Ahad, 18 April 2010

Malaikat Izrael melawt kita 70kali sehari


Syukur Alhamdulillah kepada Rabbulizzati tidak terhingga terhadap nikmat Islam dan nikmat Iman yang diberikan kepada aku dan sahabat-sahabat semua. Nikmat itu tercurah-curah dengan pemilihan Allah Taala daripada jutaan makhluknya untuk aku hadir ke satu majlis ilmu dan amal di Masjid Arrahman pada pagi yang penuh barakah ini. Dimulakan dengan qiam dan diakhiri dengan kuliah subuh oleh seorang aktivis hebat daripada Pulai Pinang. Kedatangannya ke Hulu Selangor atas agenda perjuangan dan dijemput dengan hormatnya memberi kuliah subuh. Satu penyampaian kuliah yang hebat sekali membangkitkan semangat anak-anak muda seperti aku ini dalam menerukan perjuangan memartabatkan agama Allah di Malaysia ini. Lontaran suara, gaya yang tersendiri dan susunan kata yang cukup teratur menambahkan lagi rempah ratus sebagai seorang aktivis Islam yang hebat. Harapan agar jiwanya yang kental dan jitu meresap ke dalam jiwa aku sebagai anak muda yang baru bertatih mengenal erti perjuangan.Semoga Allah kan terus memberi kekuatan kepada aku dan sahabat-sahabat.



Hanya satu point yang aku ingin konsikan disini sebagai ‘updated knowledge’ untuk blog aku ini. Sedar atau tidak sedar yang sememangnya kita takkan sedar melainkan kita seorang yang belajar bahawa dalam kehidupan kita seharian ada makhluk Allah Taala yang hebat datang menziarahi kita sebanyak 70 kali sehari. Ini bermakna setiap 20 minit makhluk itu akan menziarahi kita, melihat kita, memerhatikan setiap tindak tanduk kita.



Apakah namanya makhluk itu?



Namanya adalah Malaikat Izrael (sebut betul-betul.jangan sebut Israel pulak). Dalam kehidupan kita yang serba warna warni ini dari awal pagi bangun tidur sehingga kita tidur kembali segala perbuatan kita, amalan kita,kerja jahat kita, kerja baik kita sentiasa dalam pengetahuan malaikat maut yang pada bila-bila masa atas arahan Allah Taala akan mencabut nyawa kita. Bayangkan ketika mana kedatangan malaikat Izrael kita sedang leka dengan maksiat. Bayangkan ketika mana kedatangan malaikat maut itu kita sedang leka dan enak dibuai tipu muslihat duniawi. Bagaimanakaha keadaannya ketika mana malaikat Izrael datang mencabut nyawa kita sedangkan pada masa itu kita sedang enak dibelai nafsu serakah bersama pakwe atau makwe kita. Dicabutnya nyawa kita saat kita melakukan kemaksiatan itu.



Maka kemanakah seharusnya tempat kita selepas itu? Padankah kita hanya bergelar muslimin tanpa dipakaikan pakaian mukminin terhadap diri kita? Sekarang kita begitu berbangga dengan keislaman kita. Seolah-oleh dengan keislaman kita, kita berada di zon selesa. Sebagaimana selesanya orang-orang Melayu berada ditanah air sendiri membuatkan diri semakin alpa dengan kemaksiatan kepada Allah.



Bila lagi kita hendak meninggalkan segala kemaksiatan kita kepada Allah? Tidak takutkah kita semasa diri berbicara dengan maksiat datanglah malaikat pencabut nyawa menarik nyawa pinjaman ini? Mati kita di dalam maksiat kepada Allah. Sudah-sudahlah enak di dalam pelukan pakwe atau makwe? Sudah-sudahlah hidup berpoya-poya tanpa mengenal dosa dan neraka. Marilah kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Bersama-sama mengejar tahap mukminin yang mana dijanjikan Allah kepada orang mukminin itu kejayaan-kejayaan di dunia dan akhirat. Siapakah orang-orang mukminin yang dijanjikan kejayaan oleh Allah? Iaitu orang-orang yang khusuk dalam solatnya. Salah satu sebab solat kita tidak menjadi benteng kepada maksiat adalah solat kita yang tidak khusuk.



Soalt itu adalah satu tugas yang berat melainkan kepada orang-orang yang khusuk. Antara cara untuk mendapatkan khusuk mengikut kata Imam Al-Ghazali adalah menghadirkan hati kita di dalam solat iaitu dengan cara memaksa diri kita ‘bermain-main’ dengan solat. Jangan salah faham istilah main-main itu. insyaAllah dengan hadirnya diri kita di dalam solat itu akan memudahkan kita mendapat solat dengan khusuk dan mengolongkan kita di kalangan mukmin yang dijanjikan kejayaan oleh Allah Taala. Dengan kejayaan itu penziarahan yang dilakukan oleh Malaikat Izrael ia mampu berbangga dengan diri kita menunjukkan kita seorang hamba Allah yang taat dan setia menjunjung perintah Allah..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.