Khamis, 1 April 2010

Kehidupan itu menjiwai...



Sejenak termuenung zaman persekolahan dahulu. Teringat kisah-kisah lama yang membuatkan diri aku berada di tahap ini sekarang. Kisah-kisah itu membina diri aku seperti himpunan-himpunan ‘puzzle’ yang perlu disusun serapinya bagi membentuk insan yang kamil dan cemerlang. Proses penyusunan itu memerlukan satu kefahaman ilmu dan juga bimbingan langsung daripada masyarakat-masyarakat sekeliling. InsyaAllah dengan pembinaan individu itu akan melangkah maju setapa lagi dengan pembinaan keluarga yang kamil. (ermm.. Baitul muslim la tu kot..hehe).. Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu Kelantan sentiasa dalam kenangan. Kejayaan sekolah ini seperti ‘booster’ yang melambung aku tinggi sehingga aku mampu melihat dunia dari sudut yang cukup luas.


Sekarang aku diawangan. Mungkin aku mampu melihat dunia segalanya. Yang tidak dapat dilihat itu mungkin dunia yang disebelah sana kerana dek keterbatasan bentuk muka bumi yang bulat. Bila kita dibawah kita tidak nampak hakikat sebenar kejadian alam ini. Hendaknya kita berada di atas. Berada di tahap yang tinggi dengan pembinaan ilmu yang bersungguh-sungguh dan amal yang sempurna. Aku teringat satu proses di dalam biochemical yang berlaku dalam daun. Kita melihat daun sebagai daun. Tetapi ada satu proses di dalam daun yang kita tidak nampak yang sebenarnya mampu kita ambil iktibar daripada proses tersebut. Ianya berlaku di dalam chloroplast. Chloroplast ialah satu organel ataupun satu alat yang digunakan tumbuhan untuk membuat makanan. (huhuhu..kalau tak faham mintak maaf lah ek. Yang belajar sains faham la pekebenda nie). Cahaya daripada matahari disebut sebagai photon bergerak dari satu pigment ke pigment yang lain. Selepas gerakan itu ia akan sampai di reaction center dan electron akan dilontarkan ke ‘primary electron acceptor’. Lontaran ini seolah-olah sebiji batu yang dilambung ke udara yang tinggi.



Sebenarnya penulisan saya ini bukannya hendak mengajar sains. Tetapi saya mahu kita ambil manafaat disebalik proses sains yang berlaku dan cuba aplikasikan di dalam kehidupan kita. Kita sepeti mana kedudukan kita sekarang berhijrah sari satu tempat ke satu tempat untuk mencari ilmu. Ada yang sudah pusing satu Malaysia semata-mata kerana mencari ilmu. Bersekolah di Johor selepas itu dilambung ke matrikulasi Kedah dan menyambung pelajaran dalam Pasca-Siswazah di UPSI. Ada yang lagi hebat iaitu dari Sabah ia datang dilambung ke Penang dan selepas itu belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi.



Cuba kita lihat pula peranan photon di dalam proses fotosintesis. Tak ubah macam kehidupan manusia yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari ilmu. Habis pengajian peringkat Sijil pelajaran Malaysia dicampak pula untuk bergelumang di arena Matrikulasi. Tak cukup dengan itu meneruskan lagi pengajian di peringkat yang lain di tempat yang lain di tahap ijazah. Tetapi adakah ilmu-ilmu yang kita dapat itu berupaya melanbung diri kita untuk berada di sudut yang selesa untuk mengenali dunia dan penciptaannya? Atau adakah kita sekadar belajar dan belajar tanpa kita tahu sebab mengapa kita sekarang sedang belajar. Adakah untuk lulus peperiksaan semata-mata. Atau adakah untuk menjaga hati kedua orang tua kita.



Aku sebenarnya rimas dengan keadaan sekarang apabila ilmu itu tidak memberi apa-apa makna kepada manusia lebih-lebih lagi manusia itu berada dalam arena pendidikan dan bakal bergelar seorang guru suatu hari nanti. Bukan nak katakan seseorang itu tidak berilmu tetapi tak ramai yang menjiwai ilmu yang ada dalam diri. Ilmu sekadar pekakas untuk mendapatkan segulung ijazah dan ilmu itu akan lari digantikan oleh segulung ijazah yang bakal diperolehi nanti. Menjiwai suatu perkataan yang cukup abstrak susah untuk didefinisikan secara lengkap. Ia suatu proses kita mengasimilasikan ilmu itu supaya sebati dengan diri kita. Lebih-lebih lagi sebagai seorang yang bakal begelar guru seperti aku ilmu bukanlah dilihat kepada konten semata-mata. Aku lebih suka ilmu yang disampaikan kepada pelajar itu datangnya dari jiwa yang penuh dengan kesedaran untuk mendidik anak bangsa. Menghayati, mendalami setiap perasaan dan jiwa anak-anak didik kita. Sebenarnya remaja sekarang bukan sahaja kontang ilmu malah kontang jiwa. Tiada perhatian kepada mereka lantas menjadikan diri mereka tidak dikawal dari dalam dan meronta melepaskan jiwa yang tidak dipandukan oleh iman.



Saat ini aku terkenangkan guru-guru aku yang begitu menjiwai peranannya sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah agama yang daif. Maahad Muhammadi lelaki sentiasa dikenang sepanjang hayat. Bukan kenangan material dan infrastrukturnya tetapi jiwa-jiwa pendidik yang ada disini cukup hebat dan sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Hebatnya mereka mampu meletakkan aku sekarang melihat dunia dalam sudut yang cukup selesa. Seolah terasa berada di langit yang tinggi. Terima kasih cikgu..



Cikgu Ghani, Cikgu Fauziah, Cikgu Tarmizi dan lain-lain semoga kamu semua mendapat keberkatan Allah Taala. Teruskan kecemerlangan dirimu..

2 Cetusan minda:

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ 3 April 2010 pada 3:43 PG  

bagus2...
aplikasikan fotosintesis dgn kehidupan...

ingat lg masa PMR 2004 kuar ttg fotosintesis...

ana suka belajar bio...
tp xsuka bab lukis2 terutama sel...

huhuhu...

مَعهَدين الُمعلمْ 3 April 2010 pada 10:20 PG  

owh..
Masih ingat soalan PMR ek?
hebat otak wana..

hehhe..
sy dh lama lupa soalan PMR..petah lagi PMR..
huhuhu..

  ©Template by Dicas Blogger.