Sabtu, 20 Disember 2008

Sedarkah kamu sedang mengheret AYAH dan ABANG kamu ke lubang neraka

Bukan tak nak menegur tetapi kadang-kadang tidak mengetahui hukum hakam. Itu yang dihadapi sesetengah ayah dan juga abang dahulu masakini dan mungkin selamanya. Tanpa disedari isterinya, anak perempuannya, adik perempuannya mengheret mereka ke neraka yang panas menyala.

Isteri keluar daripada rumah tidak bertudung dibiarkan suami. Anak lelaki pun sama tengok sahaja tanpa secalit teguran. Kadang-kadang si anak segan nak menegur ibunya kot2 dikatakan kurang ajar oleh ibu. Jadi diam dan lihat menjadi pilihan. Sepatutnya tanggungjawab si suami menegur isteri tapi si suami buat tak endah jer..Alkisah orang bernasib malang. Ilmu kurang ditambah lagi tidak diamalkan. Isteri lepak ngan kawan-kawan ‘pengumpat’ kat depan tangga rumah. Udahla tak pakai kain tudung. Si suami masuk join skali. Jadilah group pengumpat yang paling top of da world. Sume xsedar itu haram. Si suami jugak yang tanggung. Ada juga suami yang tahu kewajipan menegur ister tetapi didiaminya. Suami bodoh takutkan isteri. Katanya nak jaga hati isteri. Baik punya suami. Kat akhirat sape nak jaga ko?? Alkisah suami bodoh.. ermm.. tetapi anak-anak lelaki jangan dop perasan anda tidak terlibat dalam hal ini. Anda sendiri pun mempunyai kewajipan menegur ibu kamu yang melakukan dosa.

Alkisah ibu yang xhabis2 mengumpat dan mendedahkan aurat yang mane dosanya banyak ditanggung oleh sang ayah ditambah lagi dengan dosa anak-anak perempuan. Kononnya nak mengikut trend terkini pakainya memang haram jadah ketatnya. Sehingga terdedah lurah dan bujur. Malu dan segan dibuang ketepi asalkan dapat kepuasan hati. Hingga tidak sedar diri sedang mengheret ayah dan abang ke lubang neraka jahanam. Si ayah dan si abang yang bacul hanya melihat sahaja + berbangga dengan penampilan anak dan adik perempuan yang mengikut trend yahudi terkini.

Wahai si siteri dan anak-anak perempuan. Seharusnya anda semua kena sedar bahawa dosa yang anda lakukan akan terpalit kepada ayah dan juga abang kamu. Apa guna anda salah seorang up to date sedangkan ayah anda dan abang anda dilistkan oleh Allah Taala sebagai penghuni neraka. Walaupun ayah anda adalah penghuni setia kepada masjid tetapi segala amalan itu akan musnah tanpa disedari dimusnahkan oleh isteri dan anak-anak perempuan..Nauzubillah..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.