Ahad, 21 Mac 2010

Pesta Buku akan ku kunjungi lagi... =)




Petang semakin melabuhkan tirainya. Dengan kudrat yang masih berbaki aku gagahi jua kaki ini untuk melangkah kaki balik ke Tanjung Malim. Perasaan sungguh berat untuk pulang kerana masih ada perkara yang tidak dapat diselesaikan sepanjang berada di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Hati berat untuk meninggalkan ‘talk’ yang disampaikan oleh seorang saudara kita yang mempunyai perana besar dalam Syarikat Saba Media. Sebuah syarikat buku international yang kebanyakan buku-bukunya menekankan kepetingan berdakwah kepada bukan Islam secara ilmiah dan berkesan. Seperti mana yang kita tahu sekarang orang-orang bukan Islam banyak menggunakan akal dalam meneliti sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling. Jadi dengan itu sikap inilah yang dimanipulasikan oleh penulis-penulis buku Saba Media untuk menarik orang bukan Islam meneliti buku-buku tulisan mereka yang kebanyakannya ditulis berdasarkan ilmu sains dan ditonjolkan kehebatan ilmu Islam.



Harun Yahya adalah individu yang tidak asing lagi di dunia ini. Digeruni lawan dan sahabat kerana ilmunya yang cukup tinggi dalam bidang agama dan juga sains. Saba Media banyak mengeluarkan buku yang ditulis oleh Harun Yahya. Saya berkesempatan untuk membeli buku yang ditulis oleh Harun Yahya iaitu buku yang bertajuk Gerakan Freemason Sedunia, Malapetaka Darwinisme terhadap Kemanusiaan dan juga Hakikat Kehidupan Dunia. Kalau kita lihat kepada buku-buku tulisan Harun Yahya terdapat satu cop nama Nabi Muhammad di setiap muka depan buku-buku karangan beliau. Ia sebenarnya mempunya makna simbolik yang cukup tinggi kepada isi kandungan buku-buku beliau. Cop ini menunjukkan bahawa al-Quran adalah kitab dan wahyu Tuhan yang terakhir dan nabi Muhammad adalah utusan-Nya yang terakhir.



Saya berpusing-pusing lagi mencari buku-buku yang sudah dirancang untuk dibeli. Antaranya ialah “Murabbi Cinta” tulisan Ustaz hasrizal penulis blog terkenal www.saifulislam.com . Tetapi sedikit hampa apabila bukunya yang terbaru itu masih tiada di pesta buku ini. Mungkin kelewatan penghantaran saya tidak tahu. Setiap gerai yang saya tanya mengatakan stok masih belum sampai. Bagi saya kelewatan ini satu kerugiaan kerana ramai peminat-peminat Ustaz Hasrizal tercari-cari buku terbarunya itu. Seorang penulis muda yang mempunyai potensi menjadi orang yang lagi hebat suatu hari nanti. Beliau berjaya membuktikan kaunseling Islam itu lebih bermutu dan hebat daripada teori kaunseling yang dikemukakan oleh Barat. Apabila membaca blognya ada sahaja kaedah-kaedah yang beliau kongsikan yang bagi saya cukup menarik untuk diaplikasikan apabila menjadi guru kelak. Menjadi guru sebenarnya tidak mudah. Orang-orang seperti Ustaz hasrizal lah sepatutnya menjadi rujukan kita agar persembahan kita semasa mendidik nanti nampak cerdik dan berhikmah.



“kak.. Tumpang tanya. Kat mana gerai PTS?”



“Gerai PTS kat atas dik”


Kami bergegas naik ke tingkat atas untuk mencari gerai PTS kerana disana kami boleh mendapat potongan sehingga 30%. Buku keluaran PTS pun banyak juga yang hebat-hebat.



“kak.. kat mane gerai PTS”


“Owh.. Gerai PTS kat bawah dik”



Aduh.. pening. Sekejap kata atas. Orang atas plak kata kat bawah. Tak mengapalah. Kami meneruskan ‘pengembaraan’ mencari ilmu. Diharapkan pengembaraan ini menjadi suatu budaya yang bakal diterapkan kepada Isteri dan anak-anak suatu hari nanti. (hehehe).


