Jumaat, 12 Februari 2010

Leteran keramat MA dan ABAH

Bermulanya hari ini dengan perancangan yang cukup rapi. Bermula daripada bangun untuk solat subuh aku merancang masa setiap detik agar dibelanjakan ke jalan yang benar untuk memantapkan lagi pentadbiran diri untuk hari ini.



InsyaAllah bermula esok perjalanan akan bermula seawal pagi. Perjalanan demi berjumpa insan yang tersayang yang cukup aku cintai. Setelah beberapa bulan meninggalkan kampung halaman perasaan rindu mengamit perasaan. Rindu dengan senyumannya, rindu dengan nasihatnya, rindu dengan leterannya. Rindu yang tak mungkin dapat dilepaskan sekadar mendengar suara. Mungkin pelukan erat dan ciuman mesra dapat mengubat rinduku padanya.



MA dan ABAH insan yang kurindui…



Perjalanan hidup aku di kampus dengan berbagai aktiviti pada cuti membantutkan pertemuan aku dengan ma dan abah. Hanya balingan suara menjadi pengubat rindu. Telefon bimbit ditekan demi mendengar suara keramat suara MA dan ABAH.



MA dan ABAH..



Esok anak sulongmu akan pulang kerumah. Pulang dengan seribu harapan ingin mendengar leterenmu. Leteren itulah membuatkan aku berjaya sehingga tahap sekarang. Ibarat motor yang memerlukan minyak. Begitulah aku merindukan leteran MA dan ABAH.



Kini aku risau. Leteranmu tidak lagi sehebat dulu. Leteranmu sudah perlahan tidak sekerap dulu. Mungkin aku sudah besar barangkali. Mungkin MA dan ABAH menyangka aku sudah matang untuk merempuh segala onak dan duri dalam kehidupan. Adakah aku cukup matang sekarang? Ilmu aku? Pengalaman aku? Aku sendiri tidak dapat menilai diri aku di tahap mana. Hanya orang yang sentiasa berada disekeliling aku sahaja yang tahu tahap kematangan aku..



MA dan ABAH..



Walaupun jasadku ini telah berusia 23 tahu 4 hari tetapi aku masih memerlukan lagi leteran darimu. Tegurlah aku jikalau aku silap. Marahilah aku jikalau aku terlampau. Anak muda yang cintakan ilmu semestinya kadang-kadang akan tersilap jejak dalam meneliti pengalaman. Kadang-kadang emosi mendahului pemikiran. Lantas pemikiran berlandaskan iman dicampak demi memuaskan kehendak hati. Anak muda memang berdarah panas. Kadang-kadang diri ini ditekan di setiap sudut, dibenci orang, dituduh bermacam-macam. Suara MA dan ABAH lah pengubat segala kedukaan..



insyaAllah tanpa aral melintang akan ku redah banjaran Titiwangsa demi mengubat rindu aku pada MA dan ABAH. Rindukan juga adik-adik aku yang semakin membesar… Zuliana, Suhaili, Fasihah, Syazwan, Nurul Ain, Khairi dan Aqilah… Tunggu kepulangan abang long.

3 Cetusan minda:

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil 12 Februari 2010 pada 3:25 PTG  

semoga selamat sampai ke rumah mat ju.
moga di rahmati.

ana dah kat rumah ni.
tgh menggunakan setiap masa di rumah dengan sebaiknya bersama keluarga. kerana masa tidak banyak. :)

ameermalik 12 Februari 2010 pada 5:04 PTG  

ana blik mlm ni.. tpi ada byk krja dan progrm utk remaja islam.

مَعهَدين الُمعلمْ 12 Februari 2010 pada 5:46 PTG  

hehhe..
masa itu banyak..
tapi masa yang banyak itu bukan milik keluarga..

Milik yang lain..
tapi yang lain itu harap2 dapat memberi syafaat untuk kelurga kita nnt..

InsyaAllah
=)

  ©Template by Dicas Blogger.