Selasa, 9 Februari 2010

Pendidikan dan racun pendidikan...

Sejam bersama sahabat-sahabat berbual berkenaan isu-isu semasa. Seronok jugak melepaskan tension study dengan berbual-bual mengasah minda dan skill komunikasi. Cuba membahaskan isu-isu pendidikan dan juga isu politik yang sekarang ini begitu hangat diperkatakan.



Apabila orang-orang politik buat hal maka yang silapnya mesti bermula daripada pendidikan yang diterima oleh pemimpin. Tidak menyalahkan pendidikan keseluruhannya tetapi sistem pendidikan lah memainkan peranan yang besar.



Konklusi kami pada malam ini bagaimana ingin menjadikan pendidikan yang ada pada hari ini bakal mendekatkan diri dengan Allah. Bilamana belajar Bahasa Malaysia, kita berasa cukup dekat dengan Allah, bilamana belajar sains kita berasa dekat dengan Allah. bila kita di tahap itu kita sudah berjaya menemui kunci kepada masalah yang berlaku pada hari ini.



Sekarang amat janggal bila kita bercakap pendidikan dan agama disatukan. Mesti kita akan dilabel seorang yang ekstrimis dan ortodoks. Jumud dan keterbelakang. Apa dayanya. Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing. Kalau kita bercakap berlandaskan agama kita difikirkan seorang yang tidak suka berfikir ataupun tidak berfikir berasaskan logik.



Cabaran pendidikan sekarang cukup besar. Potensi pendidikan pun cukup besar kalau dinisbahkan kepada apa yang berlaku pada hari ini. Tapi malangnya potensi pendidikan yang besar tidak sama nilainya dengan peluang perniagaan yang besar. Peluang perniagaan yang besar kita akan sama-sama merebutnya. Tidak kira halal atau haram, kita terus merembat bagi mendapatkan setiap peluang yang ada. Peluang pendidikan yang besar dipandang sepi dan semakin dipinggirkan oleh orang ramai. "Pendidikan mesti di sekolah" kata sesetengah orang. Anak dirumah diabaikan. Kasih sayang tidak diberi secukupnya. Maka yang akan pening kepala adalah cikgu-cikgu di sekolah.



Kadang-kadang hati aku cukup takut dan sedih apabila membaca komen-komen yang tertera di Facebook daripada kawan aku yang sedang berpraktikal di sekolah. Semua mengeluh mengenai murid-murid yang nakal dan tidak kurang juga ada yang sudah cukup menyesal mengambil bidang pendidikan. Lihatlah betapa besarnya cabaran berada dalam landasan pendidikan.



Tapi ingatlah, sejahat-jahat remaja kini tidaklah sejahat masyarakat arab jahiliyah, sejahat-jahat masyarakat kita tidaklah sejahat pengganas yahudi yang membelah tubuh saudara-saudara kita di palestin. Nakalnya remaja kita mengikut kawan saya yang sedang berpraktikal sekarang adalah disebabkan kurangnya kasih sayang.



Ibu-ibu bapa-bapa... Anak-anak rindukan kasih sayangmu. Rindukan pelukan manjamu. rindukan belaianmu, rinndukan nasihat bukannya bebelan darimu. Aku teringat kisah di dalam Novel "Syabab Musafir Kasih" mengisahkan bagaimana kanak-kanak yang nakal dibentuk dengan kasih sayang oleh Nur Mumtazah...



Aku terfikir diriku sendiri mampukah untuk memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar kepada anak didikan nanti. Sekarang ini anak-anak didikan aku adalah anak-anak usrah aku yang semakin dahagakan ilmu. Ya Allah gagahilah diri ini demi membimbing mereka dan diri aku sendiri ke jalan yang engkau redhai..

2 Cetusan minda:

kurniawan.q 9 Februari 2010 pada 12:38 PTG  

betul sahabat kenakalan remaja begitu memprihatinkan dan jarang orang yang bermajelis ilmu baik itu ilmu ahlak, ilmu pengetahuan (dengan diiringi oleh ayat alquran dan al Hadis) dan seharusnya ilmu yang dihasilkan yahudi ini (facebook ,internet umpama)bisa dijadikan sarana untuk bermajelis dan menambah wawasan dalam ilmu dunia maupun al quran

مَعهَدين الُمعلمْ 9 Februari 2010 pada 2:26 PTG  

InsyaAllah sma-sama kita manfaatkan alat-alat Yahudi ini.

Jangan kita melenting dengan alat-alat yang sebenarnya banyak memberi manfaat kepada rantai2 perjuangan Islam untk melebarkan dakwah..

  ©Template by Dicas Blogger.