Isnin, 25 Julai 2011

Alam perkahwinan..Bersedialah...

4 bulan menghadapi praktikal di Kuantan satu tempoh yang agak sibuk. Tetapi sekarang banyak masa yang lapang untuk aku isi dengan perkara yang berfaedah. Selain sibuk dalam medan media siasah aku selitkan juga dengan membaca buku-buku untuk persediaan diri ini.

Bakal melangkah alam baru. Daripada bujang ke alam perkahwinan sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh setiap insan. Memang ramai yang gembira tetapi tidak ramai yang memikirkan sengsara di alam perkahwinan ini. Tidak sengsara di dunia mungkin juga sengsara di akhirat. Jadi jangan gembira sangat dengan pernikahan.

Bagaimana ingin mencari kebahagiaan yang sebenar dalam menghadapi perkahwinan dan melayari bahtera perkahwinan? Sudah tentulah dengan ilmu. Selain ilmu agama yang menjadi kewajipan ke atas setiap diri muslim, kita juga digalakkan untuk mencari ilmu-ilmu berkaitan untuk menyerikan lagi alam rumah tangga.

Bila sebut soal perkahwinan sememangnya pasangan kita itu adalah dari kalangan manusia bukannya jin dan juga malaikat. Allah telah menciptakan manusia yang bernama perempuan dan juga lelaki dengan perasaan, dengan emosi, cara fikir dan sosioemosi yang berlainan. Perbezaan diantara lelaki dan prempuan ini memerlukan cara tindakbalas berbeza dan saling memahami antara satu sama lain. Seorang suami harus memahami psikologi seorang isteri. Ilmu psikologi memberikan satu kerangka kepada suami isteri untuk bertindak balas dalam ruang lingkup yang sesuai.

Bayangkan lelaki dan wanita saling tidak memahami psikologi pasangan maing-masing. Bagaimana ingin berhadapan? Sudah semestinya akan timbul krisis yang tidak berkesudahan lebih-lebih lagi kepada pasangan yang tidak dalam ilmu agamanya. Kebiasaannya hubungan akan berakhir dengan penceraian.

Dalam mengisi masa aku ini. Aku sempat membaca beberapa buah buku psikologi. Sekarang sedang bergelak ketawa dan kadang-kadang tersenyum seorang diri membaca pukulan hebat Allan and Barbara Pease. Buku yang bertajuk WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS memberikan satu panduan kepada kita secara saintifik menceritakan perbezaan ketara antara lelaki dan wanita.

Beberapa contoh yang disebut dan dikaitkan dengan penemuan kajian membuatkan aku kadang-kadang tersengih keseorangan. Sungguh berkualiti buku ini dengan isi yang sarat berbukti dan berkaji. Tidak rugi rasanya kalau kita memiliki buku ini dan bagus juga untuk dibuat hantaran perkahwinan. Banyak hikmah yang boleh dikutip walaupun penulisnya bukanlah beragama Islam.

Semoga buku-buku sebegini menjadi sajian untuk orang Malaysia bagi membina keluarga yang lebih harmoni. Ingat... Asasnya adalah agama. Seterusnya kita bina dengan keseniaan tersendiri untuk mencari bahagia dalam rumah tangga.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.