Khamis, 28 April 2011

Derap langkah terakhir guru praktikal..

Esok adalah hari yang terakhir untuk aku dicerap oleh Dr Ong. Musim praktikum di Sekolah Tengku Panglima Perang hampir sampai ke penghujung. Hampir empat bulan berhempas pulas di sekolah bertuah ini memberikan satu pengalaman yang cukup bererti. Pengalaman dari segi pentadbiran, sosial bersama guru dan pelajar, hubungan luar dan sebagainya. Orang kata guru adalah pemimpin masyarakat. Guru tidak hanya menjadi guru di sekolah tetapi menjadi pemimpin dan pemudah cara kepada masyarakat yang mengelilinginya.


Derap kaki Dr Ong selalunya derap kaki yang dilangkah dengan penuh keyakinan dan pengharapan. Entah mengapa aku memandangnya sebegitu. Seorang berketurunan Cina yang sungguh menakjubkan bagiku. Beliau sungguh menghayati ilmu yang beliau kuasai. Menghayati untuk membina satu lapisan guru yang berkualiti. Bila aku dicerap oleh beliau pandangannya penuh dengan pandangan mendidik. Diamnya di belakang penuh dengan diam bererti seorang yang berjiwa besar dalam bidang pendidikan. Pendidikan untuk menghasilkan guru-guru yang berkaliber.


"Anak cina kelulusan PHD daripada Cambridge University itu hebat orangnya." hati kecilku berbisik..

"Kalau pelajar macam nie U kena buat macam nie"

"Ermm.. Saya berpuas hati cara U menggunakan cooperative learning"


Masih ternigang-ngiang komen-komen yang dilontarkan oleh Dr Ong kepada saya tempoh hari. Nah!! Esok kali yang terakhir untukmu wahai Zulkifli Mohammad.


Kepada sahabat-sahabat perjuangan yang mungkin bersama saya berhempas pulas untuk mengakhiri zaman praktkum ini saya mengucapkan selamat maju jaya. Semoga impian kamu semua untuk menjadi guru yang hebat akan tercapai..

Read more...

Ahad, 17 April 2011

PAS menang di Sarawak. Memenangi hati rakyat.


Hati aku berdebar-debar menunggu keputusan pilihanraya Sarawak. Kalau dulu aku tidak pernah mengambil tahu langsung perkembangan politik di Sarawak. Kewujudan PAS di Sarawak pun aku tidak pernah ketahui. Tetapi kini setelah PRU-12 aku merasakan seolah ada gelombang yang ribut di Sarawak.



Sah… Dalam tempoh kempen rakyat Sarawak seolah-olah ingin melakukan satu perubahan yangbesar. Satu sikap politik pendam cuba dipecahkan oleh rakyat Sarawak apabila mereka berani untuk menyerlahkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. Apalah yang hendak diharapkan kepada pakatan rakyat. Pakatan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP yang baru berusia 3 tahun itu secara kasarnya tidak mampu untuk membawa sebarang kemajuan kepada Sarawak. Tetapi rakyat Sarawak tetap bangkit untuk membuat satu keputusan yang dijangka mengejutkan.



Keputusan pilihanraya Sarawak secara rasminya telah diumumkan.Sebelum ini Zentrum Studies yang diketuai oleh Dr Hayatsani meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi 41 kerusi sesuai dengan kebangkitan yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak. Ternyata keputusan yang diumumkan mengejutkan semua pihak. Satu keputusan yang tidak dijangka-jangka. Barisan Nasional masih mengekalkan kemenangan majoriti 2/3 mengekalkan kemenangannya pada 2006. Walaupun begitu beberapa kerusi berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat.



Apa yang menarik perhatian saya adalah kerusi yang ditandingi oleh PAS. PAS menghantar 5 calon untuk mengalas tanggungjawab dalam memberi saingan kepada Barisan Nasional. Satu kerusi di Benting Maro memberi satu mesej yang cukup indah untuk PAS. Kekalahan dengan majoriti yang tipis iaitu 391 undi memberi mesej bahawa rakyat Sarawak semakin menerima PAS. Di sana ada penduduk daripada masyarakat rumah panjang berkaum Iban yang semestinya bukan beragama Islam. Bak kata Yb Salahuddin Ayub dulu mereka melihat PAS seperti melihat makhluk asing. Kini mereka tidak lagi takut kepada PAS dan sangat-sangat mengalukan penyertaan PAS di dalam pilihanraya Sarawak.



