Selasa, 27 April 2010

Gambar-gambar boring hari ini..

bini sapa la nie??
Lihatlah gigi ku..cantik tak???

Read more...

haram sungguh...


mcm nie punya awek pun ada ka???? adoiiii mak..

Read more...

Telefon mudah alih berkonsep syariah diperkenal di Pantai Timur

PASIR PUTEH, 26 April — Perkhidmatan telefon mudah alih yang pertama berkonsepkan syariah Islam akan diperkenalkan di Pantai Timur selewat-lewatnya Julai ini dengan pakej yang lebih menarik.



Pengarah Urusan Syarikat Ghazz Network (M) Sdn Bhd Ghazali Mohd Saat berkata perkhidmatan itu ditaja oleh Baraka Telecom Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuwait dengan usahasama Ghazz Networks (M) Sdn Bhd yang berpejabat di Kota Baru.



“Seramai 550 ejen di Kelantan dan Terengganu sudah dikenal pasti bagi meluaskan rangkaian perkhidmatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Katanya, 24 daripada ejen itu sudah diberi latihan dan penerangan mengenai keistimewaan perkhidmatan itu yang akan menawarkan kadar penggunaan yang terendah berbanding dengan syarikat-syarikat mudah alih lain.



Perkhidmatan itu juga menawarkan keuntungan bersama selain akan menjalankan kerja-kerja amal kebajikan kepada masyarakat Islam seperti mengumarahkan masjid dan kegiatan sukan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam, katanya.



Ghazali berkata pelanggan yang menunaikan fardu haji dan umrah pula akan dapat manfaat apabila menggunakan perkhidmatan itu ketika berada di Mekah dan Madinah.



“Keluarga mereka yang berada di tanah air boleh menghantar wang hanya dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS),” katanya.



Beliau berkata pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan pinjaman awal berjumlah RM1 juta daripada mana-mana institusi kewangan di negara ini dalam tempoh terdekat. — Bernama



sumber

Read more...

Rabu, 21 April 2010

Kartoon ini untuk rohani kita yang lapar..




Bagus juga kartun ini untuk makanan rohani. Mengisi perut rohani dengan elemen kartun yang santai. Moga-moga rohani kenyang untuk tempoh jangka masa yang lama. =)

Read more...

Jangan marah Melayu tak baca buku

oleh Hishamuddin Rais

Kita sering terbaca berita yang mengatakan warga negara kita ini kurang membaca. Daripada kajian dan pukul rata, seorang warga Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja untuk satu tahun - berbanding 40 hingga 50 buah buku untuk seorang warga Sweden atau Finland.

Hasilnya, buku-buku yang dicetak tidak terjual. Penulis kita agak susah untuk mencari makan. Budaya buku dan budaya ilmu tidak berkembang. Warga negara kita ini tidak ambil pot (peduli) tentang buku dan tulisan. Jauh sekali mereka hendak merapati buku-buku sastera, falsafah atau budaya, pameran lukisan atau pementasan teater.

Mengapa ini berlaku? Apakah warga Malaysia ini, terutama manusia Melayu, amat culas dalam hal baca-membaca dan berbudaya? Apakah manusia Melayu ini tidak ada keingian untuk tahu apa yang sedang berlaku di alam sekeliling mereka? Atau apakah manusia Melayu ini telah menjadi begitu mandul sehinggakan mereka tidak dapat lagi melihat apa yang sedang berlaku terhadap keluarga, anak dan dirinya sendiri.

Memang betul pada ketika ini proses pembodohan orang Melayu sedang berjalan dengan ligat. Proses ini tidak akan berjaya jika para seniman, para penulis dan para sasaterawan Melayu bangun menentang dan melawan proses pembodohan ini.

Di sini peranan penulis, seniman dan sasterawan cukup penting dalam memperkasa kembali fikrah yang selama ini telah diperbodohkan melalui budaya yang disebar luas oleh United Malays National Organisation.

Selama lebih 50 tahun hegemoni budaya United Malays National Organistaion telah melakar dan mengkonstruksi cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga - seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – United Malays National Organisation telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu berfikir dan bergerak.

