Khamis, 28 April 2011

Derap langkah terakhir guru praktikal..

Esok adalah hari yang terakhir untuk aku dicerap oleh Dr Ong. Musim praktikum di Sekolah Tengku Panglima Perang hampir sampai ke penghujung. Hampir empat bulan berhempas pulas di sekolah bertuah ini memberikan satu pengalaman yang cukup bererti. Pengalaman dari segi pentadbiran, sosial bersama guru dan pelajar, hubungan luar dan sebagainya. Orang kata guru adalah pemimpin masyarakat. Guru tidak hanya menjadi guru di sekolah tetapi menjadi pemimpin dan pemudah cara kepada masyarakat yang mengelilinginya.


Derap kaki Dr Ong selalunya derap kaki yang dilangkah dengan penuh keyakinan dan pengharapan. Entah mengapa aku memandangnya sebegitu. Seorang berketurunan Cina yang sungguh menakjubkan bagiku. Beliau sungguh menghayati ilmu yang beliau kuasai. Menghayati untuk membina satu lapisan guru yang berkualiti. Bila aku dicerap oleh beliau pandangannya penuh dengan pandangan mendidik. Diamnya di belakang penuh dengan diam bererti seorang yang berjiwa besar dalam bidang pendidikan. Pendidikan untuk menghasilkan guru-guru yang berkaliber.


"Anak cina kelulusan PHD daripada Cambridge University itu hebat orangnya." hati kecilku berbisik..

"Kalau pelajar macam nie U kena buat macam nie"

"Ermm.. Saya berpuas hati cara U menggunakan cooperative learning"


Masih ternigang-ngiang komen-komen yang dilontarkan oleh Dr Ong kepada saya tempoh hari. Nah!! Esok kali yang terakhir untukmu wahai Zulkifli Mohammad.


Kepada sahabat-sahabat perjuangan yang mungkin bersama saya berhempas pulas untuk mengakhiri zaman praktkum ini saya mengucapkan selamat maju jaya. Semoga impian kamu semua untuk menjadi guru yang hebat akan tercapai..

  ©Template by Dicas Blogger.