Kenangan manis yang diperolehi PAS kini diharap akan membawa satu perubahan besar kepada masyarakat Sarawak akan datang. Sesungguhnya Allah itu membuat perancangan dan dia adalah sebaik-baik perancang. Benih yang subur yang kini semakin mekar membesar diharap menjadi pokok yang kukuh untuk perkembangan dakwah Isam di sana. Tahniah rakyat Sarawak.



PAS tidak kalah.Tetapi masih belum menang..

Read more...

Sabtu, 9 April 2011

Andai flora dan fauna mampu berkata-kata..

Kehijauan hutan keindahan flora dan fauna sekali lagi akan diredahi oleh aku pada esok hari. Pendakian Bukit Pelindung atas usaha persatuan tingkatan 6 Sekolah Menengah Panglima Perang mengamit memori aku saat berada di kampus. Dulu sewaktu di kampus aku salah seorang warga PALAPES UPSI yang mana kita tahu hutan adalah kehidupan bagi askar. Dulu juga aku adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi terdedah dengan kehidupan hutan apabila mengikuti aktiviti ‘field trip’ untuk kajian subjek. Dulu aku juga pengemar ‘camping’ dan ‘pemancing’ yang meredah setiap tempat-tempat menarik untuk aktiviti aku.



Hutan adalah khazanah Allah. Hutan adalah sumber kehijauan dan ketenangan. Hutan ia boleh memberikan satu aura minda yang hebat kepada sang peminatnya. Si ketagih hutan macam aku kadang-kadang datang rasa gembira yang teramat apabila diberi peluang untuk aktiviti-aktiviti hutan sebegini. Nyamuk, agas, haiwan-haiwan liar, serangga-serangga berbisa bagaikan sahabat baik jikalau si peminat rindukan hutan.



Masih ingat lagi hutan pertama yang menjadi gertak aku dahulu sewaktu mengikuti latihan medan palapes UPSI. Seminggu di dalam hutan tanpa mandi memberikan satu aroma yang memikat. Garukan kuku di tangan boleh dilihat kesan daki yang brlapis-lapis memeluk kulit usang aku ini. Memang aroma yang memikat. Kadang-kadang tidak tahan. Bukan tidak tahan hidup suasana hutan tetapi tak tahan dengan serba serbi keletihan dan penderaan sewaktu latihan palapes. Apabila mengikuti filed trip untuk subjek biologi, keadaan yang cukup berbeza aku alami. Hutan sungguh seronok dan mendamaikan. Meredah kehijauan hutan bersama kawan-kawan sambil menkaji pokok-pokok dan haiwan memberi aura tersendiri.



Hutan juga adalah kehidupan. Ia penuh dengan kehidupan yang memukau dan menakjubkan. Redahlah hutan dan amatilah setiap pokok-pokok kayu, hutan-hutan kecil, haiwan-haiwan semuanya merayu



“Wahai manusia, jagalah kami dengan baik”



“Tolonglah wahai manusia yang budiman, janganlah rosakkan kami”



Percayalah itulah yang aku dengar dan hayati daripada flora dan fauna. Ia membisikkan satu mesej di telinga aku. Aku memahami mesej itu. Aku juga ingin sebarkan mesej itu kepada setiap jiwa manusia untuk menyayangi hutan. Pertahankan hutan semampu mungkin untuk generasi flora dan fauna yang berterusan.



Burung enggang terbang kesana dan kesini saat kami tiba di sebuah hutan simpan di Perak memberikan satu isyarat yang mengesankan hati. Dengan matanya yang bulat memandang kami dengan penuh simpati, ayunan kepak yang berirama, lenggok leher yang cukup indah membuatkan aku tersenyum. Pandangan mata aku dan enggang bertemu. Kami menerima dan menghantar mesej yang sama.



“wahai manusia. Lindungilah kami”….. itulah mesej burung enggang tersebut.



