Isnin, 12 April 2010

Bila KERIS upsi bersilat..

Tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya menganjurkan program kem Remaja Islam. Kesungguhan antum antunna semua dalam menjayakan program tersebut amat-amat dihargai. Semoga segala jasa baik, pengorbanan dikira mala ibadat yang bisa menagih simpati keredhaan Allah keatas diri kita semua. Orang-orang yang turut sama menjayakan program ini semoga dirinya juga dilimpahi rahmat Allah yang tidak terhingga khususnya kepada Ustaz Dusuki yang menawarkan tempatnya untuk dijadikan program dan juga kepada Ustaz Yus kerana sudi mengisi kekosongan untuk Kuliah pada malam pertama.

Program selama 3 hari itu telah pun berlalu. Harapan saya kepada semua peserta mendapat input yang berguna sebagai persediaan menjadi guru. guru itu pendakwah. Guru itu adalah agen perubah. Guru itu menyampaikan. Guru itu tugas mulia dan seharusnya ia mesti dihasilkan daripada didikan program-program yang mulia selain kuliah-kuliah akademik di dalam kelas. Guru itu sebagai obor bukannya seperti lilin. Lilin akan binasa tetapi obor tetap akan membakar menerangi anak-anak didiknya.

Walaupun saya tidak berkesempatan sampai ke hari penamat untuk bersama tetapi rasa nikmat itu tetap ada apabila mendengar cerita-cerita dari AJK yang lain. Maaf kepada setiap AJK dan peserta kerana terpaksa balik ke UPSI lebih awal kerana ada beberapa urusan yang perlu disegerakan. Semoga urusan itu pun mampu meletakkan aku ditempat mulia. InsyaAllah..
Adik-adik abang-abang kakak-kakak sekalian. Perjalanan kita masih panjang. Masih jauh. Penuh dengan liku-liku yang kadang-kadang memualkan. Bila ia perjalanan yang penuh dengan benda yang menjelekkan dan memualkan ia lebih enak kalau dipanggil sebagai perjuangan. Teruskan perjuangan pengislahan diri. Itu tuntutan Allah kepada setiap hambanya. Diri pinjaman ini hendaklah dikembalikan kepada tuan asalnya dalam keadaan yang baik dan suci. Jauh dari dosa dan maksiat. Ya Allah berilah kekuatan kepada aku untuk memijak-mijak segala mehnah dan tribulasi yang mendatang agar jalan ini dapat ku lalui dengan penuh yakin dan berani..

AMIN…..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.