Isnin, 12 April 2010

Luhan hati hari ini... (12/04/2010)

Masa itu ibarat pedang. Tajamnya mengalahkan pedang. Jikalau kamu tidak memotong masa maka masa akan memotong kamu. Kenapa biarkan orang lain mengorbankan masanya kerana kelewatan kita dalam memenuhi temujanji. Janji pada sekian-sekian waktu harus ditepati. Bila sudah berjanji pukul 8 pagipagi seharusnya kita sudah berada di tempat kejadian pada pukul 7.59 pagi. Jangan biarkan orang lain melanggar sumpah Allah kepada masa. Pentingnya masa tidak terkira. Lebih-lebih lagi di saat-saat genting ingin menghadapi peperiksaan. Kata-kata pujangga “Potonglah masa sebelum masa memotong kamu.” Hirisan masa tidak terasa tetapi kesannya cukup besar kepada hidup manusia.

  ©Template by Dicas Blogger.