Rabu, 3 November 2010

Fitnah berleluasa. Melayu lebih jahat daripada Arab Jahiliyah

Ermm.. sudah lama tidak mengupdate blog ini. Beberapa perkara yang perlu didahulukan menyebabkan segala idea untuk menulis terbantut.



Sekarang ini saya berada dalam mood pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi. Pertembungan 2 musuh politik utama merancakkan ragam politik pada kali ini. Pakatan Rakyat yang semakin berpijka kepada realiti menentang Barisan Nasional yang semakin lalai ditelan fantasi dan retorik mereka. Sama-sama berjuang untuk mencapai kemenangan parti masing-masing. Kreatif dalam mencari kemenangan. Tetapi sayang sekali apabila kekretifan itu ada yang mengheret mereka ke jurang neraka.



Fitnah bermaharajalela dalam kempen-kempen parti mereka. PAS tidak sudah-sudah dengan agenda Islam dan keadilan masyarakt. Ia tidak semudah itu walaupun niat dan kerjanya baik kerana akan ada si pemfitnah yang tak akan pernah senang dengan kerja PAS itu. Maka timbullah fitnah yang mencandui warna politik UMNO. Hari ini tersebar fitnah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan.



Jiwa tok guru yang tidak pernah sunyi dari memperjuangkan agenda agama Islam difitnah sebegitu rupa. Sunnatullah yang akan berlaku apabila kita memperjuangkan Islam maka akan ada penentangan. Dulu di zaman Rasulullah si kafil Jahiliyyah Lanatullah tidak pernah berputus asa menyekat perkembangan dakwah nabi. Tidak peliklah kerana mereka adalah kafir yang tidak pernah mengerti berkenaan Islam.



Tetapi yang menyedihkan apa yang berlaku di negara kita apabila orang Islam sendiri yang mengaku mengucapkan kalimah syahadah terlibat dalam kerja fitnah kepada seorang ulama yng disanjungi oleh ramai. Betapa mereka jahil dalam hal ini. Tidak mengenali dosa pahala, syurga neraka.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.