Isnin, 5 April 2010

Shabra dan Shatilla dalam kenangan...


Aku bangun sambil mengesat-ngesat air mata yang tiba-tiba terembes daripada mata aku. Sayu dengan mimpi yang tak pernah aku duga. Mimpi mungkin daripada khayalan yang selalu terbentuk di kepala kerana sering sahaja membaca buku-buku yang berkisar perjuangan rakyat Palestin dan juga kekejaman dan ketidakadilan yang terpaksa mereka hadapi. Kini kisah-kisah itu hadir dalam mimpi aku. Di Shabra dan Shatila aku berdiri dikelilingi puing-puing bangunan yang hancur dihempak bom-bom berat penganas Yahudi.



Hari ini aku mensedekahkan segala fikiran dan perasaan meneliti dan menyelami buku yang ditulis oleh Dr Ang Swee Chai seorang penganut Kristian yang pernah mengikut misi kemanusiaan di Lubnan-Palestin. “Dari Beirut Ke Jeruselam” sarat dengan cerita-cerita yang menyedihkan menyaksikan kekejaman yang tidak pernah putus terpaksa di hadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin. Kisah-kisah hitam ini semestinya menjadi satu igauan yang paling hebat di dalam diri non-muslim seperti Dr Swee kerana peristiwa pembunuhan kejam di kem Shabra dan Shatila berlaku secara langsung di depan matanya. Atas dasar kemanusiaan yang tinggi, atas dasar tanggungjawab keadilan yang tinggi maka terhasillah buku ini yang cukup bermakna untuk mendedahkan kerakusan dan kezaliman dunia terhadap Palestin. Aku pasti penghasilan buku ini akan meletakkan diri Dr Ang Swee Chan dalam bahaya kerana pendedahan sebegini memang menjadi igauan besar pihak Zionis dan barat. Semoga maklumat sebegini dihayati dengan HATI oleh setiap orang dan umat Islam khususnya.



Kezaliman ini bukan sahaja datang daripada kerakusan Amerika dan Israel. Kejahilan umat Islam dan kelesuan umat Islam membuatkan mereka berani menindas hak mutlak rakyat Pelestin. Mereka diusir dari tanah air mereka. Mereka dizalimi dan dirogol secara zalim di tanah tumpah darah mereka. Gaza seperti penjara besar yang dikepung dari setiap arah. Pengganas Yahudi yang terkenal dengan sikap pengecut mereka sepertimana yang telah direkodkan di dalam Al-Quran secara membabi buta menindas rakyat Palestin. Umur linkungan 16 hingga 40 tahun menjadi igauan pemuda-pemuda Palestin. Mereka boleh ditangkap sesuka hati selepas itu lesap entah kemana. Mungkin dibunh atau diseksa dengan zalim di sel-sel penjara zionis. Menjadi anak gadis menjadi satu penyiksaan yang memeritkan. Maruah mereka disentap dengan kejam apabila mereka dijadikan alat pemuas nafsu oleh pengganas Yahudi. Dirogol beramai-ramai selepas itu dicincang hidup-hidup sehingga berkecai mayat mereka. Begitulah betapa bangsatnya kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi dan sekutunya. Menurut buku Dr Swee kejadian yang berlaku di Shabra dan Shatila ada kaitan dengan puak Kristian Pro Yahudi berkerakyatan Lubnan.



Hati yang bersih dan suci. Melihat keadilan itu untuk semua. Walaupun keimanannya bukan kepada Allah tetapi dalam nalurinya ada sifat berperikemanusiaan. Dulu apabila aku belajar mengenai teori-teori yang dihasilkan oleh barat berkenaan dengan kehidupan, keadilan, demokrasi aku meyangkakan betapa hebat dan majunya barat dalam semua ini. Tetapi setelah banyak pembacaan berkisar demokrasi dan keadilan sahlah barat hanya pandai berteori. Hanya pandai berkata-kata. Keadilan hanya dilihat apabila ia memberi keuntungan kepada puak mereka sahaja. Apa-apa yang menguntungkan Islam dan Palestin harus dipijak keadilan itu, harus dibangkulsampahkan keadilan itu. Itulah fahaman keadilan dan demokrasi yang dianuti oleh pemimpin-pemimpin Barat. Aku tidak berani hendak membuat ‘generalisasi’ adakah sikap ini menjadi sebahagian besar anutan masyarakat barat. Tetapi ia seakan benar setelah mendapat maklumat daripada pensyarah-pensayarah aku yang pernah belajar di luar negara. Diskriminasi kaum masih menebal disana. Jadi kesimpulannya barat sama dengan sampah sebab hanya orang-orang berperangai sampah sahaja cakap tak serupa bikin.



Aku tidak pasti kenapa perasaan ini timbul dalam diri aku. Aku merasakan Palestin adalah sebahagian daripada aku. Bukan tidak tahu Palestin itu menjadi tanggungjawab bagi setiap umat Islam kerana itu akan ditanya oleh Allah Taala di akhirat kelak. Tetapi sejak akhir-akhir ini jiwa dan perasaan seolah dikongsi bersama rakyat Palestin. Hari ini mimpi yang aneh menjelma dalam tidurku. Berada dalam suasana perang di Palestin. Aku kebingungan di celah-celah padang jarak padang terkukur itu dan secara tiba-tiba diterangi cahaya kelip-kelip yang entah dari mana munculnya. Seolah-olah cahaya itu datang memberi sinar harapan kepada rakyat Palestin yang mana hak mereka pasti akan digengam kembali. Saat itu aku menangis dalam mimpi dan tersedar lantas bangun mengesat air mata. Digengam buku “Dari Beirut ke Juresalem” yang berada disisi. Adakah buku ini menjadi penghubung kepada jiwa aku yang semakin rindukan tanah suci umat Islam itu? Termenung sejenak menghempas kepala di bantal meletakkan tangan ke dahi sambil menghayati dari sedalam-dalam lubuk HATI. Semoga mimpi ini menjadi petanda awal perjuangan aku di sana.. InsyaAllah…. Amin ya Rabbalalamin..

2 Cetusan minda:

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz 5 April 2010 pada 9:35 PTG  

Salah satu adegan dalam animasi GAZA AL-ABIYAH (Gaza yang enggan tunduk) bagaimana seorang bapa mengambil sedikit tanah dan meletakkannya ke atas tangan si anak sambil berkata ; "Ini tanah tumpah darah kita. Andai ayah mati, kau mesti teruskan perjuangan ini... BERSABARLAH! PENJAJAHAN INI PASTI BERAKHIR"... balas si anak kecil tersebut yang bernama Ahmad, "Dengan Ruh, dengan darah, kami akan bebaskan Al-Aqsa". Sayu mencengkam jiwa menonton animasi ini. Jihad untuk ummah, moga ada sumbangan kita pada mereka. Ayuh!

مَعهَدين الُمعلمْ 7 April 2010 pada 5:53 PTG  

Persekitaran yang mendidik anak-anak Palestin ini. persekitarannya menjadi gurunya yang paling hebat..

Pesekitran kita sekarang yang penuh dengan kesenangan menjauhkan kita dr mengenal erti perjuangan..

  ©Template by Dicas Blogger.