Sabtu, 6 Mac 2010

Cita-cita yang bertentangan dengan apa yang ada dalam diri sekarang..

Salam perjuangan untuk sahabat-sahabat sekalian.

Salam perjuangan mesti selalu dilaungkan agar diri sentiasa bersemangat dalam menempuhi hari-hari mendatang yang semakin mencabar.

Sudah beberapa hari aku tidak 'mengupdate' blog. Diri baru sahaja selesai menduduki mid term ecology, paper yang amat menyeronokkan untuk deterokai dan mungkin satu ketika nanti akan menjadi bidang aku untuk peringkat Sarjana dan PHD.,,InsyaAllah (doakan aku yer)..

Teringat kata-kata seorang sahabat kita mesti sentiasa menulis agar bijak dalam menyampaikan hujah dalam sesuatu isu atau sesuatu perkara yang kita tempuhi. YUp!! itu adalah antara angan-angan aku nanti. Ada kecil disudut hati keinginan untuk menjadi seorang penulis novel. Novel berteraskan pendidikan dan tarbiyah untuk mendidik remaja dan pelajar universiti. Kadang-kadang aku buntu bagaimana harus aku mulakan cita-cita aku itu. Cita-cita yang cukup besar aku kira. Mungkin boleh menjadi sehebat Fatimah Syarha atau Aimi Najihah penulisannya yang boleh memberikan kesan yang cukup besar dalam jiwa remaja.

Kini aku berada dibidang sains. Bidang sains dan bidang kejiwaan amat jauh berbeza. Sesetengah orang mengatakan sesiapa yang mempunyai minat dalam sains tidak mungkin akan dapat menguasai bidang penulisan dan sains sosial. tetapi bagi aku itu adalah alasan kerana ramai yang berlatarbelakang sains yang berjaya dalam bidang agama dan penulisan seperti Almarhum Dr Fathi Yakan dan seorang lagi seorang pendakwah bebas yang cukup terkenal di Malaysia iaitu Dr Danial. Yang penting kemahuan dan minat yang mendalam yang bakal mencetuskan mampu yang akan merubah segala-galanya.

InsyaAllah semoga Allah mempemudahkan jalan untuk aku. Semudah air mengalir di sungai.. Amin..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.