Burung itu terbang dengan bergaya semakin menghampiri kami. masyaAllah. Hebatnya ciptaan Allah. Sungguh cantik burung ini. Burung ini memberikan pandangan yang bererti lagi. Aku cuba merapati. Harapannya dapat memberikan satu belaian lembut di leher burung enggang bertuah ini. Aku yakin burung ini akan terbang jauh apabila aku merapatinya nanti.



Tidak!! Jangkaan aku meleset. Burung ini ingin dibelai. masyaAllah inilah pertama kali dapat memegang burung enggang yang besar dan menakjubkan ini di tengah-tengah hutan simpan.



Lagi-lagi burung itu menyampaikan mesej.



“Lindungilah kami wahai manusia”



“Jangan musnahkan kami”



Esok aku akan ke hutan Bukit Pelidung. Harapan dapat bertemu lagi si enggang bertuah itu. Aku rindukan hutan dan segala khazanahnya..

Read more...

Rabu, 6 April 2011

Regim, SEX dan PORNO..

Aku berasa sangat meluat dengan politik dajjal yang berlaku di Malaysia sekarang. Cukup memualkan dan meloyakan. Kalau disembur keluar semua keloyaan dan kemualan politik yang berlaku di Malaysia keluar penuh dengan ulat-ulat yang membusuk dek kehinaan dan jijiknya pemimpin-pemimpin di Malaysia khususnya UMNO dalam mengekalkan hegemoni kuasa.



Kuasa yang ingin dipertahankan sanggup ditelanjangkan bulat maruah seorang hamba Allah. Tersembul kemaluan seorang insan kerana si keparat keamanan ingin mengekalkan kuasa yang dipegangnya. Tanpa rasa jijik dan kotor segala fitnah yang jahat diluahkan dan diserang ke atas diri seorang individu yang tidak sudah-sudah menghadapi siri-siri fitnah daripada si syaitan pemimpin-pemimpin UMNO. Dulu kini dan mungkin selamanya dendam jahat UMNO kepada Dato Seri Anuar Ibrahim tidak pernah padam. Tercetus gelombang reformasi pada tahun 1998 menjadikan si keparat pemerintah tidak senang duduk sehingga sekarang.



Siang dan malam memikirkan jalan yang paling beracun untuk mengusir DSAI memalui jalan tersebut agar terus tersungkur di jalan yang paling menghinakan tanpa membunuh insan tua tersebut. Fitnah kini masuk siri ke-3. Siri pertama yang dilancarkan oleh Si Firaun Mahathir tidak berjaya menghancurkan reputasi DSAI. Siri kedua terus dilancar pada zaman Najib melibatkan seorang si penjilat yang cukup menjijikkan. Saiful Bukhari di arak dan diusung bagaikan raja dijadikan bahan ataupun watak utama lakonan sandiwara untuk menjatuhkan DSAI.



Kini lakonan si jalang diteruskan dengan gempak gempita isu video sex. Tanpa bersandarkan panduan agama yang jelas si keparat terus berusaha untuk memalukan DSAI memfitnah beliau sebegitu hina dan jijik. Ahli falsafah barat Machievelli dipertuhankan dengan memetik hasil pemikiran beliau ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ dan diberak pijak ajaran agama Islam dan syariatnya. Apa yang penting dalam pemikiran hegemoni untuk mengekalkan kuasa walau apa pun yang terjadi. Teringat laungan keramat Dato Seri Najib Altantuya yang mana katanya berbunyi ‘ Kita mesti mempertahankan pemerintahan BN dengan apa cara sekalipun.’ Nah!!!! Kini terbukti ‘apa cara sekalipun’ telah diterjemahkan dengan pendedahan video porno gila babi ini.



Si babi politik umno punya hal, anak-anak muda hilang pegangan nilai. Kini anak-anak muda mula meletakkan nilai porno dan sex bebas sebagai ‘ala tak kisah pun’ ‘ala ok aje’ ‘saya layan semua’.. MasyaAllah sungguh menakutkan. Aku sebagai pendidik berada di sekolah cukup terkesan dengan pemikiran dan perangai pelajar dengan sistem nilai yang diterima mereka.



“ Ya Allah ya Tuhanku. Janganlah Engkau Azabi kami kerana kebodohan pemimpin-pemimpin kami. Bagilah kami kekuatan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin laknat ini ya Allah”

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.