Apabila kita terbaca berita yang mengatakan kita semua ini kurang membaca, maka kita menerima hakikat ini tanpa kita berfikir panjang atau menimbulkan pelbagai persoalan. Sikap ini sikap yang salah - inilah sikap hasil hegemoni budaya United Malays National Organisation.

Budaya ini memalaskan kita untuk berfikir. Seharusnya, kita menimbulkan persoalan demi persoalan terhadap kenyataan tadi. Kenapa agaknya manusia Melayu tidak suka membaca?

Jika manusia Melayu tidak mahu atau tidak suka membaca buku, maka mari kita selidiki apa sebenarnya isi buku itu. Jika manusia Melayu tidak ingin membaca sebuah novel, maka mari kita selidiki apa yang cuba dipaparkan oleh penulis dalam novel itu.

Jika manusia Melayu gagal menghayati sebuah puisi, maka mari kita lihat dan selidiki apa isinya puisi itu. Jika manusia Melayu tidak menghayati sebuah lukisan, maka mari kita selami apa yang telah dilukis.

Selama lebih 20 tahun ini, buku-buku daripada tulisan sasterawan kita, buku-buku yang cuba membawa hal ehwal semasa, buku-buku yang dikatakan cuba membuka mata dan hati warga Malaysia – kebanyakannya bergenre bodek. Puisi, teater dan sandiwara

yang dipentaskan banyak juga yang membawa unsur-unsur budaya bodek. Budaya bodek ini telah menjadi salah satu ciri yang amat penting dalam proses pembodohan manusia Melayu.

Cara untuk memahami budaya bodek ini berkembang dan bergerak cukup senang. Contohnya, ketika di zaman Islam Hadhari dahulu, banyak buku yang ditulis tentang Islam Hadhari. Banyak seminar akademik dianjurkan tentang Islam Hadhari.

Ada teater dipentaskan tentang Islam Hadhari. Ada kajian dijalankan tentang Islam Hadhari. Ada lagu, ada puisi, ada musik, ada pameran lukisan tentang Islam Hadhari.

Seorang penulis puisi, yang bercita-cita ingin melihat puisinya diterbitkan dalam akhbar, tidak dapat tidak akan melakar Islam Hadhari sebagai tema puisinya. Seorang pensyarah yang ingin membuat kajian ilmiah pasti akan membuat kajian tentang Islam Hadhari.

Tindakan mereka ini untuk memastikan kajian ini akan diluluskan oleh universiti dan akan mendapat dana. Di sekolah pula akan ada pertandingan menulis karangan dan esei tentang Islam Hadhari; akan diadakan pertandingan berbahas atau berbalas pantun tentang Islam Hadhari.

Sebuah pereka seni papan tanda juga akan meletakkan logo Islam Hadhari agar logo ini akan mendapat kelulusan pihak yang berkuasa sebelum disebarkan di tepi-tepi jalan. Iklan-iklan di akhbar, radio atau tv juga akan menayangkan Islam Hadhari.

Drama tv juga mula berkisar dengan Islam Hadhari.

Apabila pencadang Islam Hadhari ini tidak ada kuasa lagi, maka semua beralih kepada slogan 'Satu Malaysia'. Proses yang sama akan berulang lagi. Proses membodek tetap berlaku. Justeru inilah caranya hegemoni budaya bodek bergerak dan menyerapi jauh dalam masyarakat kita.

Sebenarnya orang ramai tahu – semua yang terpampang ini adalah bodek. Malah si penulis, si penyair, si pengkaji, si pembikin teater, si pencipta lagu, si pereka – semua mereka tahu bahawa apa yang mereka buat itu adalah membodek orang yang berkuasa ketika itu. Justeru kerja bodek mereka tidak membawa apa-apa yang menakjubkan.

Kerja-kerja bodek tidak menarik. Kerja-kerja seni bodek tidak akan membuka pandangan orang ramai. Tulisan-tulisan bodek tidak akan mengancam menggelodakkan fikrah yang beku. Kerja-kerja seni membodek tidak akan mengusik jiwa.

