Jumaat, 19 Disember 2008

Lelaki semakin berkurangan di universiti.Dimanakah silapnya?

Bilangan lelaki di pusat pengajian tinggi semakin hari semakin membimbangkan. Bilangannya semakin berkurang sejajar dengan perkembangan negara untuk mencapai status negara maju. Ini adalah satu fenomena yang tidak sihat dan harus diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Kini golongan lelaki semakin ramai menghuni pusat serenti daripada menjejakkan kaki ke menara gading.

 

Dasar kerajaan yang menggunakan merit peluang kemasukan ke universiti memburukkan lagi keadaan ini. Dasar ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang lebih cemerlang di dalam ranking untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Kebanyakan ranking-ranking tersebut dipegang oleh perempuan dan segelintir kecilnya adalah lelaki. Di Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri nisbah lelaki dan perempuan adalah 1:5. tidak hairanlah di dalam bidang pendidikan sekarang majoritinya adalah wanita. Guru-guru besar para pengetua kebanyakannya terdiri daripada wanita. Hanya segelintir kecil lelaki yang memegang jawatan-jawatan yang besar dalam sesuatu organisasi di dalam arena pendidikan.

 

Apa yang tidak kena sebenarnya. Saya masih ingat lagi pernah berlaku perdebatan hebat di dalam kuliah Falsafah Pendidikan di antara pelajar lelaki dan perempuan mengenai bilangan pelajar lelaki yang semakin berkurang. Ada seorang muslimah yang tidak kurang hebat pidatonya mempersoalkan di mana pelajar lelaki di masa kini. Ada diantara kami yang bangun mempertahankan kaum lelaki supaya kami masih dianggap lelaki sejati. Hujah yang saya keutarakan ialah bahawasanya kita jangan hanya menuding jari kepada satu pihak sahaja dalam masalah ini.

 

Pertama kita harus melihat kenapa fenomena ini berlaku. Kenapa pelajar lelaki kurang di universiti sebaliknya lebih ‘suka’ menghuni pusat serenti? Lelaki adalah anak kepada seorang ibu. Tidakkah itu adalah satu petanda bahawa kegagalan wanita untuk mendidik lelaki? Kita jangan hanya meletakkan tugas mendidik anak dibahu lelaki sahaja. Lelaki dengan tanggungjawab sebagai ketua keluarga keluar mencari nafkah, urusan keluarga, ditambah dengan urusan lain menyebabkan suatu ketidakadilan kalau diletakkan sepenuh tanggungjawab kepada lelaki dalam mendidik anak.

 

Mengikut ilmu psikologi pula anak lelaki lebih rapat dengan ibunya dan anak perempuan adalah lebih rapat dengan ayahnya. Jadi sekarang bonus kepada kaum lelaki kerana berjaya membawa atau mendidik ramai kaum wanita ke universiti. Tahniah kepada kaum lelaki dengan jayanya membawa kaum wanita ke universiti.

 

Golongan wanita yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti dinasihatkan jangan mendabik dada mengatakan anda hebat. Tidah hairan di masa hadapan anak andalah antara penghuni pusat-pusat serenti jikalau tidak kena cara didikan anak-anak. Tugas mendidika anak-anak jangan diabaikan. Ketahuilah dimana anak anda berada. Anak terjaga keluarga bahagia. 

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.