Saya singgah di Gerai Saba Media. Kedekut sungguh mereka ini. Saya akan mendapat potongan kalau membeli 4 buah buku. Sudah puas memujuk abang yang mnejaga gerai tersebut tetapi hampa. Tiada potongan diberikan kerana syaa hanya membeli 2 buah buku. Kalau ada duit mahu sahaja saya baham empat buah buku. Buku yang berjudul “Jurusalem Di Dalam Al-Quran” dan “Malapetaka Darwinisme Terhadap Kemanusiaan” menjadi pilihan saya. Buku-buku keluaran Saba Media yang lain saya dapatkan daripada gerai yang lain kerana terdapat potongan 10%. (berhemah dalam berbelanja. Bagus bukan?).


Setelah meninjau-ninjau dan membeli beberapa buah buku saya berehat sekejap untuk solat Zohor di surau Terminal Bas Putra. Ramai juga yang bersolat disana dan majoroti mereka adalah orang-orang Kelantan. Dimana mereka berada dialek tidak pernah ditinggalkan dikampung memudahkan saya untuk mengesan mereka adalah orang negeri saya. Mudah-mudahan mereka hasil didikan Tok Guru yang berjaya. InsyaAllah…



Saya tidak dapat mengagak berapa peratuskah sebenarnya pengunjung Pesta Buku Antarabangsa kalau dinisbahkan kepada keseluruhan penduduk Kuala Lumpur. Sememangnya bilangan mereka tidak sampai 1% bilangan penduduk Kuala Lumpur. Kalaulah peratusan yang kecil ini memaparkan keadaan sebenar masyarakat kita di Kuala Lumpur ataupun masyarakat kita di Malaysia kita sebenarnya sudah berkesan mensyariatkan Islam di dalam kehidupan. Hampir semua pengunjung wanita menutup aurat dengan kemas, keadaan cukup harmoni, kedengaran corong-corong muzik mengalunkan lagu-lagu ketuhanan, banyak buku-buku yang berkaitan dengan Islam dan buku-buku sains juga banyak diolah dalam konteks Islam terutamanya yang terdapat di gerai Saba Media. Saya tidak dapat mengagak bagaimana keadaan negara Islam pada zaman Rasulullah. Tetapi ‘stimulasi’ yang saya dapat hari ini mengambarkan ia perkara yang cukup harmoni yang perlu diperjuangkan. Suasana yang baik dan usaha kepada ilmu yang mantap.



“Buku Dari Seberang”..



Saya tertanya-tanya dalam kotak fikiran apa yang dimaksudkan buku dari seberang. Saya melangkah masuk ke gerai(sudah lupa nama gerai tersebut). Kebanyakan buku-bukunya ditulis oleh penulis dari Indonesia. Saya sebenarnya ada perasaan kagum dengan penulis-penulis daripada Indonesia kerana kualiti penulisan mereka agak baik dan lebih mengambarkan keadaan sebenar yang mereka alami. Saya mendapatkan buku berkenaan dengan isu Palestin. Buku tulisan Trias Kuncahyono dan Herry Nurdi mungkin boleh dijadikan bingkisan untuk minda sedikit masa lagi. Walaupun harga agak mahal (mungkin kerana buku yang diimport terus) tetapi tidak mematahkan hati saya untuk mendapatkannya kerana saya memang sedang mendalami isu Palestin sekarang. Adik-adik yang menjaga gerai kebanyakannya pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Semoga mereka dapat meneruskan pelajaran mereka ke Mesir tidak lama lagi. Perkenalan singkat di dalam kedai sudah cukup mentautkan hati kita walaupun tidak pernah kenal sebelum ini. Itulah hebatnya orang Islam. Ia diikat dengan akidah..



Pengalaman di Pesta Buku kali ini cukup banyak dan ada beberapa perkara yang tidak terjangka yang saya tidak kongsikan disini. InsyaAllah dialin masa saya akan cuba tulis perkara tersebut.. Salam Perjuangan untuk semua..

2 Cetusan minda:

Admin 21 Mac 2010 pada 8:54 PG  

salam..tmpg tny..
siapa name ae yg kai
bju htam kolar ijau tu?..huhu..

مَعهَدين الُمعلمْ 21 Mac 2010 pada 8:58 PG  

owh..
Syazwan..
Satu skolah ngan die dulu ker?

  ©Template by Dicas Blogger.