Novel-novel, cerpen-cerpen, puisi-puisi yang muncul hasil daripada peraduan membodek tidak akan ada sesiapa yang akan membeli atau membacanya. Malah, jika buku-buku bodek ini ini diberikan percuma besar kemungkinan buku ini akan menjadi penyelak pintu atau pengalas cerek panas. Inilah hakikatnya hasil kerja seni bodek.

Justeru kita tidak boleh menyalahkan manusia Melayu sebagai manusia yang malas membaca. Mereka malas membaca buku-buku yang tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka. Mereka culas membaca kerana mereka merasakan buku-buku ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kehidupan mereka.

Bayangkan jika buku-buku atau kerja-kerja seni ini ada kaitan dengan kehidupan mereka, pasti manusia Melayu ini akan berhenti, melihat dan cuba mendengar apa yang cuba disampaikan oleh buku buku ini. Jika sebuah puisi itu indah dan ada hubungan dengan perjuangan kehidupan manusia Melayu, pasti puisi ini akan dihayati.

Apa yang diinginkan oleh warga Malaysia khasnya manusia Melayu hari ini adalah buku-buku dan kerja-kerja seni yang temanya memaparkan perlawanan. Buku-buku yang mengajukan tema perlawan terhadap penindasan. Perlawaan ini perlawanan manusia Melayu yang tertindas dalam kehidupan harian mereka.

Kehidupan harian yang mereka lalui dan alami. Justeru dengan sendirinya mereka akan dapat memahami dan menghayati kerja seni ini. Bukan buku-buku yang berkhayal tentang kehidupan orang-orang kaya yang tidak ada talian dengan majoriti manusia Melayu.

Puisi-puisi yang mengajukan tema penentangan terhadap kezaliman. Atau lagu-lagu yang menggerakkan nadi dan jiwa mereka untuk bangun melawan. Atau syair dan sajak yang melakar kehidupan mereka yang saban hari bertempuran dengan kezaliman dan penindasan. Jika tema ini yang digarap oleh para seniman, pasti kerja seni mereka merebak luas.

Contoh terbaik hari ini - tema besar yang sedang terpampang dalam dunia Melayu hari ini ialah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Inilah tema besar yang tidak mungkin dapat disorok-sorok. Tema ini sedang menunggu penulis, penyair, pemusik, pelukis untuk digarap seseni mungkin.

Jika para penulis, seniman, saterawan, pelukis dan penggiat teater gagal untuk melihat tema yang besar ini, maka jangan marah kepada manusia Melayu. Jangan marah apabila buku tidak ada orang beli. Jangan marah apabila lagu tidak ada sesiapa mendengar.

Jangan kecewa apabila pameran lukisan hanya dilihat sebagai pameran syok sendiri. Jangan marah jika tidak ada sesiapa ambil pot terhadap buku puisi bodek yang tidak ada siapa ingin membeli.

Hakikatnya manusia Melayu hari ini mahu mendengar bunyi dan suara laungan perjuangan. Manusia Melayu mahu mendengar pekikan perlawanan. Manusia Melayu telah jelak dengan puisi bodek dan cinta. Manusia Melayu telah jelak dengan irama ampu dan cium tangan.

Seniman yang melakar dan menggarap tema perjuangan adalah seniman yang akan dinobatkan oleh manusia Melayu.

sumber

Read more...

Isnin, 19 April 2010

Bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Alhamdulillah pada hari ini aku dan sahabat-sahabat berpeluang bersama-sama Tuan Guru Haji Abdul Hadi mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan olehnya sendiri di Masjid Jame’ Abdul Rahman Hulu Bernam. Badan usang yang sarat dengan perjuangan sejak muda lagi. Sehinga sekarang masih utuh dengan perjuangan memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini.



Dulu kini dan mungkin selamanya gaya penyampaian Tuan Guru masih tetap sama. Bersahaja, lantang dan banyak dikaitkan dengan kehidupan kita seharian. Ceramahnya banyak membawa kesan dihati, terasa rungsing, terasa bimbang terasa takut dengan apa yang dikatakannya. Tidak lekang dengan hujah-hujah daripada harta peninggalan nabi iaitu Al-Quran dan As-sunnah.



