Jumaat, 19 Mac 2010

Kesian kawan-kawan saya..Mereka letih =(

Saya rasa saya masih kawan yang baik?



Adakah perangai saya membuatkan semua orang suka kepada saya?



Betulkah saya seorang kawan yang ceria?



Apa yang saya boleh bantu dalam menimbulkan senyuman dalam wajah kawan-kawan saya?



Yer malam ini terasa cukup nyaman selepas menghabiskan semua asimen yang ‘dipaksa’ dihantar pada minggu ini. Kalau diberi anugerah untuk minggu-minggu pengajian saya di UPSI rasanya minggu inilah paling padat dengan assignmen yang perlu dihantar. Sampai terasa kepenatan otak membuat asimen dan pada hari ini keletihan itu terasa di tubuh badan.



Aku tertido sendirian ketika membuat asimen di library. Melayan kerenah mata yang minta dibelai dan dimanja. Kadang-kadang belaian dan kemanjaaan itu menewaskan kekecalan diri ini daripada meneruskan perjuangan menuntu ilmu. Tetapi tidak mengapa. Badan juga perlukan rehat yang secukupnya.



Di bilik TV arked jelas terpapar wajah-wajah keletihan kawan-kawan aku dalam menyiapkan asimen masing-masing. Ada yang bermata cekung mungkin tidak cukup tidur. Ada yang bermata merah terkelip-kelip menahan pedih. Tetapi mereka cekal. Mereka perempuan yang cekal, kuat dan bertenaga meneruskan tugasan mereka sampai selesai.



Aku kawan yang baikkah? Terfikir bagaimana hendak mengubah suasana agar mereka ceria di dalam keletihan mereka….. Ermm..

1 Cetusan minda:

Pacifist 20 Mac 2010 pada 10:01 PG  

saya setuju,palestin menuntut keprihatinan kita,palestin menanti kita,Ya Allah,ku ingin membantu mereka disana

  ©Template by Dicas Blogger.