Khamis, 18 Februari 2010

Asri saran semua agama haramkan perarakan di jalan raya


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 18 — Rentetan isu kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang merancang untuk membatalkan perarakan Maulidur Rasul, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) mengesyorkan agar semua agama di negara ini tidak membenarkan perarakan keagamaan masing-masing di jalan raya.



“Saya melihat secara lebih luas, bukan isu di Pulau Pinang sahaja. Saya berpendapat mana-mana agama tidak wajar menganjurkan perarakan sempena hari-hari tertentu perayaan mereka.



“Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain... buatlah di tempat-tempat ibadat masing-masing tanpa menyukarkan orang lain,” kata beliau dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.



“Di negara Arab Saudi tidak ada perarakan Maulidur Rasul, di India pun saya rasa tiada perarakan sempena Thaipusam...,” kata beliau.



Kata beliau kalau pun hendak berarak jangan sampai “mengganggu lalu lintas.”



“Jalan raya untuk kegunaan kenderaan... orang bayar cukai jalan, kita akan makan masa mereka, menyebabkan pemandu kenderaan kerugian masa dan wang, mengganggu emosi apabila kita menyebabkan kesesakan jalan raya,” katanya.



Isu perarakan Maulidur Rasul menjadi perhatian ekoran laporan akhbar bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat bercadang untuk membatalkan perarakan sempena hari keputeraan Nabi Muhammad SAW tahun ini.



Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menterinya Lim Guan Eng dengan menganggap bahawa laporan Utusan Malaysia sebagai satu pembohongan.



Mengulas lanjut isu itu dalam blognya, Asri berkata “tiada teks mana-mana agama yang menyatakan disuruh menggunakan jalan raya untuk melakukan upacara agama.”



“Upacara agama yang hanya membabitkan pengikut agama masing-masing sepatutnya dibuat di tempat ibadah agama masing-masing, atau tempat yang dimiliki atau disewa untuk upacara tersebut.



“Menggunakan jalan raya untuk upacara keagamaan boleh menyebabkan kesesakan, atau ditutup laluan. Ini mengganggu, bahkan merampas hak pengguna lain yang tidak terlibat dengan upacara tersebut,” katanya.



“Islam tidak membenarkan penganutnya berbuat demikian, juga semua agama yang menghormati masyarakat awam tidak mungkin boleh membenarkan hal seperti ini,” katanya.



Asri berpendapat gangguan kepada pengguna jalan raya yang lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang atau kebencian terpendam antara penganut agama.



“Seorang Muslim mungkin akan tidak puas hati apabila perjalanannya terhenti disebabkan upacara agama lain yang dibuat atas jalan raya raya. Demikian juga perasaan penganut agama-agama lain.



“Sesetengah upacara keagamaan telah mengotor atau mencemari kebersihan jalan raya yang mengganggu pemandangan orang awam.



“Juga menyusahkan pihak majlis perbandaran untuk membersihkan upacara agama yang tidak kongsi oleh semua masyarakat itu,” katanya.



Kata Asri beliau berpendapat amat tidak wajar jalan raya dijadikan tempat perarakan keagamaan mana-mana agama.



“Jika perhatian ini cuba diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, saya melihat kerajaan Selangor patut memberikan perhatian yang sama terutama di kawasan Batu Caves. Ini bukan kenyataan yang berat sebelah, tetapi terpakai untuk semua agama,” kata Asri kelahiran Pulau Pinang.



“Setiap agama patut hormati agama lain,” katanya.

4 Cetusan minda:

Hang horatio 18 Februari 2010 pada 4:17 PTG  

prinsipnya mudah...jgn siang ckp lain dan mlm pula cite lain...hari ini bleh lompat parti,esk siapa lompat parti itu haram..hari ini xelok buang masa rakyat dgn mengadakan pilihanraya,esok wajib adakan pilihanraya sebab hak rakyat...hari ini negeri di timpa bencana akibat balasan tuhan tapi,esok apabila di timpa bencana yg sama itu lah tanda tuhan syg sama kita....hari ini bekerjasama dgn puak kafir harbi sah dia lah kafir,esok bekerjasama dgn kafir itu lah perjuangan demi islam...hari ini masalah sosial sana sini itu lah punca xmengamalkan islam,esok bila kena tang muka sendiri itulah masalah global seluruh dunia...masih kah ko ingat wahai teman..

مَعهَدين الُمعلمْ 18 Februari 2010 pada 5:59 PTG  

Sekesaikan dulu masalah negara yg semakin tempang.. Bagi peluang untuk jet2 terbang, bagi peluang untuk kapala selam menyelam..

Dulu kecoh pasal "beruk-beruk dijalanan".. Ayat Khairy Jamaluddin. pastu UMNO sndiri yg menjadi beruk jalanan..

Ingat pesan Penasihat Gerakan.."No for ketuanan melayu"..
Pehal UMNO x buat demo bila penasihat parti gerakan keluarkan kenyataan mcm tu.. Tu kafir harbi ke kafir pe tu?
hahahaha....

Ni fakta bukan auta kerajaan penang(kononnya kafir harbi) menjaga kepentingan melayu..

Baca kat sini kalau ko nie reti membaca..

http://perisik-rakyat.com/2010/02/fakta-kerajaan-penang-menjaga-melayu.html

Hang horatio 18 Februari 2010 pada 6:06 PTG  

apa hang kasi pusing2 ni..soalnya prinsip je...adoiiiiiiiiiiiii....isu jet la kapal selam la.isu kj?ayooooo.apa ni..mcm katun..kuikui..mahasiswa ye..mn mari?

مَعهَدين الُمعلمْ 18 Februari 2010 pada 6:18 PTG  

hahaha..
Aku ckap bab prinsip la tu.

ANtara prinsip UMNO yg dipegang dan didakap padat UMNO ialah tak nak buat demo sehingga org yg buat demo dipanggil 'beruk2 di jalanan'

tp dlm isu kerajaan Australia aku tgk Ketua Pemuda korg sndiri yg menjadi Raja Beruk.. Sehingga tergaru2 kepala anak2 beruk sekalian melihat raja beruk ckp tak serupa bikin..anak beruk dtg pun sbb bagi pisang percuma kot.. dlm 500 org katanya.. (ntah2 50 org jer)

Satu lagi prinsip UMNO yg paling keras ialah ketuanan melayu.. Tapi bila Penaihat parti gerakan kata 'no for ketuanan melayu' semua juak2 UMNO jadi pondan diam seribu bahasa..
Bayangkan klau Lim Guang Eng yg kuarkan statement tersebut aku rasa smpai dalam kubur UMNO buat demo..

hahaha..
Prinsip...prinsip..

  ©Template by Dicas Blogger.