Isnin, 15 Februari 2010

Pemuda kampung mencipta gelombang

Aku pulang kekampung dengan perasaan yang sungguh gembira. Gembira ini lebih daripada aku gembira bertemu mata bersama orang tuaku. Gembira bukan kepalang. Kegembiraan yang membuak-buak lantaran melihat satu perubahan besar yang berlaku di kampung aku.



Kalau di Malaysia sekarang begitu asyik dan masyuk dengan gelombang 1Malaysia. Tetapi gelombang di kampung aku menjanjikan seribu satu perubahan yang cukup besar jikalau perubahan ini berterusan. Perubahan anak-anak muda kampung yang cukup dirindui oleh segenap penduduk kampung. Anak muda semakin mendekati Islam. Ya segalanya berubah. Masjid diimarahkan, program ilmu semakin mendapat sambutan.



Kalau dulu solat berjemaah waktu isya paling ramai pun hanya mampu menjangkau 2 saf tetapi kini dek perubahan selera pemuda-pemuada kampung kehadiran ke surau mempu menjangkau 5 hingga 6 saf. Itulah kegembiraan yang cukup bermakna buat aku setelah jarang-jarang sekali pulang ke kampung.



Aku bertanya kepada abah aku kenapa sekarang anak muda kampung makin berubah. “orang muda nie kita kena manjakan, bagi dulu makan-makan, buat program yang dorang suka” kata abahku.. “Kalau gitu bagus jugak kalau buat tamrin”.. aku memberikan cadangan..”xleh lagi.. Kena jinakkan dulu budak-budak nie bau boleh buat tamrin”.. abah aku menasihati aku..



Aku mengharapkan gelombang perubahan anak muda di Kampong Hutan Puteh berterusan sampai bila-bila. Dulu aku bimbang siapalah yang bakal menjadi pemimpin di kampung kalau golongan tua sekarang pergi meninggalkan kami. Tapi dengan perubahan ini insyaAllah mampu membina karakter-karakter pemimpin yang unggul demi meneruskan perjuangan Islam di kampung.



Tahniah kepada Ketua Pemuda kampung Abang Wan yang terus komited dalam memperjuangkan fikrah pemuda kampung. Ingin sangat berada di kampung berjuang bersama bro wan tapi apakan daya, fikrah dan tenaga aku, aku mesti tumpukan di kampus. Tak mengapalah.. Sama-sama buat kerja yang sama, sama-sama satu tekad, ingin memperjuangkan 1fikrah, 1akidah… tetapi bukannya 1Malaysia (hehehe)…



Hari ini aku terpaksa pergi ke Kota Bahru melawat Pak saudara yang sakit. “Arrrggghhh!!! Semoga dapat balik awal. Aku ingin bersolat di masjid kampung aku” Jerit batinku..



Balik daripada Kota Bahru jam 11.30 malam dengan perasaan kecewa. Tidak dapat bersama kawan-kawan lama berjemaah di masjid.



Aku membelek-belek buku yang dibeli di kampus tempoh hari. Buku ini masih baru. Baru sahaja keluar daripada pembalutnya. Kulit masih keras dan bersih. Buku yang berjudul “Jangan Berputus Asa” yang dikarang oleh Hamdan Lutfi dibuka dengan harapan melekat secebis ilmu untuk malam ini. Sudah pasti buku ini dikarang sebagai sebuah buku motivasi Islam yang sarat dengan dalil-dalil dan keterangan melawan kegusaran perasaan putus asa. Aku tertarik dengan satu wasiat Rasulullah yang disampaikan kepada Abu Dzar al-Ghiffari yang mana rasulullah berpesan:



“Wahai Abu Dzar, manfaatkanlah yang lima sebelum lima yang lain:



1. Waktu muda sebelum anda menjadi tua.

2. Waktu sihat sebelum anda sakit.

3. Waktu laoang sebelum anda sibuk.

4. Waktu kaya anda sebelum anda miskin.

5. Dan waktu hidup anda sebelum anda meninggal dunia.”



Aku ‘menghilightkan’ waktu muda sebelum anda menjadi tua untuk renungan aku pada malam ini. Kini aku masih muda, sahabat-sahabat aku masih muda dan ramai lagi orang-orang Islam yang sedang meniti masa muda sekarang. Masa ini yang sebahagian besarnya mejadi penentu pada masa tua. Bila tua, tubuh sudah buruk, tak larat, sakit-sakit adakah mampu untuk mencari redha Allah semaksima mungkin? Alamatnya hanya keluhan yang keluar mencaci diri di masa tua lantaran membodohkan diri semasa muda.



Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib juga pernah berkata, “Alangkah dekatnya masa muda ke masa tua. Tetapi, alangkah jarangnya pemuda yang memikirkan tentang ini!



Aku mengharapkan ‘frontliner’ di kampung memainkan peranan yang cukup aktif demi mengerakkan anak muda yang sekarang ini mencari perubahan diri. Peluang ini hendaklah diambil sebaiknya ibarat terjatuh ke lubuk emas demi memantapkan lagi dakwah Islam di kampung. Ingin rasanya aku berhenti universiti dan berjuang di kampung lantaran kegembiraan kerana perubahan pemuda ini.



Ya Allah teruskan perubahan ini untuk selama-lamanya..Amin.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.