Khamis, 4 Disember 2008

Otak dapat menerima ilmu walaupun keletihan???


Otak manusia akan berkerja dengan lebih pantas jika ada tekanan. Itu yang aku boleh simpulkan berdasarkan pengalaman aku yang terbaru sepanjang latihan tahunan PALAPES UPSI pada kali ini. Latihan yang bermula pada 23/11 memberi banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman-pengalaman baru khususnya yang berkaitan dengan bidang ketenteraan. Apa yang aku mahu kongsikan disini ialah mengenai bagaimana otak manusia berfungsi.


Selama ini kita selalu dipasak dengan kenyataan bahawa kita memerlukan tidur yang cukup untuk otak berfungsi dengan baik. Tetapi dengan pengalaman yang aku dapat selama 2 minggu menjalani latihan(baki lagi satu minggu fasa medan) aku dapat simpulkan bahawa otak kita juga dapat berkerja dengan baik sekiranya ditekan oleh sesuatu. Ditekan bukan maknanya dengan kerelaan kita untuk melakukan kerja tersebut tetapi kita dipaksa secara mental dan fizikal. Pada hari rabu malam selepas tamat ujian Taktik(IMP) kami terpaksa menyiapkan peta dan scatch peta sehingga subuh hari. Tanpa rehat apetah lagi nak tidur aku dan squad-squad aku bertungkus-lumus menyiapkan semua kerja pada malam itu. Kalau diikutkan hati mahu saja aku masuk bilik dan tidur kerana kepenatan badan menjalani latihan-latihan yang sebelum ini.


Bila teringatkan AMARAN daripada jurulatih kami badan dan otak dapat beroperasi walaupun badan keletihan. Kami telah diberi amaran oleh PW ll dan juga Mejar Yusrizam jikalau kerja scatch dan maps tidak siap kami akan diberikan ‘punishment’ yang teruk. Nak xnak kerja-kerja tersebut terpaksa kami siapkan beramai-ramai.

Menjelang subuh kami berjaya menyiapkan kerja-kerja tersebut.


Selepas solat subuh aku memikrkan nasib yang bakal berlaku pada petang ini kerana tidak tidur semalaman. Pada pukul 6.30 latihan akan bermula masa ada lagi setengah jam untuk kami turun makan dan meneruskan sesi latihan. Dalam fikiran aku mungkin aku akan pening-pening pada petang hari, mungkin juga akan tertidur di mana-mana. Jarum jam bergerak dari saat ke saat dari jam ke jam. Menjelang tengahhari badan terasa penat dan meletihkan. Mata dah mula rasa mengantuk. Beberapa orang sahabat aku ada yang tertidur menyandar di batang sawit (masa tu kami berlatih kat ladang sawit). Nasib memang kurang baik. Sahabat-sahabat aku yang tertidur di batang sawit dikenakan punishment oleh Mejar Yusrizam. Ada yang kena ‘starlight’ ade yang kena penampar. Selepas itu dengan wajah yang tidak berpuas hati dan muka yang bengis kami diberi amaran keras oleh Mejar Yusrizam supaya jangan ada sesiapa lagi yang tidur. Seorang sahaja yang tidur akibatnya akan dirasai oleh semua. Itulah konsep yang diamalkan di dalam bidang ketenteraan. Ia tidak meletakkan sesuatu kesalahan atas seorang individu sahaja. Dengan serta-merta mengantuk dan letih badan aku hilang apabila dikenakan amaran yang sedemikian.


Tamat latihan pada sebelah petang kami pulang ke KHAR kami dimarah teruk oleh Mejar Yusrizam akibat ujian Orders kami berada pada tahap yang tidak memuaskan mengikut kepuasan hatinya. SAH!! Petang itu kami ‘dibelasah’ oleh Mejar. Badan mamang penat otak pun penat. Mata rasa mcm nak tertutup sebab kami tidak tidur daripada semalam. PENAT + PRESSURE memang kami semua rasai. Wajah-wajah ceria tidak ada lagi pada hari itu.


Pada malam itu pula ada ujian senjata Carl Gustav, LMG dam launcer M203. Selepas maghrib kami semua sempat study sementara menunggu ujian pada pukul 9 malam. Ikutkan hati dan nafsu nak sahaja kami tidur akibat kepenatan. Tapi bila teringatkan wajah ‘duka’ Mejar Yusrizam mental kami semua teralih untuk teruskan study mengenai senjata dan jawab sebaik mungkin. Ujian senjata tamat lebih kurang pukul 11 malam dan selepas itu kami terpaksa pula mengikuti kelas PKT. Bila dimaklumkan ada kelas memang semangat down terus sebab badan keletihan. Tapi walau apa pun yang terjadi kami terpaksa juga menghadiri kelas tersebut kerana pada keesokan harinya kami akan menjalani ujian PTK (Perintah Kawalan Tembakan). Kelas pada malam itu tamat lebih kurang jam 1 pagi.


MENTAL….itulah kunci kepada cerita yang aku tuliskan pada kali ini. Sesuatu perkara semuanya bersangkut paut dengan mental kita. Tapi aku masih tidak faham macam mana otak mengawal mental dan macam mana hubungan di antara otak dan mental. Ingat x lagu yang selalu kita dengar liriknya berbunyi lebih kurang macam nie “……jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan, jika kau fikirkan kekalahan kau hampiri kegagalan….engkaulah apa kau fikirkan, bergantung dlama pemikiran, berfikir boleh melakukan fikirkan boleh…..”


Jadi dalam segenap hal fikirkan setiap apa yang kita lakukan dengan posotif dan cuba buang pemikiran negative sperti malas, nak tidur dan sebagainya. Sesungguhnya latihan dalap PALAPES banyak mendidik aku menjadi lebih ‘survivor’.


Waktu sekarang mata aku dah betul-betul mengantuk dan kepala pening macam bumi nak terbalik. Hehehe… aku tidur dulu erkk.. esok aku dapat cuti sehingga jam 6 petang. Selepas itu latihan akan diteruskan kembali sehingga 15 hr bulan.


SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN….

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.