Isnin, 20 September 2010

ISLAM hebat bila akidah umatnya hebat..


Suatu ketika dahulu di saat diri ini cuba menceburkan diri dalam bidang ketenteraan. Membaca sejarah-sejarah pejuang-pejuang Islam yang bermandikan darah yang menjadikan darah-darah sebagai saksi perjuangan mereka di jalan berliku Allah.



Sungguh perjuangan nabi kita dan juga sahabat-sahabat penuh dengan keperitan, kejerihan, kesiksaan. Darah-darah mengalir adalah saksi penting bersama pedang, baju perang, alatan perang, pasir-pasir daratan, pokok-pokok gersang di padang pasir menjadi SAKSI perjuangan mereka.



Khalid Al-Walid. Ukiran-ukiran dan calaran-calaran pedang menjadi corak indah di badannya. Corak-corak itu juga menjadi saksi perjuangan beliau mendaulatkan agama Islam di muka bumi Allah. Adapun kehidupannya habis diinfakkan di jalan perjuangan, menjadikan seluruh hembusan nyawanya dan minda fikirannya untuk Islam. Nabi Muhammad SAW berjaya mentarbiyah jiwa muslim sehebat Panglima Islam Saifullah Khalid Al-Wallid.



Tentera Khalid tidak pernah ramai. Tentera khalid hanya dibekalkan dengan tarbiyah Islam dan kekuatan Akidah yang selalu digilap. Membaca kisah Khalid membuatkan kita memberi satu kesimpulan bahawa BILANGAN dan KECANGGIHAN bukan senjata utama kemenangan tentera Islam.



Kuncinya hanya satu. Kemenangan tentera Islam adalah AKIDAH yang suci, hati yang taqarrub kepada Allah. Menangis mengenangkan dosa-dosa, segala iltizam, semangat dan cita-cita hanya untuk Islam. Semoga Allah mencampakkan ke dalam diri kita semangat yang utuh untuk menegakkan Islam di dalam diri seterusnya mengislahkan masyarakat keseluruhannya dengan Islam.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.