Ahad, 21 Mac 2010

Ketuanan Melayu atau ketuhanan Melayu??


Aku pun melayu. Sapa yang tak sayang kepada bangsa Melayu. Bangsa keturunan kita. Asalnya ibu bapa aku dari keturunan Melayu Kelantan. Tak kiralah melayu mana pun aku tetap melayu. Melayu dari segi darah dan identiti pengenalan.



Orang mempertikaikan betul ke aku nie melayu. Kalau betul ko nie melayu ko memang melayu haprak. Ko memang melayu buta. Buta mata buta hati. Aku menerima segala kritikan itu dengan baik. Aku menerima segala kritikan itu dengan hati yang terbuka. Aku dituduh melayu bodoh kerana stuju PAS bersama dengan DAP. Amboi.. Aku tulis bab politik plak hari nie setelah lama di’sound’ oleh suara-suara firaun melarang sama sekali aku terlibat dengan politik. Kononnya aku mahasiswa. Mahasiswa dilarang sama sekali terlibat dengan politik. Tugas mahasiswa hanya belajar sampai berjaya. Tak yah kacau bab pengurusan negara. Serah pada orang tua. Hahaha.. betapa bengap orang itu. Die ingat aku nie semakin hari semakin muda kot.



Tapi hari nie saje layan tension beb. Aku tak nak melayu makin bodoh bercakap soal ketuanan melayu membabi buta tanpa merujuk kepada perlembagaan Malaysia yang jelas tercatat keistimewaan orang Melayu pada tahap mana, kekuasaan Raja-raja Melayu pada tahap mana. Kadang-kadang aku nak persetankan jer orang yang cakap pasal ketuanan Melayu nie sebab benda ini berbunyi bila kuasa politik mereka lemas dan nak mampos. Bila dah tercungap-cungap dikejar tak dapat yang dikendong berciciran maka mulalah menggunakan senjata perkauman sebagai senjata yang paling ampuh untuk ambil balik ‘harta’ yang terlepas. Aku tak cakap kat sapa-sapa. Korang fikir sendiri la. Sape rase terkena maka dielah orangnya.. tak gitu??



Aku sekarang sedang membaca buku tulisan Zaid Ibrahim seorang bekas menteri dibawah kerajaan Pak lah pada ketika dahulu. Untuk rekod beliau telah memecahkan rekod Malaysia apabila menjadi menteri paling sebentar memegang jawatan setelah beliau meletakkan jawatan secara rasmi setelah berkhidmat selama 5 bulan 28 hari. Haram jadah pe encik Zahid oi ko letak jawatan sedangkan orang lain berebut nak pegang jawatan menteri. Jadi menteri tu ibarat satu tiket menuju kekayaan. Dakwa sesetengah orang. Setelah itu kesan daripada satu surat terbuka yang dihantar kepada Pak Lah akhirnya dia dibuang daripada UMNO. Nie kes kena buang la nie pastu tulis buku cam tu. Buku yang bertajuk “ SAYA PUN MELAYU” di dalamnya ada kata pengantar daripada Dato Razaleigh Hamzah ataupun lebih dikenali sebagai Ku Li di mana dia menyarankan kepada anak-anak muda supaya membaca dan mengkaji buku ini. Alahai.. Pe status kuli sebenarnya sekarang? Kerap kali lawan taukeh.. dah mabuk duit ke ape. Berapa pembangkap bayar pada kuli untuk jadi anjing pembangkang? Hahaha… aku rasa nie bukan masalah nak jadi anjing. Aku kenal kuli setelah membaca beberapa sejarah politik beliau ditanah air. Aku rase dia merupakan seorang ahli UMNO yang baik dan berjiwa rakyat. Niatnya nak memperbetulkan Melayu supaya UMNO semakin kukuh dan menjadi ketua yang paling bersih memimpin Barisan Nasional. Tapi aku kasihankan ko wahai Ku Li kerana tugasmu cukup besar. Ibarat sekarang ko seekor semut kecil yang sedang berperang dengan lebah-lebah berbisa. Tapi tak mengapa sebab ramai lagi semut-semut yang lengkap bersenjata akan bersamamu. InsyaAllah..



Jom kawan-kawan.. cuba dapatkan buku ini dipasaran. Aku tak dapat ape2 imbuhan pun kalau korang beli buku nie. Tapi aku tumpang gembira kalau korang semakin kaya dengan maklumat-maklumat. Ingat masa depan negara berada di tangan kita anak-anak muda. Jom mencari ilmu. Jihad ilmu…. Peace.. No war..

4 Cetusan minda:

Sdr. Amir Derakh 21 Mac 2010 pada 10:12 PTG  

ente...
esok ade ceramah ust. nasrudin tantawi
di kg. klah baru
pkul 9mlm
jgn lpe dtg

Sdr. Amir Derakh 22 Mac 2010 pada 2:31 PTG  

mlm jumaat
25/hb plak
yb. nizar mai
kt kota malim prima
8.30mlm

مَعهَدين الُمعلمْ 22 Mac 2010 pada 4:23 PTG  

26 plak kat KKB.
huhuhu..penuh dengan ceramah sejak akhir2 ini

  ©Template by Dicas Blogger.