Ahad, 17 April 2011

PAS menang di Sarawak. Memenangi hati rakyat.


Hati aku berdebar-debar menunggu keputusan pilihanraya Sarawak. Kalau dulu aku tidak pernah mengambil tahu langsung perkembangan politik di Sarawak. Kewujudan PAS di Sarawak pun aku tidak pernah ketahui. Tetapi kini setelah PRU-12 aku merasakan seolah ada gelombang yang ribut di Sarawak.



Sah… Dalam tempoh kempen rakyat Sarawak seolah-olah ingin melakukan satu perubahan yangbesar. Satu sikap politik pendam cuba dipecahkan oleh rakyat Sarawak apabila mereka berani untuk menyerlahkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. Apalah yang hendak diharapkan kepada pakatan rakyat. Pakatan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP yang baru berusia 3 tahun itu secara kasarnya tidak mampu untuk membawa sebarang kemajuan kepada Sarawak. Tetapi rakyat Sarawak tetap bangkit untuk membuat satu keputusan yang dijangka mengejutkan.



Keputusan pilihanraya Sarawak secara rasminya telah diumumkan.Sebelum ini Zentrum Studies yang diketuai oleh Dr Hayatsani meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi 41 kerusi sesuai dengan kebangkitan yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak. Ternyata keputusan yang diumumkan mengejutkan semua pihak. Satu keputusan yang tidak dijangka-jangka. Barisan Nasional masih mengekalkan kemenangan majoriti 2/3 mengekalkan kemenangannya pada 2006. Walaupun begitu beberapa kerusi berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat.



Apa yang menarik perhatian saya adalah kerusi yang ditandingi oleh PAS. PAS menghantar 5 calon untuk mengalas tanggungjawab dalam memberi saingan kepada Barisan Nasional. Satu kerusi di Benting Maro memberi satu mesej yang cukup indah untuk PAS. Kekalahan dengan majoriti yang tipis iaitu 391 undi memberi mesej bahawa rakyat Sarawak semakin menerima PAS. Di sana ada penduduk daripada masyarakat rumah panjang berkaum Iban yang semestinya bukan beragama Islam. Bak kata Yb Salahuddin Ayub dulu mereka melihat PAS seperti melihat makhluk asing. Kini mereka tidak lagi takut kepada PAS dan sangat-sangat mengalukan penyertaan PAS di dalam pilihanraya Sarawak.



Kenangan manis yang diperolehi PAS kini diharap akan membawa satu perubahan besar kepada masyarakat Sarawak akan datang. Sesungguhnya Allah itu membuat perancangan dan dia adalah sebaik-baik perancang. Benih yang subur yang kini semakin mekar membesar diharap menjadi pokok yang kukuh untuk perkembangan dakwah Isam di sana. Tahniah rakyat Sarawak.



PAS tidak kalah.Tetapi masih belum menang..

2 Cetusan minda:

CHE ROSSLI 17 April 2011 pada 10:13 PG  

Perjuangan masih jauh:

http://menongkaharus87.blogspot.com/2011/04/orang-cina-melakar-kemenangan.html

baha,  20 April 2011 pada 10:14 PG  

PAS menang d peti undi kawsan iban dun beting maro..

  ©Template by Dicas Blogger.