Sabtu, 9 April 2011

Andai flora dan fauna mampu berkata-kata..

Kehijauan hutan keindahan flora dan fauna sekali lagi akan diredahi oleh aku pada esok hari. Pendakian Bukit Pelindung atas usaha persatuan tingkatan 6 Sekolah Menengah Panglima Perang mengamit memori aku saat berada di kampus. Dulu sewaktu di kampus aku salah seorang warga PALAPES UPSI yang mana kita tahu hutan adalah kehidupan bagi askar. Dulu juga aku adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi terdedah dengan kehidupan hutan apabila mengikuti aktiviti ‘field trip’ untuk kajian subjek. Dulu aku juga pengemar ‘camping’ dan ‘pemancing’ yang meredah setiap tempat-tempat menarik untuk aktiviti aku.



Hutan adalah khazanah Allah. Hutan adalah sumber kehijauan dan ketenangan. Hutan ia boleh memberikan satu aura minda yang hebat kepada sang peminatnya. Si ketagih hutan macam aku kadang-kadang datang rasa gembira yang teramat apabila diberi peluang untuk aktiviti-aktiviti hutan sebegini. Nyamuk, agas, haiwan-haiwan liar, serangga-serangga berbisa bagaikan sahabat baik jikalau si peminat rindukan hutan.



Masih ingat lagi hutan pertama yang menjadi gertak aku dahulu sewaktu mengikuti latihan medan palapes UPSI. Seminggu di dalam hutan tanpa mandi memberikan satu aroma yang memikat. Garukan kuku di tangan boleh dilihat kesan daki yang brlapis-lapis memeluk kulit usang aku ini. Memang aroma yang memikat. Kadang-kadang tidak tahan. Bukan tidak tahan hidup suasana hutan tetapi tak tahan dengan serba serbi keletihan dan penderaan sewaktu latihan palapes. Apabila mengikuti filed trip untuk subjek biologi, keadaan yang cukup berbeza aku alami. Hutan sungguh seronok dan mendamaikan. Meredah kehijauan hutan bersama kawan-kawan sambil menkaji pokok-pokok dan haiwan memberi aura tersendiri.



Hutan juga adalah kehidupan. Ia penuh dengan kehidupan yang memukau dan menakjubkan. Redahlah hutan dan amatilah setiap pokok-pokok kayu, hutan-hutan kecil, haiwan-haiwan semuanya merayu



“Wahai manusia, jagalah kami dengan baik”



“Tolonglah wahai manusia yang budiman, janganlah rosakkan kami”



Percayalah itulah yang aku dengar dan hayati daripada flora dan fauna. Ia membisikkan satu mesej di telinga aku. Aku memahami mesej itu. Aku juga ingin sebarkan mesej itu kepada setiap jiwa manusia untuk menyayangi hutan. Pertahankan hutan semampu mungkin untuk generasi flora dan fauna yang berterusan.



Burung enggang terbang kesana dan kesini saat kami tiba di sebuah hutan simpan di Perak memberikan satu isyarat yang mengesankan hati. Dengan matanya yang bulat memandang kami dengan penuh simpati, ayunan kepak yang berirama, lenggok leher yang cukup indah membuatkan aku tersenyum. Pandangan mata aku dan enggang bertemu. Kami menerima dan menghantar mesej yang sama.



“wahai manusia. Lindungilah kami”….. itulah mesej burung enggang tersebut.



Burung itu terbang dengan bergaya semakin menghampiri kami. masyaAllah. Hebatnya ciptaan Allah. Sungguh cantik burung ini. Burung ini memberikan pandangan yang bererti lagi. Aku cuba merapati. Harapannya dapat memberikan satu belaian lembut di leher burung enggang bertuah ini. Aku yakin burung ini akan terbang jauh apabila aku merapatinya nanti.



Tidak!! Jangkaan aku meleset. Burung ini ingin dibelai. masyaAllah inilah pertama kali dapat memegang burung enggang yang besar dan menakjubkan ini di tengah-tengah hutan simpan.



Lagi-lagi burung itu menyampaikan mesej.



“Lindungilah kami wahai manusia”



“Jangan musnahkan kami”



Esok aku akan ke hutan Bukit Pelidung. Harapan dapat bertemu lagi si enggang bertuah itu. Aku rindukan hutan dan segala khazanahnya..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.