Selasa, 16 Februari 2010

Meredah Kelantan negeriku tercinta..

Hari ini meredah kemarau rahmat menuju ke Bachok. Hari ketiga ekspedisi menjelajah sambil mengisi waktu cuti yang masih berbaki ini. Menikmati keindahan Kelantan yang maju tanpa hak royalti. Tapi aku cukup berbangga dengan apa yang ada pada negeriku Kelantan Serambi Mekah. Tetap gah dan disegani pemimpin-pemimpinnya. Potrait pemimpin-pemimpin hebat Kelantan satu persatu melayang diminda aku sambil melihat hasil-hasil perit lelah perjuangan mereka melawan tekanan dari setiap sudut. Kini negeri ini banyak berubah. Alhamdulillah..



Perjalanan ke Bachok diteruskan walau tanpa jurupandu. Bukannya tidak tahu jalan yang betul hendak ke Bachok tetapi tidak tahu kedudukan sebenar rumah kawanku si Faizal anak Pak da Roni. Kunjungan kami hari ini demi memenuhi jemputannya ke majlis perkahwinan kakaknya. InsyaAllah dengan perkahwinan itu bakal meramaikan lagi umat Nabi Muhammad yang berkualiti. Alhamdulillah juga kerana di dalam perjalanan itu kami tersesat kerana beberapa jalan menuju ke Jelawat sedang dibina menyebabkan laluan yang aku kira sudah serasi bertukar menjadi jalan seperti di New York Vity barangkali(hahaha). ‘Kesesatan’ itu sebagai rahmat kerana aku dapat mengetahui beberapa jalan pintas dan menarik untuk diterokai. Boleh juga aku bawa ronda-ronda bakal isteriku nanti (hehehe..). Begitulah lumrahnya.. Jauh perjalanan luas permandangan, luas lagi ilmu yang akan dapat dikutip. Inilah sebenarnya medan ilmu. Dikutip dan diserap berdasarkan pengalaman, bukannya sekadar keindahan teori semata-mata.



Sepanjang perlajanan aku dapat perhatikan banyak kain rentang yang digantung demi menuntut hak rakyat Kelantan berkenaan dengan royalti. Terpampang wajah hebat Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan yang amat kusayangi. Bukan itu sahaja. Perjuangan ini merentas ideologi politik. Terpampang juga gambar Dato’ Razaleigh Hamzah iaitu ahli Parlimen Gua Musang juga merupakan pemimpin daripada parti UMNO dengan tulisan yang berbunyi “walaupun mungkin kita miskin tetapi kita bukan pengemis”. Tidak dapat tidak kata-kata itu menjelaskan kami orang Kelantan bukannya golongan pengemis yang mengharapkan wang ehsan.” KAMI NAK HAK KAMI!!!..”. Mungkin itulah jeritan batin setiap jiwa anak Kelantan. Pasrah dan tetap dalam perjuangan ini.



Sampai di rumah sahabat aku dijamu sepuas-puasnya dengan hidangan yang lazat. Ayam percik, umbuk kelapa, gulai daging, ikan rebus goreng memang mengetarkan selera aku. Aku membantainya secukup rasa kerana perjalanan dari awal pagi tidak menjamah sebarang apa makanan. Ibarat membalas dendam aku perlahap makanan yang dihidangkan. Alhamdulillah kenyang. Mahu balik kataku… muka tersenyum. Tapi apakan daya kami ditahan oleh sahabat kami untuk menolong sedikit sebanyak menyediakan hidangan untuk para tetamu. Beres…. Itu kerja yang cukup kami minati bila dibuat beramai-ramai. Gotong royong sambil bergurau senda bersama sahabat-sahabat. Sambil menghidang sempat lagi berangan-anagan andaikata ini majlis aku. Tidak akan aku yang buat kerja ini, pasti aku sekarang berada di kerusi empuk dilayan sebagai pengantin lelaki ditemani pujaan hati permaisuri hatiku.. Perghh!!! Angan-angan itu memang jauh lagi. Jauh disudut hati. Jauh dari apa-apa perancangan. Siapakah yang akan menjadi permaisuri hatiku nanti.. bak kata nukilan Fatimah Syarha “Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul”. insyaAllah akan aku hiasi dengan ajaran agama yang cukup indah dan murni. Hehehe.. hati berbunga bila membaca buku Fatimah Syarha. Aku harapkan ia bukan salah satu bentuk zina hati.



Perjalanan diterukskan lagi menuju ke gigian pantai yang indah. Pantan Irama menjadi destinasi kami yang seterusnya. Begitu indah angin yang membelai tubuhku, melambai-lambai rambut tanda girangnya terhadap angin yang membelai. Ku cuba menyelamai belaian angin itu kerana disitu akan ada satu perasaan kekaguman terhadap ciptaan Allah yang sungguh agung itu. Tapi tidak semua yang bersyukur, tidak semua yang sedar itu anugerah Allah yang cukup berharga. Betapa ramai wanita membiarkan angin membelai rambutnya dan pada masa yang sama iauratnya dibelai oleh mata-mata liar lelaki jalang. Si wanita begitu seronok melihat rambutnya melambai-lambai bak membuat rawatan rebonding rambut yang lurus ini dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang jagaan. Ibarat ikan yang tidak ditutup menanti masa terkaman kucing lapar. Ermm… Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk mengikut seluruh ajaran Islam yang sebenarnya mereka sudah tahu hakikat hukum yang sebenar.



Ermm…. K lah. Takat niela dulu aku tulis. Dah ngantuk daa…

5 Cetusan minda:

Hang horatio 17 Februari 2010 pada 5:53 PTG  

teruk gak kelantan ni kan..2 bru skit ko nampak...itu lah islam ajaran pas.dah jgn ko nak tegakkan benang yg basah pula..

مَعهَدين الُمعلمْ 17 Februari 2010 pada 6:50 PTG  

hahaha..
Baik aku amik Islam ajaran PAS daripada aku sesat dalam Islam Hadhari ajaran sesat UMNO..

Hang horatio 17 Februari 2010 pada 10:20 PTG  

sekurangnya2 ko mengaku gak ajaran pas itu sama je mcm umno.so pointnya mudah,plitik tetap plitik,tp plz jgn pergunakan islam demi cita-cita politik..politik islam lain caranya.bukan dakyah politik mcm pas buat..hancus gak bro.

مَعهَدين الُمعلمْ 17 Februari 2010 pada 10:40 PTG  

Nabi pun guna Islam..
Islam tu lah cita2nya..

Islam xleh nk pisahkan dengan kehidupan..tu klau ko reti la..

مَعهَدين الُمعلمْ 17 Februari 2010 pada 10:46 PTG  

Bila tak guna agama natijahnya Beli kapal terbang tak leh nak terbang..
Beli kapal selam tak leh nak menyelam..

WAKAKAKA...

  ©Template by Dicas Blogger.