Tuan Guru menceritakan kita dan fitrah kita. Manusia tidak boleh lari daripada fitrahnya. Sesiapa yang cuba mengubah fitrah manusia maka masyarakat akan pincang. Lihatlah sekarang kesan fitrah manusia yang dijauhkan. Masyarakat kita kucar kacir. Sistem hidup tempang. Ibarat lembu menjaga lembu.



Fitrah manusia itu hendakkan kepada agama. Fitrah manusia itu berkehendak kepada percipta yang Maha Kuasa. Jikalau dilawan fitrah manusia itu walaupun pada zahirnya nampak seronok tapi pada hakikatnya batin manusia tersiksa. Lihatlah orang yang berzina. Dalam hatinya penuh resah dan gelisah.



Selepas solat Isya kami sempat bersalam dengan Tuan Guru. aku berharap Tuan Guru dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa agar perjuangannya menegakkan Islam sentiasa dalam keadaan baik dan bertenaga. insyaAllah kami orang-orang muda akan tetap bersama Tuan Guru dalam memartabatkan agama Islam yang tercinta ini.

Read more...

Ahad, 18 April 2010

Malaikat Izrael melawt kita 70kali sehari


Syukur Alhamdulillah kepada Rabbulizzati tidak terhingga terhadap nikmat Islam dan nikmat Iman yang diberikan kepada aku dan sahabat-sahabat semua. Nikmat itu tercurah-curah dengan pemilihan Allah Taala daripada jutaan makhluknya untuk aku hadir ke satu majlis ilmu dan amal di Masjid Arrahman pada pagi yang penuh barakah ini. Dimulakan dengan qiam dan diakhiri dengan kuliah subuh oleh seorang aktivis hebat daripada Pulai Pinang. Kedatangannya ke Hulu Selangor atas agenda perjuangan dan dijemput dengan hormatnya memberi kuliah subuh. Satu penyampaian kuliah yang hebat sekali membangkitkan semangat anak-anak muda seperti aku ini dalam menerukan perjuangan memartabatkan agama Allah di Malaysia ini. Lontaran suara, gaya yang tersendiri dan susunan kata yang cukup teratur menambahkan lagi rempah ratus sebagai seorang aktivis Islam yang hebat. Harapan agar jiwanya yang kental dan jitu meresap ke dalam jiwa aku sebagai anak muda yang baru bertatih mengenal erti perjuangan.Semoga Allah kan terus memberi kekuatan kepada aku dan sahabat-sahabat.



Hanya satu point yang aku ingin konsikan disini sebagai ‘updated knowledge’ untuk blog aku ini. Sedar atau tidak sedar yang sememangnya kita takkan sedar melainkan kita seorang yang belajar bahawa dalam kehidupan kita seharian ada makhluk Allah Taala yang hebat datang menziarahi kita sebanyak 70 kali sehari. Ini bermakna setiap 20 minit makhluk itu akan menziarahi kita, melihat kita, memerhatikan setiap tindak tanduk kita.



Apakah namanya makhluk itu?



Namanya adalah Malaikat Izrael (sebut betul-betul.jangan sebut Israel pulak). Dalam kehidupan kita yang serba warna warni ini dari awal pagi bangun tidur sehingga kita tidur kembali segala perbuatan kita, amalan kita,kerja jahat kita, kerja baik kita sentiasa dalam pengetahuan malaikat maut yang pada bila-bila masa atas arahan Allah Taala akan mencabut nyawa kita. Bayangkan ketika mana kedatangan malaikat Izrael kita sedang leka dengan maksiat. Bayangkan ketika mana kedatangan malaikat maut itu kita sedang leka dan enak dibuai tipu muslihat duniawi. Bagaimanakaha keadaannya ketika mana malaikat Izrael datang mencabut nyawa kita sedangkan pada masa itu kita sedang enak dibelai nafsu serakah bersama pakwe atau makwe kita. Dicabutnya nyawa kita saat kita melakukan kemaksiatan itu.



