Sabtu, 27 Februari 2010

Teluk senangin here we come..hehe Satu persinggahan ukhuwah

“Teluk Senangin Here We Come”.. Bukan sekadar projek malah lebih dari itu. Suatu aktiviti yang pada asalnya dirancang untuk melakukan kajian telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami semua untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara kami pelajar-pelajar Major biology education UPSI.



Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang berusaha menjayakan program ini. Bermula daripada Dr Hashimah, Dr Fatimah, tutor Cik Hamidah, En Hafez, Pembantu makmal En Faizi, Pengarah program Zulhusni dan semua kawan-kawan yang bersusah payah dalam menjayakan program ini. Sedarlah program ini bukan sekadar berpenat lelah membuat kajian plant fisiology tetapi apa yang kita dapat disebaliknya yang amat bernilai yang perlu direnung bersama. Ukhuwah, persahabatan, silaturrahim dan berbagai-bagai istilah lagi yang menceritakan hubungan diantara sesama manusia yang mana dari segi teorinya mudah untuk diluahkan tetapi dari keadaan sebenar diri kita yang menetukan. Interaksi bersama sahabat-sahabat dalam program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim diantara kita semua dan juga bersama tutor dan lecturer.



Bila lagi akan dapat kita bersama beraktiviti seperti ini. Gelak ketawa, nasihat –menasihati, faham-memahami membuatkan kita bersyukur dengan kurniaan Allah Taala kepada kita bahawa dunia ini cukup luas dan unik untuk diterokai. Diciptakan kita berbangsa-bangsa, bersuku-suku, dengan fikrah yang bercabang-cabang, dengan sifat yang tersendiri semata-mata untuk kita berkenalan-kenalan antara satu sama lain. Dengan kata mudah aku kenal kau, dan kau kenal aku. Kita saling melengkapi.



Hubungan dengan non-muslim juga dapat dieratkan yang menandakan kita adalah satu rumpun, sama-sama umat nabi Muhammad yang mana aku sebagai seorang Islam mesti menunjukkan toleransi aku sebagai seorang Islam yang cintakan silaturrahim tanpa mengadaikan prinsip Islamiyyah. Tidak mudah untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan berhikmah hatta sesama muslim sekalipun kerana ada sahaja timbul persepsi yang kurang menyenangkan dari sesetengah pihak, tetapi yang penting keihklasan kita dalam menyatakan fikrah adalah paling penting. Berhikmahlah dalam membina hubungan dengan manusia yang berbagai watak. Begitu susah untuk merungkaikan perkataan hikmah. Ada kalanya hikmah itu datang dari persepsi kita yang kita rasa itu wajar mengikut ilmu yang kita ada tetapi bagi orang lain hikmah itu adalah dalam konteks yang berbeza daripada pandangan kita.



Lupakan soal hikmah. Kerana disitu tidak perlu diperdebatkan. Misi penting ukhuwah dieratkan dan sama-sama diperkukuhkan. Aku berbangga kini kita seperti adik-beradik dan saling memerlukan antara satu sama lain. Diharap kita sama-sama tolong menolong dalam perkara kebaikan, membantu dari segi akademik dan kebajikan agar terserlah keikhlasan kita dalam bersahabat seterusnya hati kita yang suci itu mempu membersihkan hati anak-anak didik di sekolah nanti saat berjaya menjadi guru.



“Pergi ke Kedai Membeli Bunga”.. hehehe.. Pantun yang ingin aku sampaikan pada mulanya sehingga muncul muka-muka tidak berpuas hati kerana berpantun dalam bahasa Malaysia. Tiba-tiba… “Teluk senangin here we come”.. Alhamdulillah sehingga poem ini habis dibaca dengan gelagat ahli kumpulan aku yang tersendiri berjaya menceriakan sahabat-sahabat hasil rekaan poem dalam masa 10 minit. Tidak cukup untuk membuat yang terbaik tetapi agak berpuas hati dengan persembahan tersebut. Apa pun kumpulan ferdinand memang mantap diiringi kumpulan tari dan gitarist yang sempoi.. tahniah kepada kamu semua…



Nanti jumpa lagi di Kuala Selangor untuk field trip Ecology.. diharap ada sesuatu yang menarik disana…InsyaAllah..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.