Selasa, 23 Disember 2008

Melayu 'bahalol' yang menakutkan non-muslim

Semua orang nak cakap pasal hudud tp sepatah haram aku tidak faham. Selepas subuh aku ‘berkeliaran’ membaca blog-blog yang terdapat di link kawan-kawan. Semuanya cuba menulis tentang hudud. Dah sawan hudud gamaknya rakyat Malaysia nie. Tersedar dengan kenyataan Husam Musa dalam Wacana Transformasi Politik Malaysia tempoh hari. Akibat kenyataan Husam Musa untuk melaksanakan hudud dan Qisas apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah semua jadi terkejut beruk. Macamla xtahu matlamat perjuangan pemimpin dan ahli-ahli PAS.

Peluang ini diambil secara total oleh media-media taik kerajaan yang cuba melaga2kan pemimpin-pemimpin DAP dan juga PAS..

Apa kata pemimpin-pemimpin dalam pakatan rakyat??:

Karpal Karam: “Over my dead body,”

Lim Kit Siang: “Husam, better explain now or else..”

Lim Guan Eng: “Pergi mampus la lu Haji.”

Jelasnya pemimpin-pemimpin DAP begitu ‘seriau’ apabila dengar perkataan hudud. Ibarat itu adalah perkataan ngeri yang tidak patut diungkapkan. Mungkin bagi pemimpin-pemimpin DAP anggap perkataan hudud nie lebih dahsyat daripada perkataan MATI. Begitulah perangai-perangai pemimpin-pemimpin DAP dan juga sesetengah melayu ‘bahalol’ apabila terdengar perkataan hudud.

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz terhadap isu ini ialah beliau menuntut orang yang menolak hudud agar diberikan alas an yang munasabah kenapa perlu ditolak. Kalau hukuman gantung kita boleh terima kenapa hukum hudud kita nak tolak? Sebab apa kita boleh terima hukuman gantung? Sebab hukum nie datang daripada barat sebab itu kita boleh terima. Apa yang hebat sangat dengan mat saleh sampaikan kita nak terima semua undang2 mereka dan pada masa yang sama kita menolak hukum Allah Taala. Tok guru juga menegaskan hukum hudud nie bukan hukum PAS. Itu hukum Allah Taala. Yang melaksanakan hukum hudud bukan PAS itu adalah kerja tok hakim. Jadi kenapa rakyat Malaysia nampak mcm hokum ini adalah hukum rekaan PAS? Kewajipan melaksanakan hudud sama dengan kewajipan solat. Apa guna kita solat kalau hudud kita tolak?? Jangan jadi golongan manusia yang menerima Islam setengah dan setengah yang lain ditolaknya.

Sepatutnya bila bercakap mengenai hukum hudud non-muslim tidak perlu risau ataupun takut sebab hukum ini hanya tertakluk untuk orang Islam sahaja. Bagi non-muslim diberi pilihan untuk menerima atau tidak menerima hukum ini. Masalah besar yang dilanda oleh PAS sekarang ialah non-muslim ditakut-takutkan oleh media dan juga sesetengah melayu-melayu bodoh tentang perlaksanaan hukum ini.

Aku nasihatkan kepada pembela-pembela Cina dan India (kononnyalah..) xpayah la korang jadi balaci bodoh menempah sepak terajang Allah Taala diakhirat kelak. Cina dan India xkan menolak hudud kalau mereka betul-betul memahami perlaksanaan hukum Allah ini.. Contohnya ialah ahli-ahli kelab penyokong PAS memang arif dan faham mengenai perlaksanaan hudud sebab telah dijelaskan secara terperinci oleh pemimpin2 PAS. Fikiran mereka telah dibasuh dengan fikrah Islam sebelum dibasuh oleh media dan juga melayu2 bahalol..

Kepada melayu bahalol..

Ini seloka ringkas daripada aku...

Allah bagi beras ko makan.

Allah bagi air ko minum.

Allah bagi udara ko sedut.

Allah mata ko melihat.

Allah bagi kaki ko jalan.

Allah bagi otak xnk berfikir.

Allah bagi hudud mentah2 korg tolak..

Jumpa kat mahkamah Allah Taala nanti..

4 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  24 Disember 2008 pada 12:11 PG  

Wow, is this the true colour of muslim..PAS can't do anything without DAP..

مَعهَدين الُمعلمْ 24 Disember 2008 pada 12:59 PG  

hehehe...Apa yang DAP boleh buat tanpa PAS??
nk bersendirian??

Tanpa Nama,  24 Disember 2008 pada 2:45 PG  

Pas jangan takbur sangat..aku hairan dengan PAS yang makin riak dan naik kepala lepas PRU...ingat PAS baru ni naik dan kamu jangan mendabik dada...Pas boleh keluar dari PR dan buat Angkatan Perpaduan Ummah dengan UMNO...

مَعهَدين الُمعلمْ 24 Disember 2008 pada 7:46 PG  

PAS xpenh nk mendabik dada..
ingat dulu sebelum PRU 12 dh beberapa kali PAS ajak UMNO muzakarah isu melayu dan juga Islam..
tetapi pemimpin2 UMNO takabbur dan berlagak sebab UMNO menang besar pada masa tu. Bila dh tersepit slepas PRU 12 br nk ajak berunding. tu dh terlambat. keikhlasan sudah tercemar. Rundingan PAS bersama ngan PM pn didedahkan oleh PM menandakan tu niat buruk UMNO nk jatuhkan PAS. PAS xsebodoh itu. dah kenal UMNO lama dh..Kenal sgt ngan perangai UMNO tuh..

  ©Template by Dicas Blogger.