Maka kemanakah seharusnya tempat kita selepas itu? Padankah kita hanya bergelar muslimin tanpa dipakaikan pakaian mukminin terhadap diri kita? Sekarang kita begitu berbangga dengan keislaman kita. Seolah-oleh dengan keislaman kita, kita berada di zon selesa. Sebagaimana selesanya orang-orang Melayu berada ditanah air sendiri membuatkan diri semakin alpa dengan kemaksiatan kepada Allah.



Bila lagi kita hendak meninggalkan segala kemaksiatan kita kepada Allah? Tidak takutkah kita semasa diri berbicara dengan maksiat datanglah malaikat pencabut nyawa menarik nyawa pinjaman ini? Mati kita di dalam maksiat kepada Allah. Sudah-sudahlah enak di dalam pelukan pakwe atau makwe? Sudah-sudahlah hidup berpoya-poya tanpa mengenal dosa dan neraka. Marilah kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Bersama-sama mengejar tahap mukminin yang mana dijanjikan Allah kepada orang mukminin itu kejayaan-kejayaan di dunia dan akhirat. Siapakah orang-orang mukminin yang dijanjikan kejayaan oleh Allah? Iaitu orang-orang yang khusuk dalam solatnya. Salah satu sebab solat kita tidak menjadi benteng kepada maksiat adalah solat kita yang tidak khusuk.



Soalt itu adalah satu tugas yang berat melainkan kepada orang-orang yang khusuk. Antara cara untuk mendapatkan khusuk mengikut kata Imam Al-Ghazali adalah menghadirkan hati kita di dalam solat iaitu dengan cara memaksa diri kita ‘bermain-main’ dengan solat. Jangan salah faham istilah main-main itu. insyaAllah dengan hadirnya diri kita di dalam solat itu akan memudahkan kita mendapat solat dengan khusuk dan mengolongkan kita di kalangan mukmin yang dijanjikan kejayaan oleh Allah Taala. Dengan kejayaan itu penziarahan yang dilakukan oleh Malaikat Izrael ia mampu berbangga dengan diri kita menunjukkan kita seorang hamba Allah yang taat dan setia menjunjung perintah Allah..

Read more...

Jumaat, 16 April 2010

Berehat sekejap bersama Al-Quran

Disaat minda berkecamuk dengan ilmu-ilmu segera kerana peperiksaan lebih baik rehat sekejap hayati kartun ini. Ada ibrah yang kita boleh ambil...

Read more...

Masyarakat monyet pelik dengan kita


hahahahahaha

Read more...

Rabu, 14 April 2010

Facebook dan Yahudi..

Sejak akhir-akhir ini kepesatan teknologi semakin mencengkam diri setiap orang. Kepesatan ini meletakkan manusia semakin bergerak pantas untuk beradaptasi dengan zaman baru sekarang ini. Disamping itu dakwah islam juga semakin unik dengan berkembangnya kepesatan teknologi. Dulu adanya friendster yang digunakan oleh sesetangah da’I dalam menyampaikan agenda Islam dan juga fikrah Islamiyyah. Kini teknologi terbaru ciptaan saintis hebat berbangsa Yahudi iaitu Facebook meluaskna lagi jaringan sosial dan dijadikan satu peluang keemasan kepada manusia yang menyedari kewajipannya dirinya sebagai pendakwah.



Ada suara-suara mengatakan bahawa Facebook adalah satu agenda Yahudi untuk mengesan aktiviti-aktiviti orang-orang Islam. Daripada interaksi sosial yang berlaku di Facebook Yahudi akan dapat mengesan gaya pemikiran orang-orang Islam sekarang. Teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat kepada saya awal-awal kisah kejatuhan kerajaan Khalifah Islam. Kejatuhan Khalifah Islam bermula dengan kejatuhan akhlak-akhlak Islam yang ada dalam jiwa umat Islam pada waktu itu. Sampai sekarang pun itulah senjata ampuh Yahudi untuk menjatuhkan Islam iaitu menjatuhkan akhlak umat Islam agar jauh daripada akhlak Islamiyyah. Yahudi menghantar wakil-wakilnya masuk ke dalam masyarakat di bawah kerajaan Khlaifah Otoman Turki untuk mengesan cara berfikir orang-orang bawah kerajaan Khalifah pada waktu itu. Apabila wakil-wakil itu balik mereka mengatakan pemuda-pemuda Islam mempunyai kekuatan jiwa yang kental kerana selalu memikirkan tentang permasalahan umat dan jihad.



