kalau ditakdirkan Farah dapat terbang Farah mahu terbang secepat mungkin. Fikiran Farah dikacau dengan suatu kuasa yang tidak pernah Farah rasai. Fikirannya teringatkan lap top yang disayanginya. Lap top itu dapat memenuhi hajatnya. Dapat membuatkan dia tersenyum. “Farah nak balik sekarang” .jerit Farah dalam hati.


Setibanya dirumah tiada benda lain sebagai mukaddimah aktivitinya setelah habis berusrah selain mendapatkan lap top yang disayanginy itu. Lap top yang dibeli hasil pinjaman PTPTN cukup disayanginya sejak akhir-akhir ini. Lap top inilah yang menjadi teman sejatinya sejak akhir-akhir ini. Dulu hanya mampu menghadap lap top satu atau dua jam. Kini sepanjang malam pun dia sanggup. Asalkan hatinya dihiburkan oleh lap top kesayangannya ini.


Paparan skrin memaparkan halaman utama friendster. Farah laju menaip email dan pasword untuk mengakses friendsternya. Dalam hatinya“berbunga-bunga” mengharapkan komen daripada seseorang. Matanya melilau laju menunggu paparan komen keluar. Kelihatan kosong tidak berisi sebarang komen. “ermmm…..” Farah mengeluh kecil. Hatinya sedikit kecewa. Dengan lemah dan tidak bersemangat dia mengaktifkan Yahoo Messenger. Tiba-tiba pop up window keluar “ Hai Farah! Baru balik Usrah ker?” tulisan itu membuatkan Farah tersenyum lebar. Kekecewaannya tadi terus dibuang dengan serta merta. Tangannya ligat membalas pertanyaan sahabat lelakinya itu.


“Ya ana baru jer habis usrah. Nta buat ape tu”


“Ana tak buat ape. Ana tunggu Farah online la”


“hehe.. tunggu ana ke? X sangka plak nta sanggup tgu ana.”


“ye la. Ana tunggu farah la”


Farah terus ‘berchatting’ dengan sahabat lelakinya itu. Persoalan usrah dan kehidupannya terus dibincang bersama sahabat lelakinya itu. Kini bukan sahaja berbincang mengenai agama malah sudah diulit hati Farah untuk terus mengenali jelaja tersebut.


Kini farah sudah jatuh cinta. Cinta yang lahir daripada hubungan internet tanpa pertemuan tanpa suara. Kehidupan Farah hari-hari lebih bersemangat. Apa yang tidak mampu dilakukannya dahulu kini sudah mampu dilakukan kerana cinta lelaki internet itu.


Adakah Farah mampu nahkodakan dirinya dengan cinta yang diterimanya? Adakah mampu dia membentuk dirinya dengan cinta yang diterimanya. Adakah cinta yang Farah terima ini sebuah cinta suci atau cinta palsu daripada internet. Kepada sesiapa yang ada pengalaman boleh respon cerpen pendek yang saya hasilkan ini yer..hehehehe

6 Cetusan minda:

N.F.A 11 September 2009 pada 12:43 PG  

salam..
wah zul, citer mana tu?
insyaAllah kot leh kekal asalkan cinta utama yg dipusatkan tu cinta pada Allah....

Tanpa Nama,  12 September 2009 pada 7:24 PG  

Citer tu pengalaman akhi sendiri ke?hehehe...Memang tak dinafikan, kebanyakan ramai yang mengalami situasi seperti itu. Timbul rasa cinta, merasa indah di hati dan macam2 lagi. Kadang2 tu boleh mengukir senyuman yang manis sendiri2 depan laptop.Kadang2, ada yang lebih senang berborak dan meluahkan segala2 nya dengan org yang dlm chat. Ada juga yang kadang2 lalai disebabkan benda tu. Jodoh pertemuan akhi, punya banyak cabang nya. Kadang kita tak sedar kite sudah mengenali jodoh kita sebenarnya. Ada kala, kita asyik dibuai angan2 indah sahaja yang akhirnya boleh mengecewakan hati yang kecil ini. Cinta juga punya tujuan/definisi tersendiri dalam fikiran setiap insan. Mungkin, cinta yang hadir seperti kisah akhi tu punya intinya yang telah direncanakan olah NYA. Kesudahannya, sama ada bahagia atau pasrah di akhirnya.

مَعهَدين الُمعلمْ 12 September 2009 pada 11:06 PG  

to acu..
hehehe..
ntahla citer yg mana satu..
rekaan semata-mata..
tiada kena mengena yg hidup dan mati..
kalau yang hidup terasa maknanya penulisan saya berkesanlah..
hehehehe...

مَعهَدين الُمعلمْ 12 September 2009 pada 11:08 PG  

to tanpa nama:

Wah..
pandai2 jer kata kisah sy.
hehehe..
ye tol kata awak. benda nie tak pasti. Serahkan pada Allah dan jadilah lelaki dan wanita yang solehah..

hamba ALLAH,  15 September 2009 pada 1:18 PTG  

wah mantap anta sekarang.sudah maju beberapa langkah untuk menghasilkan cerpen pendek.nanti boleh maju lg untuk tulis novel pulak.INYAALLAH

  ©Template by Dicas Blogger.