Isnin, 19 April 2010

Bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Alhamdulillah pada hari ini aku dan sahabat-sahabat berpeluang bersama-sama Tuan Guru Haji Abdul Hadi mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan olehnya sendiri di Masjid Jame’ Abdul Rahman Hulu Bernam. Badan usang yang sarat dengan perjuangan sejak muda lagi. Sehinga sekarang masih utuh dengan perjuangan memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini.



Dulu kini dan mungkin selamanya gaya penyampaian Tuan Guru masih tetap sama. Bersahaja, lantang dan banyak dikaitkan dengan kehidupan kita seharian. Ceramahnya banyak membawa kesan dihati, terasa rungsing, terasa bimbang terasa takut dengan apa yang dikatakannya. Tidak lekang dengan hujah-hujah daripada harta peninggalan nabi iaitu Al-Quran dan As-sunnah.



Tuan Guru menceritakan kita dan fitrah kita. Manusia tidak boleh lari daripada fitrahnya. Sesiapa yang cuba mengubah fitrah manusia maka masyarakat akan pincang. Lihatlah sekarang kesan fitrah manusia yang dijauhkan. Masyarakat kita kucar kacir. Sistem hidup tempang. Ibarat lembu menjaga lembu.



Fitrah manusia itu hendakkan kepada agama. Fitrah manusia itu berkehendak kepada percipta yang Maha Kuasa. Jikalau dilawan fitrah manusia itu walaupun pada zahirnya nampak seronok tapi pada hakikatnya batin manusia tersiksa. Lihatlah orang yang berzina. Dalam hatinya penuh resah dan gelisah.



Selepas solat Isya kami sempat bersalam dengan Tuan Guru. aku berharap Tuan Guru dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa agar perjuangannya menegakkan Islam sentiasa dalam keadaan baik dan bertenaga. insyaAllah kami orang-orang muda akan tetap bersama Tuan Guru dalam memartabatkan agama Islam yang tercinta ini.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.