Selasa, 2 Februari 2010

Letihnya..............

Semakin hari mengejar ke pertengahan semester semakin suntuk masa ini dengan berbagai perkara. Pengorbanan demi pergorbana mesti dibuat agar keutamaan mesti berada di tempat yang paling pertama. Amanah dan tanggugjawab banyak dan semakin mencabar untuk dilaksanakan. Dalam hidup ini setiap hamba Allah diuji selayaknya yang dirinya mampu pikul.



Tidak kira sehebat mana ujian dan halangan, ia sememangnya tercipta diatas kemampuan tulang empat kerat kita untuk kita pikul dan laksanakan. Biarkan nak terbeliak mata, nak tercabut bahu, letih dan tak bermaya, tetapi itulah kita dan selayaknya hanya kita yang mampu pikul. Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul.



Sebenarnya kitab Al-Quran banyak memberi kita motivasi untuk kita terus berusaha tanpa penat lelah. Banyak kisah-kisah menarik yang Allah Taala nukilkan kepada kita demi tatapan kita untuk menguatkan perjuangan mencari redhanya di dunia ini. Itulah kemualiaan Allah, dalam kita mendapat kesusahan dan kegelisahan, setiap kegundahan itu dibayar dengan selayaknya setimpal dengan kesabaran kita.



Ya Allah!!! Semoga kitab motivasi ini terus bersama berdiri dalam diriku membawa aku terus mencabar dunia yang semakin mencabar ini. Ya… Kita mesti mencabar. Tidak sesuai lagi bagi kita untuk ikut dan terawangan tanpa arah. Kita mesti ada arah sendiri. Aku bermotivasi. Novel dan Kitab Allah yang mulia kerap membakar semangat aku yang kadang-kadang runtuh. Ia runtah, tetapi saat hampir berkecai ia bangun kembali dengan bakaran kata-kata suci janji-janji Allah kepada setiap makhluknya..



Semalam aku lemah, aku tidak bermaya untuk meneruskan semester yang sungguh mencabar ini. Rasa begitu sempit masa ini. Tetapi Allah menggerakkan hati aku untuk membeli novel “Syabab Musafir Lalu” karangan seorang penulis manis yang masih muda berasal daripada Terengganu. Aku cukup kagum dengan kekentalan Syabab yang tidak pernah jemu mencabar dirinya. Dengan cabaran itu, dengan monolog dirinya dia mampu membawa dirinya kepuncak jaya menjadi orang yang diredhai Allah..



Aku pun syabab juga. Masih muda, masih bersama saf pemuda-pemuda. Kenapa tidak aku menjadi sekuat syabab…. Bantulah aku ya Allah..

5 Cetusan minda:

pemelihara cahaya 2 Februari 2010 pada 1:17 PTG  

salam..nanti boleh ana pinjam “Syabab Musafir Lalu”???
penulis nye FATIMAH SYARHA kan?

مَعهَدين الُمعلمْ 2 Februari 2010 pada 4:30 PTG  

yer...

InsyaAllah boleh sahaja..
nnt ana bagi..

مَعهَدين الُمعلمْ 4 Februari 2010 pada 7:20 PG  

Wah...
syukran pak karamu kerana ziarah blog saya...

Lebah 11 Februari 2010 pada 8:02 PG  

mahu menelaah buku ini juga!

  ©Template by Dicas Blogger.