Selang beberapa tahun sekali lagi Yahudi menghantar wakil-wakilnya untuk mengintip gaya pemikiran orang-orang Islam pada waktu itu. Pada waktu itu mengikut laporan wakil-wakil Yahudi gaya pemikiran umat Islam telah berubah. Mereka cintakan dunia dan pemuda-pemuda Islam mula bercakap tentang harta dan seks.



Maka Yahudi mempromosikan seks bebas secara besar-besaran melalui gaya kehidupan bebas dan juga bertentangan dengan ajaran Islam. Pelacur-pelacur berjaya diseludup masuk oleh Yahudi ke kawasan pemerintahan Islam dan melemahkan pemuda-pemuda Islam. Lama-kelamaan pemuda-pemuda Islam semakin jauh dari landasan agama apatah lagi untuk bercakap soal jihad. Itulah punca kejatuhan kerajaan Otoman.



Kini zaman yang serba canggih anak muda Yahudi menciptakan Facebook sebuah laman sosial yang dapat diakses oleh seluruh manusia di dunia yang mendapat capaian internet. Saya tidak pasti adakah cerita-cerita yang mengatakan yahudi menggunakan facebook untuk mengesan gaya fikir umat Islam itu benar taupun tidak. Apa yang saya lihat sekarang agenda pengislahan agak pesat juga di dalam ruangan Facebook. Banyak mesej2 Islam berjaya menarik perkongsian anak-anak muda untuk mendalami agama. Tidak kira bagaimana latarbelakan pemilik akaun Facebook mereka telah terbuka untuk mengetahui serba sedikit ilmu-ilmu agama daripada Facebook. Saya lihat beberapa topik yang dikeluarkan berjaya menarik perbincangan anak-anak muda. Mereka semua bukanlah berlatarbelakangkan pendidikan Islam tetapi mereka merasakan wajar untuk diambil bahagian untuk mengeluarkan idea-idea mereka sendiri.



Jikalau betul Facebook ini adalah agenda Yahudi. InsyaAllah agenda yang satu ini meletakkan Yahudi dalam kebingungan kerana pendedahan kepada kebenaran dan kehebatan Islam semakin terserlah..Padan muka Yahudi

Read more...

Luahan hati hari ini (14/4/2010)


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi kesempatan kepada aku untuk berada di alam dunia ini meneruskan kehidupan mengumpulkan redhaNya demi mencari kesenangan abadi diakhirat nanti.


Hidup sebagai hamba Allah adalah hidup mencari keredhaanNya. Apa sahaja kerja yang kita lakukan akan dikira oleh Allah Taala. Kita kadang-kadang memikirkan sesuatu yang kita buat itu kecil, tidak padan, tidak mampu untuk mencari keredhaan Allah. Tetapi ketahuilah walaupun sebesar zarah amalan yang kita lakukan pasti dikira oleh Allah Taala. Jangan fikir ibadah yang kita buat itu kecil manalah tahu dalam kekerdilan ibadah yang kita buat itu mengandungi rahmat Allah. Dan jangan pula kita fikir sekecil-kecil dosa yang kita buat itu adalah perkara ringan kerana mungkin itu mengandungi kemurkaan Allah dan mendapat kehinaan Allah.


“maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dab barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya”


Surah Al-Zalzalah: 7-8

Ya Allah peliharalah aku daripada sebarang kemurkaanMu. aku lemah aku banyak melakukan kesilapan. ampunilah segala dosa-dosa aku. aku tidak layak kesyurgaMu tetapi mana mungkin aku bisa menahan siksa merakaMU ya Allah.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.