Isnin, 12 April 2010

Luahan hati untuk hari ini.. =)

Menjadikan segala kesusahan yang dihadapi di dalam hidup sebagai motivasi. Tiada istilah bersedih, tiada istilah putus asa. Segala kesusahan dan kesulitan sebagai pendorong dan penguat. Apabila tiba masa gundah dan sedih dijadikan peristiwa itu sebagai sempadan untuk menuju kejayaan yang lebih gemilang seterusnya menguatkan diri dan mencekalkan hati. Bilakah masa bersedih diri yang seperti ini? Saat melakukan maksiat. Saat itu merasakan dirinya sangat rugi dan bersedih atas maksiat yang dilakukan. Berbaik sangka dengan Allah bahawa Allah akan memaafkan dosa setiap hambanya. Ketahuilah Allah begitu menyayangi makhluknya. Sama ada makhluk sedar atau tidak sedar aku sendiri pun tidak tahu. Kasih sayang Allah. Kasih sayang abadi..

2 Cetusan minda:

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz 12 April 2010 pada 7:21 PG  

Salam alaik adikku, janganlah dirimu berputus asa dalam mendekatkan diri kepada Allah.sekiranya kamu jatuh,bangunlah kembali.. Hayatilah keseluruhan surah Al- Ma'arij.. surah ini yang menjadi salah satu dari sesi rawatan2 terhadap penyakit lemah iman dan keladak jahiliyyah di zaman para sahabat radiallahu'anhum.. Kalau dulu mereka ditegur secara direct oleh Allah, namun kita sekarang mesti menjejak balik tafsir dan sirah Rasulullah S.A.W.. Hayatilah.. Jauhilah syubhat dan syahwat. Bersangka baiklah dengan Allah, bila diuji, Allah mahu kita bertaubat,dan saat tu pasti kita akan rasa nikmat kemanisan iman. Disebalik kepayahan, disitulah akan kamu temui kekuatan. Nasihat ini buat diri kakak juga yang lemah. Keep moving young Muslim!

مَعهَدين الُمعلمْ 12 April 2010 pada 8:51 PG  

Terima kasih kak..
pesanan yang amat berguna untuk diri ini..

  ©Template by Dicas Blogger.